Jika Datuk Dr Jeffrey Kitingan berjaya mejadi Ketua Menteri Sabah yang baru selepas PRU 13, dia adalah KM yang ke 14.
Pengembaraan politik Dr Jeffrey Kitingan bukan sahaja ‘colorful’ tetapi kepada saya "the most colourful". Tidak perlu sebutkan satu persatu parti politik yang telah disertainya kerana Jeffrey berhujah, demi mencapai perjuangan, dia sanggup bertukar parti.
Saya kenal Dr Jeffrey secara peribadi. Sesekali saya berbual-bual mengenai isu politik. Susuk tubuhnya tidak besar. Suaranya tidak pernah tinggi. Berilmu dan berpengalaman. Lulusan PhD dari Harvard, tapi dia tidak pernah membangga dirinya.
Dalam menyuarakan isu-isu Sabah, Dr Jeffrey adalah sumber rujukan dan sumber inspirasi saya. Ada satu dua isu kami tidak sependapat, tapi secara umumnya saya anggap dia seorang pejuang dan hero dalam isu-isu mengenai 20 Perkara dan kepentingan negeri Sabah.
Bila Dr Jeffrey menyertai PKR, saya yakin perjuangan beliau boleh direalisasikan kerana PKR adalah alternative kepada UMNO. Manakala Pakatan Rakyat adalah alternative kepada Barisan Nasional.
Strategi politik yang terbaik membuat ‘new deal’ dengan kerajaan Persekutuan ialah dengan memberi komitmen dan menyokong kerajaan alternative untuk menawan Putrajaya.
Dalam senario politik negara hari ini apatah lagi selepas bebasnya Anwar dibebaskan mahkamah tinggi dari tuduhan sodomi, parti gabungan PR berupaya mengalahkan BN. New deal for Sabah boleh dilaksanakan!
Jika perjuangan Dr Jeffrey konsisten, dia tidak akan tinggalkan PR kerana hanya PR dalam manifesto Buku Jingga menjanjikan apa yang Dr Jeffrey perjuangkan untuk negeri Sabah.
Antara yang termaktub dalam Buku Jingga ialah:
1. Mengembalikan kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia.
2. Pakatan Rakyat mengkaji semula Dasar Perjanjian Malaysia 1963
3. Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara-perkara yang termaktub dalam Perkara 20.
4. Menyempurnakan tuntutan kenaikan royalty hasil minyak petroleum kepada 20% dengan menanda tangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan dan Petronas.
5. Mengkaji semula polisi kabotaj yang menyebabkan punca harga barang keperluan lebih mahal di Sabah.
6. Mempastikan program Borneonisasi dilaksana sepenuhnya untuk mempastikan jawatan-jawatan utama dipegang rakyat Sabah.
7. Menyempurnakan RCI atau Siasatan Di Raja berhubung isu PTI.
Dr Jeffrey pernah menjadi Pengerusi PKR Negeri dan pernah dilantik jawatan kanan sebagai Naib Presiden. Tetapi titik tolak Jeffrey meninggalkan PKR ialah isu pemilihan calon-calon dalam PRU 2008. Pengerusi Perhubungan Sabah yang baru telah tidak memilih calon-calon pilihan yang dicadangkan Dr Jeffrey.
Ekoran rasa tidak puas hati, secara senyap-senyap Dr Jeffrey menubuhkan Pakatan Bebas atau Independent Front, menaja calon-calonnya pilihannya sebagai calon Bebas. Bagaimanapun semua calon itu kalah termasuk Dr Jeffrey Kitingan sendiri yang bertanding atas tikit PKR.
Dr Jeffrey menubuhkan UBF (United Borneo Front) setelah keluar dari PKR setahun yang lalu. Beberapa pemimpin yang gagal dalam pemilihan ketua cabang PKR termasuk penyokong peribadinya turut meninggalkan PKR dan menyertai NGO baru itu.
