ARTIKEL BARU

SEMBANG AHAD: MEMUPUK SIKAP MEMBACA DALAM TANDAS

Pagi Ahad ini seperti biasa saya memalaskan diri bangun dari katil. Setelah puas lelapkan mata kira-kira jam 10, saya bangun dan membuat Nescafe O kurang manis. Tak boleh manis sangat kerana saya ada diabates type 2. Selepas menghirup Nescafe O panas dan pekena sebatang rokok Salem Menthol. Lega dan lapang fikiran sekejap. Lupa masalah tunggakan kereta, hutang along, hutang kad kredit dan lain-lain.

Sudah menjadi kebiasaan saya sejak di sekolah menengah membawa bahan bacaan dalam tandas. Daripada duduk termenung lebih baik membaca sesuatu. Tak kira apa jenis bahan bacaan. Surat kabar, termasuk surat kabar lama, buku, majalah ujang atau majalah gila-gila. Rasa tidak kena dan tidak lengkap hari itu jika tidak membaca. Tandas dipenuhi dengan bahan bacaan. Tabiat ini menjadi ikutan anak-anak saya dan sedikit sebanyak menyemai minat membaca pada diri mereka. Walaupun hanya membaca dalam tandas sebagai permulaan. Mereka berjaya dalam pelajaran.

Sifat ingin tahu sebenarnya sifat semula jadi setiap kanak-kanak. Pada peringkat awal kanak-kanak dan remaja memang mereka sentiasa ingin tahu. Sifat kedua ialah memerhati perbuatan ibu bapa mereka. Tanpa saya sedari saya telah pupuk minat membaca dikalangan anak-anak saya. Oleh kerana naluri ingin tahu itu adalah sifat semulajadi kanak-kanak, maka terpulanglah pada ibu bapa mengasah sikap itu kearah menimbulkan minat ingin membaca seterusnya.

Saya teringat kata-kata seorang kawan bernama Dato Azmi. Katanya orang Melayu terutama orang politik bukan suka membaca. Kalau di Jepun, England atau Amerika, pagi-pagi orang keluar rumah membeli surat kabar atau buku dan membaca dalam bas atau kereta api. Masa Rehat waktu tengah hari atau petang mereka akan bercakap dan membincangkan apa yang telah mereka baca.

“Tapi orang Melayu di Malaysia” Kata Azmi, “Pagi-pagi duduk kedai kopi dengar orang politik bercakap dan berceritera. Lepas tu, cerita orang politik tadi itulah jadi modal dia ke hulu ke hilir. Malah ditambah-tambah lagi cerita itu supaya lebih menarik walaupun dia sebenarnya tak tahu apa benda yang dia dengar”.

Siapa tak kenal Dato Azmi datanglah ke The Mall. Jumpa orang berbadan besar, tinggi dan suara kuat. Itulah Dato Azmi.

2 Responses to "SEMBANG AHAD: MEMUPUK SIKAP MEMBACA DALAM TANDAS"

Anonymous said...

hati2 kerana tabiat itu tidak elok untuk diamalkan..berada terlalu lama di dalam tandas tidak elok dalam islam. malah tempoh berada didalam tandas yang lama merupakan salah satu faktor penyebab/penyumbang risiko penyakit buasir(hemorrhoids)

dr muda
-sekadar berkongsi ilmu-

Your Niece & Supporter - Nining said...

Susah juga mau membaca dalam tandas kalau di Malaysia ni (Sabah khususnya), terutama sekali kalau di tandas-tandas awam. Bau-bauan yang ada menusuk-nusuk hidung dan mengganggu konsentrasi pembacaan.