ARTIKEL BARU

MENUNGGU SITI NURHALIZA DILANTIK MENTERI


NAJIB BELAKANGI POLITIK BILA LANTIK AMIRSHAM

Pemilihan Tan Sri Amirsham Abdul Aziz sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, jawatan bertaraf menteri, memberi satu mesej kepada rakyat bahawa Dato Najib tidak minat berpolitik dalam soal kepentingan negara. Selaras dengan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

foto: YB Rosnah Shirlin - mampukah menarik golongan remaja seperti Siti Nurhaliza?

Amirsham bukanlah orang politik, jikapun beliau adalah anggota parti UMNO, parti yang diketuai Najib, beliau bukanlah ahli yang aktif dalam cawangan atau bahagian. Amirsham adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit perancang Ekonomi. Sebelum berkhidmat sebagai menteri, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Berhad sejak 1994 hingga perlantikannya pada 2008.

Pengalaman Amirsham dalam bidang perbankan dan institusi kewangan selama 31 tahun adalah asset yang begitu berharga kepada negara terutama berdepan dengan kegawatan ekonomi sekarang.

Jika politik di beri pertimbangan, barangkali Najib akan memilih YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Penasihat Ekonomi bukannya Amirsham. Bekas Menteri Kewangan itu juga adalah seorang yang pakar dan berpengalaman dalam bidang ekonomi dan perbankan. Dalam masa yang sama Ku Li adalah Ketua UMNO bahagian Gua Musang dan sudah tentu perlantikannya akan mengukuhkan lagi kedudukan politik Najib.

Ku Li adalah personaliti politik negara yang popular dan masih ramai pengikut, samada dalam UMNO mahupun di luar parti UMNO. Mungkin Najib telah mempertimbangkan dari semua aspek untuk tidak memberi tempat kepada Ku Li secara rasmi. Tetapi secara tidak rasmi akan meminta pandangan dan pendapat beliau bila diperlukan. Begitu juga dengan Tun Mahathir, pandangannya sentiasa diperlukan negara ketika menghadapi pelbagai krisis, ekonomi dan politik.

Saya kerap berfikir, jika Dato Najib benar-benar ingin membuat perubahan dalam parti dan kerajaan, kenapakah masih mengekalkan personaliti yang tidak lagi menarik minat rakyat. Walaupun sesetengahnya suatu ketika dulu, begitu popular dan efektif, namun citarasa rakyat sekarang sudah berbeza.

Maka itu timbul pertanyaan dihati saya, kenapakah personality yang popular dan menjadi icon remaja seperti Angkawasan Negara, Sheikh Muszafar tidak dilantik sebagai senator selepas itu menjadi Menteri atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Atau Datuk Siti Nurhaliza sebagai Menteri atau Timbalan Menteri Kebudayaan dan Kesenian. Fikir-fikirkanlah.

5 Responses to "MENUNGGU SITI NURHALIZA DILANTIK MENTERI"

MSG SABAH said...

Bagi pendapat saya perkara yang disentuh oleh saudara ini ada kaiatan dengan perkara berikut:-

To: kibin haji samad ; joshuak ; DATUK PATRICK SINDU ; Mutalib MD
Cc: Nasa7458 ; Mohd. Salim B. Gabot
Sent: Friday, May 29, 2009 7:07 AM
Subject: Re: No failed housing projects?????????

Datuk President CASH,
Ketua Biro Penerangan, USBO / Merangkap Pensyarah University Terbuka Malaysia (Open Eniversity M),
Timbalan President CASH & Biro Pengaduan Awam CASH

Merujuk perkara seperti yang tersebut di atas dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

2. Selang empat (4) minggu selepas kita bersama Saudara Engineer Ajin Gagah dibiayai sepenuhnya oleh President USBO bagi menghadiri persidangan NGO-NGO rumpun peribumi Malaysia di Kuala Lumpur, saya berpeluang kembali ke KL untuk menghadiri mesyuarat mengenai Hala tuju Industri Pengedaran Di Malaysia dan mesyuarat berkaitan dengan Keselamatan pengguna berkaitan Industri Petroleum yang diurus setiakan oleh Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dan sehari selepas mesyuarat mengenai Hala tuju Industri Pengedaran Di Malaysia, PM membuat pengumuman mengenai pengagihan fungsi Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi kepada lebih dari tiga kementerian berdasarkan konsep penstrukuturan semula jentera kerajaan berikutan pelantikan YAB Dato' Seri Najib sebagai PM ke enam (6) dan mengumumkan konsep 1Malaysia sebagai teras hala tuju kepimpinannya. Berikutan dengan penstruktutan ini dan berdasarkan input yang saya perolehi dari pelbagai sumber, bagi pendapat saya, struktur jentera kerajaan kini lebih lebih "stream line" dan berkeupayaan untuk melaksanakan "task" dan lebih berupaya untuk membantu melaksanakan pelbagi "task" bagi merealisasikan matlamat dan visi yang ingin dicapai semasa tempoh pemerintahan YAB Dato' Seri Mohd. Najib.