Sudah tentu tindakan Jeffrey sedikit sebanyak telah menjejaskan sokongan PKR daripada masyarakat Kadazandusun di Sabah.
Negeri Sabah paling banyak parti politik sejak tahun 1961 (parti pertama ditubuhkan ialah UNKO dan Pasok Momogun, selepas itu diikuti USNO pada tahun berikutnya).
Sehingga hari ini lebih 15 parti politik telah didaftar di Sabah berbanding dengan hanya 6 di Sarawak. Malah yang peliknya ada parti politik yang telah de-registered seperti parti USNO masih aktif dan mempunyai pengikut yang ramai.
Ada orang kata, pemimpin Sabah lebih ramai yang bercita-cita inginkan jawatan Ketua menteri berbanding dengan pemimpin politik dari Sarawak. Sebab itu kata orang itu setiap kali menjelang pilihan raya umum, muncullah parti-parti politik baru seperti cendawan tumbuh di musim hujan!
Pada 6 Januari 2012, Datuk Dr Jeffrey Kitingan tidak menubuhkan parti baru sebaliknya menghidupkan semula parti politik yang domain di Sarawak iaitu parti STAR pimpinan Dr Dripin Anak Sakoi. STAR satu ketika merupakan parti politik yang aktif ketika dibawah pimpinan Dr Patau Rubis.
Strategi Dr Jeffrey ialah untuk memperluaskan skop perjuangannya membabitkan rakyat Sarawak dengan menubuhkan apa yang dipanggilnya United Borneo Front atau Pakatan Borneo.
Persoalan yang menjadi kemusykilan ialah kemampuan STAR dan Pakatan Borneo merealisasikan perjuangan Dr Jeffrey Kitingan. Mampukah Pakatan Borneo menjadi parti alternative kepada BN di Sabah dan Sarawak?
Pada PRN Sarawak Mac tahun lalu, tidak ada satu pun parti pembangkang Sarawak based yang menang. Semua calon SNAP tewas dengan teruk dan gagal menyaingi parti-parti Pakatan Rakyat.
Selepas pelancarannya, hanya satu parti yang beria-ia menyokongan Pakatan Borneo. Itupun parti yang belum berdaftar USNO. Manakala parti pembangkang lain seperti SAPP dan SPF menafikan telah mengadakan berkerjasama dengan parti Dr Jeffrey.
Pelancaran STAR di bangunan KDCA pada 6 Januari lalu tidak dihadiri presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan Presiden SPF Berman Angkap. Ketidak hadiran mereka mengesahkan pendirian kedua-dua parti tersebut.
Berbalik kepada isu memperjuangkan hak Sabah. Dr Jeffrey tidak pernah berkata beliau tidak menyokong Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah dia melahirkan keyakinan PR mampu menyaingi BN. Tetapi dalam masa yang sama beliau mahu parti Malaya based seperti PR tidak perlu bertanding di Sabah untuk menumbangkan BN Sabah!
Mampukah Jeffrey menyaingi UMNO Sabah dan komponen BN?
Penganalis berpendapat, Dr Jeffrey mengharapkan akan ujud satu keadaan “Hung Parlimen” dimana kerusi-kerusi yang dimenangi BN dan PR di Semenanjung. Kerusi-kerusi parlimen Sabah akan menjadi "king maker".
Strategi mudah Dr Jeffrey ialah kerusi-kerusi parlimen Pakatan Borneo memperkuatkan ‘bargaining power” menuntut apa yang diperjuangkan selama ini!
Semudah itukah?
Biasanya apa yang diatas kertas tidak sama dengan apa yang akan berlaku. Jika sekalipun keadaan yang diharapkan itu benar-benar berlaku, siapa akan tahu, kemana sokongan Dr Jeffrey: samada kepada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat?
Perjuangan yang tidak mempunyai komitmen umpama menangguk di air keruh dan selalunya tidak akan beroleh kejayaan. Dr Jeffrey tidak wajar mengharapkan populariti PR dan ketuanya Anwar Ibrahim tetapi dalam masa yang sama cuba berjuang secara bersendirian.
