ARTIKEL BARU

SABAH AMMONIA UREA (SAMUR) PROJECTS - US1.5BILLION UNTUK KAUM KERABAT?



Samur Projects akan memberi peluang economics spin-off kepada rakyat Sabah. Betulkah kepada rakyat atau kerabat?

Maklumat menarik ini saya perolehi petang tadi ketika high tea disebuah hotel di Kota Kinabalu. Anak muda dan rakan-rakannya sedang minum dan jemput saya.

"Kami bukan orang politik bang, kami seratus peratus orang berniaga tapi berminat membaca blog SEKALI KETUK".

Kami bersalam dan cerita ini menjadi catatan saya kali ini.

Projek Pembinaan fertiliser plant, 166 ekar tanah di Sipitang Industrial Park dikenali sebagai “Sabah Ammonia Urea Projects (SAMUR)” adalah projek yang dikendalikan anak syarikat Petronas, Petronas Chemical Group Berhad (PCG). Kos projeck dianggarkan US1.5bilion.

Syarikat Mitsubishi Heavy Industri Ltd (MHI) berjaya membida projek Petronas ini secara tender terbuka. Selepas itu membuat satu consortium untuk melaksana projek berkenaan.

Pada 14 Oktober 2011, Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dalam ucapannya ketika majlis tandatangan “Basic and Detail Engineering, Procurement, Construction and Commision, (BEPCC) Alliance contracts untuk Samur Projects antara Petronas Chemical Fertiliser Sabah Sdn Bhd dan satu consortium yang diketuai Mitsubishi Heavy Indutry Ltd (MHI), berkata;

“Projek mega ini akan memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan mendapat kerja-kerja kontrak dan mencipta peluang pekerjaan. Dalam masa yang sama membawa kesan spin-off ekonomi kepada rakyat Sabah”.

Tiga syarikat dalam consortium diketuai Mitsubishi Heavy Industry Ltd termasuk Apex Energy Sdn Bhd, sebuah syarikat dari Kuala Lumpur milik Tan Sri Abdullah Ali, Pt Rekayasa Industri dari Indonesia dan dan sebuah anak syarikat MHI ltd.

Untuk mempastikan penglibatan syarikat-syarikat tempatan dari Sabah, syarikat GLC milik kerajaan negeri, Sabah Energy Corporation dilantik sebagai associate consortium.

Menerusi taklimat, syarikat-syarikat tempatan yang berminat dikehendaki menyerahkan profile syarikat kepada Apex Energy Sdn Bhd di Kuala Lumpur untuk melayakkan syarikat mereka mendapat berbagai-bagai kontrak dalam projek berkenaan.

Setelah syarikat-syarikat tempatan itu berbuat demikian, tiba-tiba terdapat pula arahan baru mengkehendaki mereka mendaftar dengan Sabah Energy Corporation (SEC) di Kota Kinabalu. Alasan yang diberikan untuk mempastikan status syarikat adalah milik tempatan.

Menurut mereka, alasan mendaftar dengan SEC itu munasabah kerana mengelakkan syarikat-syarikat luar yang bukan milik rakyat tempatan daripada membolot projek-projek Petronas seperti yang diamalkan sebelum ini.

Bagaimanapun kekecewaan demi kekecewaan dihadapi anak-anak muda Sabah ini.  Setelah membelanjakan wang yang banyak akhirnya hasrat untuk mendapat kontrak dalam projek Samur menemui kegagalan.

Apabila mereka datang untuk mendaftar syarikat ke SEC, diberitahu pendaftaran syarikat telah tutup! Kenapa? Pertanyaan saya kepada mereka.

Syarikat-syarikat yang didaftar hanya milik dari satu keluarga dan kaum kerabat seorang pemimpin  di Sabah. 

"Kami ada semua maklumat, nama-nama syarikat dan siapa pemiliknya dan hubungan keluarga mereka. Tak cukupkah mereka bolot semua projek negeri dan Persekutuan?"  Kata-kata kecewa anak-anak muda itu.

