ARTIKEL BARU

LEBIH BERSEDIA REBAH DARIPADA BERUBAH

Kata-kata Berubah atau Rebah akan terus kekal sebagai kata-kata retorik politik Dato Najib jika ianya tidak dipraktikkan dalam kebijakan politik yang dilakukannya. Pengumuman perlantikan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru dan perlantikan 10 MT telah menimbulkan banyak persoalan dan jadi bahan lelucon.

Jika KM Melaka yang telah didapati bersalah melanggar displin dan peraturan parti sehingga dihukum JK displin dengan larangan bertanding jawatan timbalan presiden, tetapi dikekalkan pula sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka. Apakah UMNO mempunyai peraturan berbeza untuk jawatan Majlis Tertinggi dan Ketua Perhubungan?

Apakah Ali Rustam terlalu berpengaruh dari segi politik sehingga imej parti dikorbankan?

Ada pula buat andaian, perlantikan Rafidah yang tewas teruk kepada Shahrizat merebut kerusi Ketua Wanita sebagai anggota MKT menggambarkan kelemahan pucuk pimpinan yang masih takut kepada perubahan yang telah ditunjukkan ahli-ahlinya pada pemilihan Mac lalu.

3 Responses to "LEBIH BERSEDIA REBAH DARIPADA BERUBAH"

SABAHKITA said...

Kadang-kadang pilihan perwakilan tidak menggambarkan pilihan rakyat atau ahli-ahli lantaran element politik wang. Semua parti di Malaysia ada mengamalkan politik wang. Cuma "ketinggian darjah" pengamalnya yang berbeza. UMNO barangkali tinggi, diikuti PKR dan DAP, manakala PAS nombor du terendah ialah PAS dan paling rendah "Bebas"?. Logik politik harus dianalisa dan diukur menggunakan "timbangan politik". Kalau UMNO dan JK displin menghukum atau menjatuhkan hukuman lain-lain ke atas kesalahan yang sama Misaknya kes Japlin, Ali Rustam, dan KJ), itu kerana dia pakai "dacing" antique yang terlalu sudah terlalu complicated kepada anak-anak muda zaman ini yang lebih cenderung "mendalami" mata perlajaran IT atau miltimedia, Engineering, Economics, dan sebagai BUT "SEJARAH". Maka itulah penggunaan Dacing antique ini telah "memerosotkan" sokongan golongan muda kepada BN khasnya UMNO.

Salam. Tahniah kerana mula menulis dan share idea "FOR FREE".

MSG said...

Macam ? Ah !. Ok jugalah! Teruskan dari Perlis sampailah ke Sabah........!

Anonymous said...

Pertama sekali tahniah kerana telah mula menulis dalam blog. Harap saya akan dapat pandangan yg segar dari MO berkenaan isu semasa. Kalau dulu terpaksa menunggu buku terbaru terbit tulisan MO utk mengetahui ulasan dan pandangan.saya juga harap MO dpt buat ulasan berkenaan polisi liberalization beberapa sektor yg diumum PM baru2 ni. Ramai org kita tak faham, sebab tu kurang komen...ada pula yg faham sikit2 sudah mula bising.

Joh