Pengumuman gembira PM Najib kepada 200,000 penduduk Keningau Sabah untuk membina 5 tangki air simpanan dengan kos RM235 juta bertukar menjadi berita mengejutkan kerana wang itu bukan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebaliknya hanya pinjaman!
Komen seorang pembaca, “Najib ingat air ni macam PTPTN kah?. Benarlah kata Najib, the days that the government know best are over….ya betul, rakyat Sabah tahu mereka telah tertipu!”
Sebenarnya rakyat Sabah tahu projek yang diumum Najib bukannya projek baru tetapi projek yang sepatutnya dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan telah diumum Menteri Kerjaraya Sabah pada tahun 2010.
Isu pokoknya kenapa Kerajaan Pusat dalam memperkayakan PETRONAS dimana tidak seorangpun dari Sabah menjadi jemaah pengarah, berbilion ringgit boleh dibiayai membina paip dan sebagainya, tetapi kenapa keperluan asas rakyat Sabah kerajaan Pusat tidak sanggup?
Kemana hasil minyak petroleum dari Sabah? kemana perginya cukai dari Sabah?
1 Response to "Bekalan Air Bersih Di Sabah – Pinjaman PTPTN Kah?"
Masa untuk mengubah kepada tang lebih baik,selamatkan Aset megara,selamatkan Petronas,PR please do something.
Post a Comment