Maklumat yang saya perolehi daripada Apex Energy, sejumlah RM600 juta nilai projek sepatutnya diagih-agihkan kepada kontraktor tempatan. Bagaimanapun senarai Apex telah tidak di guna pakai SEC.

SEC sebaliknya terpaksa menerima arahan dari seorang pemimpin yang hanya bertaraf "Naib Ketua Bahagian UMNO" tetapi anak saudara kepada orang yang amat berkuasa di Sabah.
Tak salah kalau dikatakan Projek Samur menjadi projek Samun!!

7 Responses to "SABAH AMMONIA UREA (SAMUR) PROJECTS - US1.5BILLION UNTUK KAUM KERABAT?"

Anonymous said...

Menurut sumber pembinaan bangunan pentadbiraan kerajaan negeri yang terletak diantara bangunan Tun Mustapha Dan Innoprise tidak dikeluarkan tender benarkah?

Unknown said...

maklumat saya dapat, bangunan kerajaan negeri yang baru, main con ialah syarikat Bina Puri....

salam MO

Anonymous said...

Yaka? Tidak semudah itu utk memperoleh projek. Nak laksanakan projek sebesar itu tidak cukup dgn modal air liur, kenal VIP dan ada sedikit duit. Kalau tak ada kepakaran jawabnya terima kasih saja. Jadi jangan iri hati kalau orang lain dapat itu projek. Orang kampung kalau pandai mungkin hanya dapat merasai kesan limpahan projek itu. Paling tidak pun anda boleh menyuruh anak kawan-kawan anda yg menganggur berkerja di situ sebagai tukang kebun, kalau ada kelayakan minta jawatan jurutera kimia atau jurutera apa saja bidang. Kalau tak ada juga kelayakan jadi jaga saja pun ok!

Anonymous said...

Yaka? Tidak semudah itu utk memperoleh projek. Nak laksanakan projek sebesar itu tidak cukup dgn modal air liur, kenal VIP dan ada sedikit duit. Kalau tak ada kepakaran jawabnya terima kasih saja. Jadi jangan iri hati kalau orang lain dapat itu projek. Orang kampung kalau pagugndai mungkin hanya dapat merasai kesan limpahan projek itu. Paling tidak pun anda boleh menyuruh anak kawan-kawan anda yg menganggur berkerja di situ sebagai tukang kebun, kalau ada kelayakan minta jawatan jurutera kimia atau jurutera apa saja bidang. Kalau tak ada juga kelayakan jadi jaga saja pun ok!

Anonymous said...

Yaka? Tidak semudah itu utk memperoleh projek. Nak laksanakan projek sebesar itu tidak cukup dgn modal air liur, kenal VIP dan ada sedikit duit. Kalau tak ada kepakaran jawabnya terima kasih saja. Jadi jangan iri hati kalau orang lain dapat itu projek. Orang kampung kalau pandai mungkin hanya dapat merasai kesan limpahan projek itu. Paling tidak pun anda boleh menyuruh anak kawan-kawan anda yg menganggur berkerja di situ sebagai tukang kebun, kalau ada kelayakan minta jawatan jurutera kimia atau jurutera apa saja bidang. Kalau tak ada juga kelayakan jadi jaga saja pun ok!

Anonymous said...

Dah lebih setahun tak dengar pun projek dah jalan? Sebenarnya dah jalan ke belum, siapa yg dapat projek tu?

Anonymous said...

Seorang ketua bahagian Umno pernah memberitahu saya ketika ditanya "Berapa banyak kekayaan seorang pemimpin yang paling berpengaruh" Ketua Bahagian itu kata dia tidak tahu tapi dia sendiri pernah tengok dengan mata kepalanya jumlah kalau ditimbang ia seberat bertan-tan. Saya membayangkan jika suratkhabar bertinggi jika dikumpul untuk seberat bertan-tan.