3. Sehubungan dengan senario sebelum dan semasa pemerintahan YAB Dato' Seri Mohd. Najib, saya fikir saudara dan lain-lain yang terlibat dengan "NGO" sependapat dengan saya bahwa 1Malaysia jika dapat difahami konsep dan kerangkah struktur instrument dan modul pelaksanaannya dapat bangunkan; saya yakin konsep pembangunan berdasarkan 1Malaysia akan memberi impak dalam hala tuju dimensi pembangunan negara. Selaras dengan senario perkembangan sosio-politik dan realiti sosio-ekonomi negara, NGO-NGO macam yang kita sedia menjadi anggotanya adalah mempunyai peranan yang tersendiri dan boleh memberi signifikan kepada momentum perubahan kepada perkara-perkara khusus dan tertentu dalam arus perdana pembangunan negara khasnya dan Sabah amnya. Sehubungan, saya mengajak saudara-saudara untuk meneliti dan menilai kembali signifikan setiap penyertaan kita dalam NGO-NGO yang kita sertai. CERMIN diri bah Joshua !

MSG
Layari : http://www.msgsabah.blogspot.com/ ; http://msg1borneo.blogspot.com/

----------------------------------- Original Message -----
From: joshuak
To: MSG
Cc: Datuk Patrick bin Sindu- JP
Sent: Tuesday, May 26, 2009 7:37 AM
Subject: Re: No failed housing projects?????????

Dear MSG,

Are we awake now?

CASH and Joshua Kong had proposed a Think Tank on consumer issues and ask Gov't for funding.

Without funds, how to do a research on housing in Sabah?

I am preparing a detailed paper (of course not complete) on the problems of housing in Sabah at my own little fund.

Joshua

----- Original Message -----
From: MSG
To: joshuak ; 7th- BRC- 2002 ; ACCaURATE ; brain-storms-borneo@yahoogroups.com ; N13- LIKAS
Cc: MDP2003 ; EDP2003 ; MDP2004 ; Jaafar Walad ; DATIN ASNIMAR HJ SUKARDI
Sent: Tuesday, May 26, 2009 6:37 AM
Subject: Re: No failed housing projects?????????

HARGA TERLALU mahal berbanding dgn tempat lain di Malaysia.

mohd azrone sarabatin said...

Kerana terlalu berpolitik tempoh Mac 2008 hingga sekarang masih dalam mood pilihan raya. Rakyat diperlukan bila keadaan genting tapi bila selesa tunggu pilihan raya baru jumpa kami.

amirfitrihakimi said...

Sdr Musli, tidak ada yang mustahil dalam politik Najib. Tak perlu saudara berkeluh kesah.Saya bersetuju dengan pandangan musli tentang perlantikan Amirsham ini yang sentiasa gagap dalam Dewan Rakyat.

Tapi banyak perkara lain lagi Msuli terlepas pandang, dalam kabilah Najib ini dia menhimpunkan semua kawan2 dia. Dia tidak peduli pandangan ahli UMNO, rakyat atau sesiapa sahaja, yang penting kawan dia ataupun macai-macai dia zaman dia pemuda.

Najib dah buat UMNO.BN dan kerajaan ini dah macam harta ketutunan keuarga. Dan dah ada pun orang labelkan kerajaan BN ini bukannya kerajaan Barisan Nasional tapi daha jadi Kerajaan BN ( BINI NAJIB).

Lepas ni Nakib akan lantik Datuk Ishak Ismai, Ketua Bahagian Seremban sebagai Pengerusi SPNB ganti Azian Osman. Ishak ni pun kawan dia. Jadi Najib guna kerajaan hari ini untuk balas budi kawan-kawan dia je..bab Muhyiddin pula..rebus dan minum aje le air WOW Factor dia tu..sama jer

Jadi tak peliklah kalau lepas ni dia lantik adik dia yang jaga CIMB tu jadi Gabenor Bank Negara.

Dan jangan terkejut juga dia pun boleh lantik Musli untuk jadi apa-apa asalkan Musli pandai ampu dia dan rosmah.

1Pengguna said...

Nampak macam amirfitrihakimi menyimpulkan bahwa 'posting'
Sdr Musli, ini kali macam ada unsur-unsur mengampu iaitu pada pendapat saya'mengampu' ini adalah sebahagian ilmu kemahiran yang ada pada setiap individu dan terpulanglah kepada individu berkenaan semada mempunyai skil untuk menggunakannya bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu. Boleh jadi sdra Musli memberi ulasan ini adalah dengan tujuan ikhlas dan berdasarkan pengamatan beliau sendiri setelah meneliti beberapa maklumat yang sdra Musli perolehi. Jika inilah realiti niat sdra Musli then sdra amirfitrihakimi sudah bersikap tidak adil kepada sdra Musli dan sdra secara tidak disedari sebenarnya telah terjebak kepada perbuatan menyinggung perasaan sdra Musli dan bagi pendapat saya cara sdra amirfitrihakimi memberi ulasan memberi petunjuk bahwa sdra adalah bukan dari kelangan ahli pasukan 1Malaysia.

Unknown said...

sdra 1Pendidikan, terpulanglah kpd persepsi pembaca dan memberi komen. saya bersikap terbuka dan menyiarkan komen2 yg tidak bersifat serangan peribadi terhadap mana2 individu. kerja saya ialah menulis apa yg saya fikir perlu diketahui rakyat.