Saya berharap Dr Jeffrey bertanya secara jujur, apakah matlamatnya untuk menjadi ketua parti supaya membolehkan dirinya menjadi Ketua Menteri Sabah atau untuk merealisasikan perjuangan asalnya menuntut hak-hak negeri Sabah?
Fikir-fikirkanlah….
6 Responses to "APA AGENDA DR JEFFREY, PERKARA 20, ROYALTI MINYAK ATAU JAWATAN KETUA MENTERI?"
sdr MO..
InI KALI LAH !!!
Saya membaca artikel ini cukup teruja..dan itu satu kelebihan sdr kerana boleh menggarap dgn penuh gaya seolah-olah sedang berbicara lagaknya..manakan tidak ,seorang penulis politik tentu aDA kelebihan itu..
Sebagai penulis kecil-kecilan saya juga sebenarnya lama sdh terfikir tentang peranan Dr Jeffry dlm politik Sabah dan pemimpin KDM..
antara yg menggamit minat saya ialah percaturan Dr Jef yg suka sangat melompat..Apakh tujuan sebenar beliau?
Namun persepsi berbeza memungkinkan Dr J ini meninggalkan PKR..kegagalan 16 Sept, bagi saya adalah faktor pengimbang kp pkiraan Dr J meninggalkan PKR.
Ditambah lg dgn tanggapannya bhw Sabah sukar utkPKR mdpt MP ..selagi BN tdk ditumbangkan di semanjung..
Dr.J pernah di tahan dlm ISA sbb isu kontra dgn KL..mendesak KL menunaikan 20 perkara..kemudian keluar sertai PBS, keluar PBS mungkin tdk bsetuju pBS menyertai BN semula..
Bagi saya menubuhkan parti/gabungan parti baru ( lama yg dibarukan)tdk akan dpt merealisasikan harapan Dr J dgn cepat..setakat ini saya setuju saranan sdr MO supaya kalau mahu mengajar UMNO/BN lebih tepat berkapalkan parti dr Malaya..
ma kasih,salam hormat
KM
hai
Salam sahabat-sahabat seperjuangan,
Setelah mengamati rencana sdra Musli 'pertaining to Dr Jeffery Kitingan(DJK)' dan ditambah lagi dengan persoalan sahabat seperjuangan Kelapa Mawar, maka saya teruja untuk berkongsi pandangan sejauhmana yang saya tahu perjuangan DJK berlandaskan tagline 'Ini Kali lah'.
Mungkin kalian tahu, saya telah sering kali mengikuti perkembangan politik dan bersama DJK sejak saya pencen dan seterusnya selepas menerima kekalahan pilihan raya MP kawasan Tuaran.
Kes DJK sebelum ini sdra Musli sendiri telah huraikan...So tak perlu lagi saya kurang atau tambahkan...That is that.
Apa yang saya kepingin kongsikan,
ia lah hasrat DJK dengan Agenda Borneo dan seterus nya parti STAR yang didatangkan dari Serawak kerana parti cadangan beliau sebelum ini, Parti Cinta Sabah' tidak diluluskan oleh ROS.
Walau pun beliau sebuk dengan yang lain, namun beliau selalu memberi saya ruang untuk bercerita dengan beliau tentang hakikat yang sebenar nya beliau meneruskan perjuangan politik beliau, walau pun pernah cedera yang hampir2 melumpuhkan anggota beliau.
Dari firasat saya, kali ini beliau serius berjuang semata2 untuk memertabatkan maruah dan hak2 rakyat Sabah yang telah berkurun lama nya dicicirkan oleh sahabat2 seperjuangan politik beliau sendiri dan kerajaan perseketuan, khas nya.
