ARTIKEL BARU

ANTARA MATA WANG DAN MATA HITAM




Kata Tun Dr Mahathir, selagi sikap, nilai-nilai hidup dan budaya bangsa Melayu dan bumiputera tidak sesuai dengan kejayaan selagi itu nasib Melayu tidak akan berjaya dan berubah daripada keadaan sekarang.

Pada pilihan raya umum tahun 1999, UMNO dan BN kehilangan lebih 300 ribu undi Melayu dan hampir hilang kuasa kerana “mata hitam”. BN kalah di Kelantan dan Terengganu juga jatuh kepada pembangkang.

BN dapat pertahankan kuasa kerana sokongan dan undi Cina yang tidak ambil kisah soal “mata hitam”. BN dapat pertahan majoriti dua pertiga dalam parlimen kerana perkiraan bangsa Cina ialah soal “mata wang” bukan “mata hitam”.

“Cina sokong kerana kita atasi masalah mata wang, Melayu tak undi kerana soal “mata hitam”! jelas Tun.

Perkiraan orang Melayu tak sama dengan perkiraan orang Cina. Orang Melayu tak fikir soal ekonomi tetapi perkiraan remeh temeh yang tidak berkaitan dengan masa depan bangsa mereka. 

Saya teringat salah seorang ahli panel yang memberi pendapat pada sessi diskusi petang, Melayu katanya mempunyai dua sikap unik yang tidak ada pada bangsa lain: latah dan amok. Ahli panel itu ialah Dato Johan Jaafar.

Kata Tun Mahathir, perkiraan orang Cina ialah terhadap soal-soal yang penting yang ada hubung kait dengan survival mereka.

Demikian antara isi kandungan ucaptama Tun Dr Mahahtir dalam Simposium Dilemma Melayu semalam 12hb Februari 2011, di dewan Merdeka PWTC. Saya hadir mewakil dua NGO: Naib Presiden PERKASA dan Majlis Tertinggi USBO 



2 Responses to "ANTARA MATA WANG DAN MATA HITAM"

Mohd said...

Melayu mudah lupa ...........

sgray said...

Benar apa yang di perkatakan TDM tu..Janganlah nanti akhirnya PUTIH MATA.