"Melayu Haprak"
Kata Tun Mahathir bila gagal mengangkat martabat ekonomi bangsa Melayu setelah 22 tahun menjadi PM...
“Assalamualaikum…..”
“Waalaikum salam” saya segera menjawap.
Saya menoleh ke kiri. Salam itu dari seorang wanita Melayu yang celik mata membawa seorang wanita Melayu yang buta.
Saya keluarkan wang seringgit dan mengambil tisu dari tangan si buta.
“terima kasih” Katanya dengan hormat.
Nasi saya belum separuh habis datang lagi seorang memberi salam. Kali ini lelaki buta dan wanita celik. Kedua-duanya juga orang Melayu.
Berbisik hati saya, kenapa hanya si buta Melayu sahaja buat kerja ni?
Saya mula meragui ada sindiket yang mengambil kesempatan daripada orang buta. Kenapa Persatuan Orang Buta membiarkan ia berlaku. Apakah mereka juga terlibat?
Saya sering perhatikan jika orang Cina nampak orang buta dia akan mengiringinya menyeberang jalan atau menghantarnya ke bus stop. Tak pernah nampak orang Cina atau India mengambil kesempatan dengan membawa orang buta menjual tisu atau jual bunga!
Secara kebetulan filem ringkas Bob Lokman tajuknya OKU.
“OKU tu Orang Kuat UMNO” kata Bob dalam filem pendeknya itu.
Pemimpin UMNO sejak dulu begitu lantang bercakap soal kemiskinan Melayu! Berbagai polisi dan dasar digubal dan dilaksanakan untuk keluarkan Melayu dari kemiskinan. DEB adalah dasar yang paling besar dan paling komprehensif!
Namun bangsa Melayu tetap di takuk lama, ibarat si buta yang hanya dijadikan bahan simpati…seperti juga pemimpin UMNO menjadikan alasan kemiskinan Melayu untuk membuat dasar yang akhirnya hanya memperkayakan pemimpin dan kaum bangsawan Melayu dalam UMNO.
Fikir-fikirkanlah...
1 Response to "PENJUAL TISU DAN BANGSAWAN MELAYU..."
Kenapa ramai sangat buta orang melayu? Kecacatan selain faktor genetik tetapi sangat dipengaruhi faktor pemakanan dan penjagaan kesihatan.
Post a Comment