ARTIKEL BARU

Rahman Dahlan - Obama Malaysia?

Rahman Dahlan - Berminat menjadi Obama di Malaysia.

Minggu lepas saya sembang-sembang dengan seorang bekas MP di Maggellan Resorts sekitar jam 10 malam. Walaupun kini tiada jawatan dalam parti dan kerajaan, bekas pemimpin pemuda UMNO Sabah yang bergelar Datuk itu masih berpengaruh dan rapat dengan pemimpin tertinggi negara.

“Saya yang perkenal Rahman dengan Hisham (Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien). Hisham lantiknya sebagai Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia sebelum PRU 2004.”

“Saya perhatikan cara Rahman berpolitik jauh berbeza cara kita di Sabah. Mungkin dia telah diindotrinasikan dengan cara politik Semenanjung, jadi cara dan budaya politik yang diamalkan adalah sama seperti orang UMNO di Semenanjung. Budaya politik benci membenci yang melampau bukan budaya orang Sabah. Kita di Sabah juga jarang sekali menyerang peribadi pemimpin.”

“Soal ideologi dan pendapat berbeza itu perkara biasa dalam demokrasi. Dan saya tidak nampak untungnya kepada UMNO atau kepada Rahman sendiri dengan terus-menerus menyerang Anwar dan keluarganya! Tidak cukupkah mereka aib dan malukan Anwar?”

Dalam politik, kita tidak boleh sepanjang masa berfikir bahawa kita saja yang betul dan benar. Adakalanya kita wajar merendah diri dan menerima hakikat bukan kita sahaja yang pandai dan bijak. Masalahnya ada pemimpin yang over rated dirinya dan memandang rendah kebolehan orang lain.

Rahman boleh dianggap seorang pemimpin muda yang bernasib baik. Semasa menjadi Setiusaha Pemuda UMNO, dia merapatkan dirinya dengan KJ dan Pak Lah. Pada pilihan raya umum 2008, Rahman telah dipilih sebagai calon parlimen Kota Belud, menggantikan Datuk Seri Salleh Said.

sambung esok....

0 Response to "Rahman Dahlan - Obama Malaysia?"