ARTIKEL BARU

TEORI R.A.H.M.A.N - BENARKAH NAJIB PM TERAKHIR UMNO?


Mengikut teorinya, semua Perdana Menteri Malaysia mestilah mengikut huruf ejaan R.A.H.M.A.N iaitu bermula dengan Tunku Abdul Rahman (R), Abdul Razak (A), Hussien Onn, Mahathir (M), Abdullah (A) dan Mohd Najib (N).

Selepas tamatnya huruf RAHMAN, golongan yang masih yakin BN akan terus memerintah Perdana Menteri selepas Najib adalah mengikut teori M.A.H.A. singkatan kepada nama Mahathir. Bermula dengan Muhyiddin (M), Ahmad Zahid Hamidi (A), Hishamuddin (H), Ahmad Husni, Ahmad Maslan, Ahmad Shabery dan nama-nama yang bermula dengan huruf A.

Di Sarawak teorinya ialah S.T.A.T.E iaitu bermula dengan Ketua Menteri pertama Stephens Kalong Ningkan (S), Tawi Sli (T), Abdul Rahman Yakub (A), Taib Mahmud (T). Dan huruf E. Siapa E? Sepatutnya Effendi Norwawi.

(GAMBAR: Segala-galanya bergantung kepada kepimpinan Dato Seri Najib mempastikan beliau bukan bakal PM terakhir UMNO)
Sejauhmana rasionalnya teori RAHMAN?

Jawapnya, teori itu salah dan karut. Ayat sebenar bukan RAHMAN tetapi A.A.H.M.A.M atau R.R.H.M.A.M jika huruf pertama nama awal semua Perdana Menteri diambil. Tunku Abdul Rahman sepatutnya bermula Abdul bukan Rahman seperti juga dengan Abdul Razak. Jika Abdul Rahman maka huruf bermula dengan A bukan R. begitu juga dengan Abdul Razak. Jika Abdul tidak digunakan maka hurufnya sepatutnya R bukan A. Begitu juga dengan Mohd Najib. Huruf awal ialah M iaitu Mohd bukan Najib.

Oleh yang demikian, kepercayaan kepada perkara karut seperti ini menyebabkan bangsa kita malas berfikir dan menyerahkan sahaja kepada apa yang telah tersurat dalam huruf RAHMAN bahawa Dato Najib adalah Perdana Menteri terakhir daripada parti UMNO dan BN.

Jikapun Dato Seri Najib adalah PM yang terakhir UMNO atau BN, ini berlaku berpunca daripada kelemahan kepimpinan Najib dan kerajaan dan parti yang diketuainya dan tidak ada hubungan langsung dengan teori RAHMAN. Fikir-fikirkanlah

2 Responses to "TEORI R.A.H.M.A.N - BENARKAH NAJIB PM TERAKHIR UMNO?"

C.C.GAN said...

Bkn saja NAJIB akan jadi PM terakhir,UMNO pun akan berkubur dgn Najib.

Anonymous said...

teori saja bah itu, tapi macam betul jugakan dan memang orang yang membuat teori itu boleh tahan juga, cuma orang yang tidak panadai buat teori selalunya membuat bantahan entahlah !!!