Walau pun beliau telah berkali-kali di nasihatkan oleh keluarga dan sahabat andai beliau untuk menghentikan pejuangan yang pada pandangan ramai seakan2 sia2 ini, Jeffery maseh juga berkeras untuk mempertarungkan masa depan beliau ( sebelum mati, kata beliau) untuk yang satu, ia itu untuk melihat negeri Sabah satu hari dibagi autonomi sepenuhnya dalam Malaysia.
Beliau berkata pada saya, sama ada beliau menjadi calon atau siapa pun calon dan dari parti mana bukan isu utama. Apa lagi memikirkan untuk menjadi Ketua Menteri. Mimpi ini sudah berlalu untuk beliau... All in God hand, kata beliau.
Apa yang penting kata beliau ia lah harapan beliau agar mereka yang terpilih selaku wakil rakyat nanti akan meneruskan perjuangan yang tersurat dan tersirat dalam Agenda Borneo dan jatuh kan kerajaan yang tidak adil...Dengan ungkapan kata 'Kalau bukan kita siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi.'
Saya tidak banyak mempersoal kenapa beliau meninggalkan PKR. Namun dari kata-kata, beliau maseh menghormati perjuangan Datuk Anwar dan Tuan Hj. Ansari Abdullah dari Tuaran.
Itu lah serba sedikit, hal kesah Jeffrey yang saya kenal masa kini. Lain dari itu saya tidak tahu.
Berbelas tahun dlm umno bru masuk pkr, bukankah itu juga satu persoalan? lambat juga baru sedar ya? bukannya budak2 lagi. klu setakat menimbulkan persepsi dan persoalan, semua pun boleh. PRK juga harus ukur baju d badan sendiri. bertanding 2004 dan 2008, apa hasil? PKR juga kerap pakai org2 recyle, tak konsisten dlm mmbuat kputusan. PKR dan UMNO dtg dari DNA yg sama.
Dtk JK mestilah nak Jawatan KM.,jika parti star menang.
Cakap tentang DNA. UMNO,PKR dan PAS satu DNA.Dtk JK memilih dna keluaran Negeri jiran Sarawak, kerana ingin pindah bersama perahu srwk.
DNA keluaran Sabah seperti SAPP, USNO Baru. Kompenan BN,PBRS,UPKO dan PBS.Tiada masalah jika DTK JK berpindah perahu lokal.
Dtk JK tinggalkan parti abangnya PBS lompat PBRS. Selepas itu DTk JK lompat lagi ke gerbang PKR.
Dan parti terkini dengan lompatan jarak dekat, ialah Star dari Srwk.
Jika dalam pru ke-13, star tdk dapat menawan DUN yg ditandingi, apa usaha DTK JK selanjutnya.
Dtk JK yg tersohor dengan jaguh lompatan jarak dekat dan lompatan jarak jauh, mungkin kah akan balik ke pangkal jalan?.Dan berkerjasama dengan abangnya dalam parti PBS?.
Dtk JK mestilah nak Jawatan KM.,jika parti star menang.
Cakap tentang DNA. UMNO,PKR dan PAS satu DNA.Dtk JK memilih dna keluaran Negeri jiran Sarawak, kerana ingin pindah bersama perahu srwk.
DNA keluaran Sabah seperti SAPP, USNO Baru. Kompenan BN,PBRS,UPKO dan PBS.Tiada masalah jika DTK JK berpindah perahu lokal.
Dtk JK tinggalkan parti abangnya PBS lompat PBRS. Selepas itu DTk JK lompat lagi ke gerbang PKR.
Dan parti terkini dengan lompatan jarak dekat, ialah Star dari Srwk.
Jika dalam pru ke-13, star tdk dapat menawan DUN yg ditandingi, apa usaha DTK JK selanjutnya.
Dtk JK yg tersohor dengan jaguh lompatan jarak dekat dan lompatan jarak jauh, mungkin kah akan balik ke pangkal jalan?.Dan berkerjasama dengan abangnya dalam parti PBS?.
Post a Comment