ARTIKEL BARU

MUSA AMAN DAN SALLEH SAID MENERAJUI PERHUBUNGAN UMNO SABAH.

Pemilihan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk terus menerajui Pengerusi Perhubungan UMNO negeri memang menepati ramalan kerana beliau merupakan calon MB/KM tunggal yang dapat mempertahankan kerusi MT parti itu pada pemilihan Mac lalu.

Musa mendapat undi kedua tertinggi kerusi MT dengan Dato Noh Omar yang juga diberi kepercayaan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang diterajui Presiden UMNO sendiri menggantikan Tan Sri Muhd Muhamad Taib yang tewas pertandingan timbalan presiden.

Apa yang menarik sekali ialah pemilihan Dato Seri Salleh Said Keruak sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah yang baru menggantikan tempat Dato Seri Shafie Apdal yang diberi kepercayaan mengetuai UMNO Kedah.

Apakah rasionalnya pemilihan Salleh Said sedangkan dua lagi MT dari Sabah iaitu Datuk Lajim Okin dan Datuk Bung Mokthar? Atau kenapa tidak nama-nama ahli Yang Berhormat seperti Datuk Hajiji, Dato Masidi, Datuk Yahaya Husin dan lain-lain?

Salleh pernah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sabah selama 16 bulan bermula tahun 1994. Sebagai pemimpin yang mewakili kaum bumiputera Islam yang terbesar iaitu kaum Bajau, pemilihan beliau dilihat untuk memantapkan kedudukan UMNO menjelang PRU13.

Salleh adalah tokoh politik yang popular bukan sahaja dikalangan pendokong UMNO tetapi juga penyokong BN yang terdiri dari pelbagai etnik di negeri Sabah.

21 Responses to "MUSA AMAN DAN SALLEH SAID MENERAJUI PERHUBUNGAN UMNO SABAH."

Anonymous said...

Musa sememangnya lebih cenderung memilih orang-orangnya seperti Dt.Japlin, Dt. Hj. Musbah dan Dt. Rahman. Oleh kerana pilihan dan perlantikan SSK dibuat PM, DS Najib maka Musa tidak dapat menolak. Apakah SSK akan gigt jari sekali lagi kiranya PRK Usukan akan terpaksa diadakan?.. "Gagasan 1Malaysia dan Transformasi" yang dibawa DS PM amat tidak langsung mendapat reaksi positif dari Musa yang masih memukul gendang SDC-Sabah Dev. Corridow dan pemusnahan Hutan Simpan oleh Guangdong Guangken Rubber Group Co. Ltd JV dengan Borneon Timber, satu gagasan timber logging atas alasan Tanam Getah. UMS hanya "Tukang Perhati Kemusnahan Alam" ini tanpa dapat berbuat apa-apa.Kedua-dua program ini memang buat $$ tapi BUKAN dan TIDAK DAPAT membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang pekerjaan seperti yang diwar-warkan. Buat duit pun entah masuk poket siapa?. Kenapa kawasan getah Ulu Tomani dan Kawasan Tanah SAFODA yang luas tidak diterokai dengan tanaman getah ini? Mungkin kerana Magium Acacia tidak menguntungkan?

Ezza Fazlina Jamlidi said...

Assalamu'alaikum.

Pakcik saya sudah menjadi seorang blogger ;-)

shafiqa said...

wah hebat ya...mr.musli....

MSG said...

Ketajaman mata penamu diharap mampu merubah nasib bangsa mu

Unknown said...

Dalam politik berlaku segala kemungkinan. masa depan Sabah bergantung pada tangan orang Sabah yang membuat pilihan.
Pilih dengan bijak dan waras.

mandau said...

Datuk salleh memang sesuai memegang jawatan tersebut, beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah semasa proses penggiliran, beliau mempunyai byk pengetahuan dan pengalaman.

Anak Sabah said...

Jika kalian kurang suka dengan kerajaan sekarang. Boleh mengundi calon yang diingini bila PRU-13 nanti.

kb girl said...

Kerjasama dua pemimpin senior adalah penting bagi mamantapkan kerajaan BN di Sabah.
KM tiada halangan bekerjasama dengan Dt. Salleh.

Aida said...

Salam..
Pemilihan yang dilakukan mestilah dengan menilai seseorang itu secara menyeluruh, segala2nya transparent.. dan pemilih seharusnya tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak atau emosi. Saya Yakin bahawa hal2 sebegini yang dititikberatkan dan jika boleh Datuk Musa boleh tolong jelaskan bagaimana pemilihan itu dilakukan.

Unknown said...

Saya rasa ini adalah satu kombinasi yang baik tetapi terpulang pada mereka samada mereka sangguh merendahkan diri demi manfaat rakyat dan parti.

Unknown said...

Kedua-dua pemimpin mempunyai pengalaman yang cukup melimpah untuk menerajui negeri an parti.

Paquin said...

Politik ba tu.. sukar diramal. hehehe

Paquin said...

Ya papamee. Sabahanlah penentu masa depan Sabah. So next GE buatlah pilihan yang terbaik :)

Paquin said...

Pasal Musa sama si Salleh jadi peneraju umno di Sabah pula, kita harapkan ja yang terbaik :) Semoga-moga kedua-dua pemimpin ini dapat jalankan tugas dengan cemerlang.

Paquin said...

Apapun setiap individu pasti mempunyai pandangan yang berlainan berhubung perkara ini. Semoga Musa Aman dan Salleh dapat buktikan kemampuan mereka kepada rakyat bagi memastikan rakyat memberikan sokongan penuh!

azam said...

Jika mahu melantik KM baru, saya lebih inginkan orang baru dan bukan menteri yang pernah memegang jawatan sebagai KM. Mereka pernah menjadi KM tapi pada masa itu, tidak menggunakan masa dan kuasa dengan baik. Maka lebih baik melantik orang baru.

Jake said...

Whatever it is, I wish the Sabahans all the best.

zak said...

Asalkan seorang pemimpin itu berkebolehan dan bersungguh-sungguh memperjuangkan hak rakyat, dah cukuplah.

zak said...

Ataupun membenarkan rakyat memilih KM yang dimahukan.

Mohd. Shih said...

Dalam politik, sesiapa sahaja yang dapat mempertahankan dirinya itulah kawannya, walaupun ia mungkin mengadai maruah bangsa

Mohd Ishak said...

Terpulanglah kepada rakyat untuk menilainya.