ARTIKEL BARU

PERTEMUAN MP SABAH DAN SARAWAK DENGAN KU LI





Dipetik dari MSO

Dua minggu lepas khabarnya beberapa orang ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak telah mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah di kediaman ahli parlimen Gua Musang itu di Langgak Golf, Jalan Ampang.


Kunjungan itu katanya ada kena mengena dengan perkembangan mutakhir politik di kedua buah negeri itu selepas pilihan raya ke-13. Ahli parlimen yang hadir adalah mereka yang tidak dilantik menjadi anggota kabinet Najib Razak.


Untuk apa dan apa tujuan tidak diketahui dengan jelas. Saksi mata memberi tahu pertemuan itu berlaku di mana sekurang-kurang lima atau enam orang yang hadir bertemu Tengku Razaleigh. "Mereka berbual panjang sampai lebih dua jam," beritahu saksi.


Bagaimana pun mereka tidak hadir serentak tetapi berasingan. Khabarnya selepas ini akan ada satu lagi pertemuan di antara ahli parlimen itu dengan Tengku Razaleigh. Mengenai tujuan pertemuan itu ada juga yang menjangkakan mereka mahu meminta nasihat Tengku Razaleigh mengenai kedudukan dan pendirian mereka dalam BN.


Difahamkan mereka mahu Tengku Razaleigh berbuat sesuatu agar kepincangan ataupun lebih tepat meredakan perasaan kurang senang mereka dengan Najib. Bagaimana pun Tengku Razaleigh khabarnya memberi masa untuk mereka menyelesaikan apa yang kurang senang itu terlebih dahulu baru beliau akan memberi kata dua. Tengku Razaleigh tidak terburu-buru menerima pandangan atau memenuhi kehendak ahli parlimen berkenaan. [wm.kl. 7:37 am 10/06/13]

4 Responses to "PERTEMUAN MP SABAH DAN SARAWAK DENGAN KU LI"

Anonymous said...

Tangan buang masa. Tanya saya. Nasihat saya YB, YB ini lompat ke Pakatan. Habis cerita.
Mengapa duduk di dalam BN sebagai bunga hiasan.

Anonymous said...

Ku Li tu dah tua dan hanya buruh kasar.

Anonymous said...

isu ni tidak ada perkembangan sampai sekarang..

Qaisara said...

Pertemuan yang mungkin memberi tanggapan yang berbeza