ARTIKEL BARU

FITNAH APA LAGI SELEPAS INI?



ANWAR DAN KHALED MASHAL

Dalam lawatan ke luar negara minggu lalu Datuk Seri Anwar telah mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin HAMAS, Khaled Mashal dan Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi.

Khaled Mashal adalah pengerusi HAMAS.


BERSAMA DENGAN SHEIKH YUSUF AL-QARDAWI

HAMAS ialah kumpulan militan Palestin yang terbesar menentang keganasan Israel di Tebing Barat dan Gaza. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1987 itu mempunyai matlamat jangka pendek mengusir tentera Israel dan penempatan Israel di kawasan tanah Palestin yang diduduki mereka.

HAMAS kerap melakukan serangan ke atas tentera Israel dan kawasan-kawasan yang dijadikan kawasan penempatan baru.

Pertemuan Ketua Umum PKR, menepis segala fitnah kerajaan bahawa Anwar menyebelahi negara Israel. Sebaliknya kerajaan BN melantik syarikat dari Israel APCO sebagai perunding menaikkan imej Najib dan kerajaan.

Kegiatan APCO terdedah lagi dengan pengumum syarikat penyiaran terbesar dari Britian iaitu syarikat BBC.

BBC akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia kerana berkompromi integriti editorialnya melalui "skandal penetapan berita".

Semalam akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf dibawah program "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa.

BBC mengakui dan mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar 17 juta pound atau RM81.4 juta untuk menaikkan imej Najib yang terjejas. 

Skandal itu melibatkan APCO dan subsidianya APCO - FCB Media (UK) syarikat perunding yang dilantik dan dibayar kerajaan Malaysia sebanyak RM77 juta dua tahun lalu.

Sekali lagi Najib bukan sahaja menipu rakyat Malaysia malah masyarakat antarabangsa dengan membazirkan wang rakyat membayar ratusan juta kepada syarikat milik Yahudi!!

3 Responses to "FITNAH APA LAGI SELEPAS INI?"

Anonymous said...

Apa yang pelik Anwar bertemu pemimpin Hamas?
Setakat bertemu untuk tangkap gambar dan kemudian siar ke media massa untuk membasuh dosa, apa pelik?.
Kalau Pemimpin palestin tiap minggu jumpa pemimpin Amerika dan Israel, maka adakah amerika dan israel itu menyokong Hamas atau Fatah?
Kalau nak sokong pun gunakan otak 'Islam' jangan guna otak 'yahudi'.

Anonymous said...

dah tentu komen saya (anon 2;29) tak akan disiarkan kerana ianya komen yang benar dan mempunyai roh islam dan berpaksi kebenaran.
Tak mengapa, yang penting saya dah menyatakan sesuatu yang benar kepada saudara, selebihnya Allah akan tentukan...

herizal alwi said...

IZIN SHARE