ARTIKEL BARU

MAHKAMAH MENJUNJUNG DEMOKRASI MALAYSIA

Dua hari lepas, selepas menulis artikel tentang “Demokrasi Takut Dengan Rakyat” dan buat dua komen dalam blog seorang kawan “Apa Yang Tersirat” mengenai kes Perak, ada beberapa sms saya terima mengatakan saya pro pembangkang. Saya jelaskan bahawa saya tidak pro kepada mana-mana pihak. Hanya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

Dalam komen saya dalam blog “Apa Yang Tersirat” saya tegaskan bahawa demokrasi mestilah diputuskan melalui pilihan raya atau dalam kes undi tak percaya mestilah dalam Dewan Undangan Negeri bukan dalam istana. Dan jelas sekali keputusan mahkamah tinggi pada hari ini telah memutuskan bahawa Dato Seri Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ini kerana tidak pernah diadakan undi tidak percaya terhadap beliau dalam Dewan Undangan negeri Perak.

Selain daripada kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak yang dijadikan kes precedent dalam keputusan hakim mahkamah tinggi itu, saya ingin juga merujuk kepada kes Dato Harun Idris yang juga dituduh rasuah berhubung dua kes iaitu kes Bank Rakyat dan HSBC di mahkamah tinggi (hakimnya Tun Azlan Shah, Sultan Perak sekarang)

Apabila Dato Harun enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor, DUN Selangor mengadakan undi tidak percaya terhadap beliau dimana hanya satu undi sahaja yang menyokong Dato Harun Idris iaitu undi beliau sendiri. Berikutan itu beliau menghadap Sultan Selangor dan melepaskan jawatan MB.

Saya selalu berhujah bahawa kemerdekaan Malaysia adalah secara aman tanpa ada kekerasan dan proses itu hanya merupakan transfer of power daripada kuasa raja-raja Melayu kepada rakyat biasa dalam system demokrasi yang kita warisi daripada British. Seperti sistem Britian, raja kita adalah raja berperlembagaan dan tidak ada kuasa politik.

Perlembagaan kita pula adalah berasaskan kepada kerangka Perlembagaan Persekutuan 1948 setelah Malayan Union dimansuhkan dan Negara-Negara Selat, Negara Melayu Bersekutu dan Negara-Negara Melayu Tidak Bersekutu bergabung menjadi Persekutuan Tanah Melayu.

6 Responses to "MAHKAMAH MENJUNJUNG DEMOKRASI MALAYSIA"

amirfitrihakimi said...

Untuk buktikan Nizar diterima sebagai MB, beliau harus panggil sidang DUN seberapa segera. Nizar tidak sepatutnya berselindung di sebalik keputusan mahkamah. Buktikan dalam sidang, dia dapat majoriti ahli-ahli dewan untuk kekal sebagai MB.
Keputusan mahkamah hanyalah teknikal dan secara jelas Nizar telah hilang suara majoriti. Satu hal lain, MB Perak Zamry menghormati keputusan mahkamah dengan mengosongkan pejabat di SUK tetapi tunjukkan bukti di mana Sivakumar menghormati keputusan mahkamah apabila dia tetap halau keluar Zmabry dan exco. Apakah mahkamah akan diloihat adil apabila keputusan memihak kepada mereka dan tidak adil apabila memihak kepada orang lain?
Nizar jadi kurang ajar kerana pelajaran yang diterima daripada DAP. Betullah Nizar hanya kuda tunggangan.Tahniah Zambry

Senjaliza said...

Jelas BN akur keputusan mahkamah. Namun strategi Pembangkang ialah dengan TIDAK akan memanggil sidang DUN kerana "takut akan demokrasi" seperti tuduhannya kepada BN Perak dulu. Mereka akan berusaha supaya DUN dibubar. Demokrasi tidak semestinya benar dan adil secara "legitimate" atau setakat "demokrasi war-war". Kalau tidak "takut" panggilah DUN bersidang dan keputusan mahkamah dihormati juga oleh PR di mana yang tergantung dan digantung itu sah menghadiri sidang DUN. Kita lihat motion undi tidak percaya mengambil tempatnya secara teknikal. Dont tell me PR berani. We have problem coz the law is not given due respect by some.

musram said...

Untuk sementara saya setuju dengan pendapat saudara. Kesilapan Najib terlalu tergesa-gesa.Tidak membaca undang-undang tubuh kerajaan Perak.Memang benar, yang boleh melucutkan jawatan MB adalah melalui undi tidak percaya dalam dewan, tetapi TuanKu ambil maklum, semasa melantik MB Zamry, kalau pun di adakah undi berbelah bagi di DUN Perak, Nizar akan kalah. Oleh kerana prosedur ini tidak diikuti, maka dalam segi undang-undang Nizam masih MB.

Mohd Azrone Sarabatin said...

Kembalikan kuasa kepada rakyat menerusi election. Dr Zambry juga perlu belajar daripada Kurup untuk kekal berkuasa. ha ha

Mohd Azrone Sarabatin said...

Kembalikan kuasa kepada rakyat. Saya fikir perlu ada pilihan raya bagi mengembalikan kuasa rakyat yang hilang dalam terang.

Anonymous said...

Kembalikan kuasa kepada rakyat. Yang saya fahami tulisan saudara hanya rakyat yang berhak menentukan siapa yang berkuasa.