ARTIKEL BARU

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 63 PARTI UMNO

Apakah Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin lebih penting daripada menziarah sahabat yang sedang uzur?


Malam ini saya turut hadir meraikan atau memperingati hari lahir parti UMNO yang ke 63 di dewan PWTC. Dari segi entiti UMNO yang lahir pada hari semalam 11 Mei 1946 telah diharamkan mahkamah tinggi pada 1988. Sebenarnya apa yang dirayakan dan yang diperingati bukan parti UMNO secara fisikalnya tetapi dari aspek roh dan perjuangan UMNO yang telah berusia 63 tahun. Jadi soal UMNO baru belum sampai usia 63 tahun tak seharusnya dijadikan polemik.

Majlis bermula dengan sembahyang maghrib dan majlis Tahlil. Selepas itu beredar ke dewan utama menyanyi beramai-ramai lagu Negara Ku diikuti upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa oleh Presiden UMNO diiringi lagu UMNO yang juga dinyanyi beramai-ramai dengan penuh semangat. Saya hadir tanpa ada jemputan. Menghadirkan diri sebagai pemerhati.

Dan menepati taraf saya sebagai pemerhati, maka itu tidak seorang pun pemimpin UMNO yang saya kenal menjemput saya duduk di meja makan yang telah disediakan. Masing-masing nampaknya fokus kepada hal masing-masing. Saya hanya sempat berbual seminit dua dengan Dato Mukriz Mahathir.

Sepanjang Presiden UMNO berucap saya berdiri ditepi dinding dewan. Dalam ucapannya, sekali lagi Dato Najib menyentuh soal perubahan dan ayat kegemarannya iaitu “merasai denyutan nadi rakyat”. Soal jasa dan budi UMNO juga disentuh walaupun tegasnya UMNO tidak boleh lagi bergantung kepada nostalgia perjuangan pemimpin-pemimpin UMNO yang lalu.

Bila disentuh soal budi dan mendengar denyutan nadi rakyat, tersentap perasaan saya kerana baru sahaja bulan lalu pemimpin-pemimpin UMNO kenal saya sewaktu meminta sokongan dan undi. Tetapi sekarang berat untuk mereka melemparkan senyum apa lagi mengajak duduk semeja.

Yang paling menyedihkan bila terbaca keluhan hati Tan Sri Hussien Ahmad dalam akhbar Era Baru yang diedar percuma. Bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu dipetik sebagai berkata bahawa sejak uzur di Hospital, yang melawat beliau ialah Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz. Tidak seorangpun pemimpin UMNO dari Kelantan atau luar yang menziarahi beliau dan bertanya khabar.

Sedih membaca berita yang menimpa pemimpin Melayu. Barangkali pemimpin UMNO lebih suka mengadakan Majlis Tahlil dan membaca Yassin daripada membantu ketika sahabatnya masih memerlukan pertolongan.

4 Responses to "SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 63 PARTI UMNO"

jeanbara said...

Bapak,
Kisah bapak di tepi dinding dan cerita Tan Sri Hussien Ahmad di katil hospital mengingatkan saya pada kisah Allahyarham Tan Sri Mustapha Jabar di sudut kedai nasi kandar di Jln TAR. Saya tak ingat tahunnya, tetapi saya cukup ingat yang dia BERSENDIRIAN dan ketika itu dia BUKAN lagi SU Agung UMNO.

Tiada siapa pun yang masuk keluar mempedulikannya. Saya cukup yakin, senarionya berbeza kalau dia masih berjawatan.

Sesungguhnya inilah salah satu kegagalan besar UMNO; gagal melahirkan generasi yang mengenang budi!

Anonymous said...

mmg la majlis tahlil 2 penting sbb sambutan umno yg ke 63 thun...maknanya byk pemimpin yg berjasa kpd umno byk yg dh xder...tp yg lg penting..ziarahla bekas2 pmimpin umno yg sdh uzur...atleast mereka rasa dihargai...ni x, bila dh xder, br nk hargai jasa mereka... 2 semua dh xder maknanya lg...
dn lg 1... sikap pemimpin umno 2 sendiri.. bila perlukan undi dr kita, tunjukla muka manis...bila dh menang dn ada jwatan...mmg kita yg di bwh ni dh xpandang.. dh xkenal...tul .????ni la sikap org melayu... mudah lupa diri bila diatas...tul la kata tun...MELAYU MUDAH LUPA...

ROJOKOBOG said...

berjuang demi USBO...

Kalam Jaafar said...

BEGITULAH BUDAYANYA JADI BAGIMANA UMNO BOLEH JADI RELEVAN DAN DEKAT DI HATI RAKYAT JIKA PEMIMPINNYA GAGAL MENGHAYATI SLOGON RAKYAT DIUTAMAKAN KEUPAYAAN DI PERTINGKATKAN