SANG HELANG BERSEDIA MEMBAHAM RAKYAT SABAH YANG MISKIN
Saya baca komen sahabat saya, Datuk Ainal Fattah dalam laman sosial Facebook sebentar tadi:
"Ketua Menteri sebelum Datuk Musa Aman pendapatan negeri berlegar antara RM1.2 - 1.5 bilion. Kini era Musa Aman dari 2003 hingga kini pendapatan negeri meningkat:
- Rizab Negeri melebihi RM 3 bilion;
- Hasil Negeri melebihi RM 4 bilion;
- Lebihan sebenar berjumlah RM730 juta
- Tiada tunggakan bayaran ke atas pinjaman. Kerajaan Pusat (we paid all the dues)"
Jika Musa Aman membaca komen diatas, tentu kembang kempis hidungnya....jika pegawai-pegawai Musa Aman, mereka juga akan turut gembira dan pasti akan sampaikan khabar gembira itu kepada bos mereka.
Apakah reaksi pembaca jika mereka tergolong dikalangan graduan yang lebih setahun menganggur? Apakah mereka juga gembira? Ramai yang terpaksa membayar hutang PTPTN, sedangkan peluang pekerjaan di Sabah begitu terbatas!
Apakah nilai wang milik kerajaan negeri menjadi pengukur tahap kesejahteraan rakyat?
Saya selalu berhujjah, jika kita ingin tahu ekonomi baik atau tidak, rakyat makmur atau tidak, jangan tenguk statistik yang dikeluarkan pemerintah. Tapi buat kajian mudah mengenai kuasa beli rakyat. Pergi ke supermarket, pasar-pasar seni, gerai-gerai pakaian (bukan penjual makanan) dan tanya penjual-penjual yang berniaga di situ.
Apakah perniagaan mereka semakin baik? Apakah jualan mereka meningkat atau merosot?
Hasil daripada pertemuan dengan peniaga-peniaga runcit dan juga pengusaha supermarket secara umum mereka kata, "bisnes very slow", "sales drop", terpaksa cut kos dengan buang pekerja. Ada yang terpaksa tutup perniagaan.
Ini bukan sahaja berlaku di Kota Kinabalu tetapi juga bandar besar KL. Seminggu sebelum Tahun Baru Cina saya di KLCC, Bukit Bintang, Lot 10, dan The Mall. Keadaan agak sunyi, tidak seperti hari-hari perayaan seperti tahun-tahun sebelumnya. Kenapa?
Rata-rata peniaga mengeluh kerana tidak ramai rakyat yang mahu berbelanja...
Apakah ini indikator ekonomi bertambah baik?
Keadaan di Sabah juga demikian malah lebih teruk. Saya harap ada hujah rasional yang mengaitkan jumlah rizab yang tinggi dan bajet mencecah 4 bilion menjadikan Musa Aman seorang KM yang baik berbanding dengan KM Sabah yang lalu.
Saya menilaiTan Sri Harris Salleh adalah KM Sabah yang terbaik dalam sejarah negeri Sabah! Ekonomi luar bandar sentiasa diambil perhatian. Agensi-agensi kerajaan ditubuhkan membantu rakyat luar bandar dalam bidang pertanian dan ternakan.
Pelbagai produk pertanian diperkenalkan seperti tanaman Asparagus, buah markisa, rebung, dan banyak lagi. Ekonomi rakyat luar bandar makmur. Hasil balak diagih secara adil melalui skim ABC..bukan hanya untuk kroni dan kaum keluarga seperti amalan sekarang!
Di bawah pimpinan Musa, peranan agensi kerajaan seperti KPD, Ko Nelayan diperkecilkan. Peruntukan kewangan untuk agensi-agensi berkenaan di kurangkan sehingga ke peringkat hanya untuk sekadar mampu membayar gaji pekerja.
Apa guna ada rizab negeri Sabah berjumlah RM 3 bilion jika agensi-agensi yang berperanan membantu rakyat luar bandar tidak diberi keutamaan? Apa guna lebihan kewangan jika rakyat miskin dan papa kedana?
2 Responses to "MUSA AMAN SEPERTI DEWA-DEWA DARI KAYANGAN...."
Betul sekali tu Tuan- yg dapat projek walau yg kecik pun semua kroni2 musa.Kontraktor2 yg lain tu gigit jari ja- Kami tetap akan undi BN bcoz we have no choice- we do not want to be an opposition but kalau kedaan berturusan mcm ni berapa lama lagi kami akan bertahan " lu pikir la sendiri"
Ulasan tuan terhadap ekonomi sudah cute lah kiranya..tup2 contoh kat semenanjung..masa menulis maybe mengalami kecelaruan contoh.kalu ambil spm cth sgt salah lah ni tau dan mungkin gagal...
Post a Comment