ARTIKEL BARU

TIDAK SEMUA BERUDU AKAN MENJADI KATAK....

Demi perjuangan kepada umat Melayu, Datuk Ibrahim Ali sanggup menjadi "Katak". Pernah cadang kepada saya menulis buku "Katak-Katak Politik" katanya semua pemimpin politik adalah katak.



Barangkali ramai yang tidak bersetuju kalau orang politik di ibaratkan seperti kisah hidup seekor katak. Kisah hidup sang katak ini menarik sekali. Penceritanya ialah Dato Mokthar Samad. Ketua UMNO Bandar Tun Razak yang digantung selama setahun Lembaga displin UMNO kerana politik wang.

Dulu orang yang pandai bercerita dan menjadi penglipur lara politik ialah Tan Sri Sanusi Junid. Sekarang saya sudah jumpa pengganti Sanusi. Namanya Dato Mokhtar Samad. Mokhtar kata, dia tak kisah digantung kerana membantu orang-orang UMNO. Dia akan tetap sokong parti UMNO. “Saya telah bertanding sebagai Ketua UMNO sebanyak enam kali. Sebanyak lima kali kalah. Kali keenam menang, kena gantung lah pulak”. Maklumlah kita hidup dalam dunia katak.

Berbeza dengan Sanusi Junid yang mendapat cerita daripada pembacaannya yang luas, Mokhtar Samad mendapat cerita daripada pengalaman hidup dan pengamatannya tentang tingkah laku manusia. “Saya tiada sekolah tinggi. Semua cerita saya daripada pengalaman hidup sebagai askar di Sabah pada tahun 60an, penjual pasar malam, driver teksi dan bermacam-macam kerja”. Jelas Dato Mokhtar yang kini bergelar jutawan atas usaha gighnya itu.

“Orang-orang seperti Dato Najib, Muhyiddin, Shafie Afdal, Hishamudin, Musa Aman telah berjaya menjadi Katak. Kita masih berudu. Belum tentu kita dapat jadi katak” Mokthar Samad mula bercerita. Suasana Restoran Putra petang itu sibuk seperti biasa. Saya, Wan, Najib, Jadawi dan isterinya Zee duduk di meja luar. “Saya tunggu Osu” kata Jadawi sewaktu bersalam dengan saya.

Tak lama kemudian, Datuk Osu Sukam pun sampai dan duduk di meja kami. Dia tak minum apa-apa. Hanya mengangguk, senyum dan gelak mendengar cerita Mokhtar Samad.

“Orang-orang seperti Osu” kata Dato Mokthar, sambil matanya menjeling ke arah bekas KM Sabah itu “sudah pernah jadi Katak. Begitu juga dengan Dato Ibrahim Ali, Sabarudin Chik dan lain-lain yang pernah jadi menteri. Mereka sudah hidup di luar kolam, boleh lompat dan telan apa yang mereka nampak”.

“Kita belum jadi Katak, masih berudu, terkial-kial dalam air kolam. Nasib kita baik, kita pun akan jadi katak. Nasib tak baik ikan haruan akan telan kita atau ada katak lain yang lapar akan makan kita pulak”.

Seekor katak melahirkan beratus-ratus ribu telur tapi yang menetas menjadi berudu mungkin jumlahnya tak sampai 10 ribu. Katak bertelur musim hujan (musim pilihan raya?), banyak anak-anak ikan dan lain-lain binatang makan telur katak. Daripada 10 ribu berudu, hanya 30 puluh ekor sahaja yang survive menjadi Katak. “Apa yang katak buat selepas keluar dari kolam?”

Masing-masinglah kita jawab, senyum Dato Mokhtar. Tapi tegasnya, pemimpin Melayu hanya ada kuasa selepas dia menjadi menteri. Sebelum dia jadi menteri, dia akan ajak kita ramai-ramai sokong sehingga dia jadi menteri. Bila sudah jadi menteri dan kita jumpa, dia pasti akan kata “AKU TIADA KUASA”. Dan selepas jadi menteri, dia pun ada kuasa semula tapi kuasa hanya setakat dikedai kopi. “betul tak Dato Osu?” tanyanya disambut gelak ketawa.

6 Responses to "TIDAK SEMUA BERUDU AKAN MENJADI KATAK...."

Anonymous said...

ASALAMUALAIKUM ......

Sungguh menarik cerita saudara paparkan ini. Semoga menjadi santapan kepada 60 kata DUN Sabah dan 25 Katak parlimen.

Namun setelah lebih setahun ini kata-katak ini berada di luar kolam, belum ada tanda-tanda hendak bertelur semula. Atau paling kurang pun mengeluarkan air liur untuk diminum oleh ikan bilis.

Memang tabiat katak begitu, selalu lupa asal usul, lupa daratan dan lupa kawan. Namun juga lupa katak-katak ini akan berbunyi pada P.Raya ke-13 nanti. Masa itu baru tahu, berudu akan mengamuk minta makan

Rafahi Edris
DUN Lumadan

Unknown said...

terima kasih Rafahi Idris kerana komen saudara. Biasanya, katak-katak ni akan bertelur pada musim hujan sahaja. itupun setelah mereka mengawan dan kenyang. Di Sabah, katak-katak kita mungkin masih belum kenyang-kenyang dan belum mengawan lagi dan mereka tunggu musim hujan, nampak gayanya berudu macam kita anih kena makan sesama sendirilah untuk survive...

Senjaliza said...

Adik Musli yang Rontog. Salam. Ramai katak sekarang ini kena percikan bintang tongkat Nenek Kebayan. Mereka pandai drive Mercz latest model malah name the latest model; 27% atau 35% sudah di bersusun di rumah mereka nombor pun kalo bukan SA 27 AZ nombor SA 35 AZ. itu baru satu titik dari glacier North Pole!

Tapi Katak ini selalu kalah dengan ular dua kepala. Bila bagi-bagi serangga katak dapat 30%. Ular 2kepala dapat 70%. Sebab tulah katak bising bila musin hujan. lol-lauhgt out loud

Unknown said...

Terima kasih Kak liza, dalam usia menjangkau 50 tahun dan janggut pun dah putih rasa sejuk hati bila ada yg panggil adik Musli he he he...tenguk foto saya nampak lebih tua dari Liza walaupun di waktu senja. Ular kepala dua ini sebenarnya jaga juga katak2 sawah ni. tapi katak puru dan lain-lain katak terpaksalahj telan angin.. tapi ada masa ular ni tertelan katak beracun...

mrakunman said...

Sdr musli, saya hairan kenapa ahli-ahli politik di sinonimkan dengan katak? Kalaulah katak yang biasa kita dengar menganggu di waktu hujan lebat dan hampir banjir terutama di kampung yang masih ada hutan dan rumput panjang, memang katak-katak itu akan bertelur dengan banyaknya sekali agar penyebaran mencapai tempat-tempat yang jauh mengikut air mengalir. Tujuan bertelur banyak agar populsinya bertambah banyak dan menyebar, dan seterusnya menjadi katak-katak dewasa yang menjadi penghuni baru pada tempat baru. Sepanjang perjalanan telur itu memang ada yang tersalah makan oleh ikan, kerana biasanya ikan tidak makan telur katak, walaupun ianya ikan haruan. Kerana itulah bila di sebuah sungai atau kolam, di mana terdapat haruan, maka penghuni yang banyak adalah Katak. Katak adalah binatang yang serba boleh, kadar survivalnya tinggi sekali, jika ada pemangsa yang banyak di mana katak hidup, katak boleh bertukar warna, jika kawasannya kehijauan, maka kulit katak akan bertukar hijau, semua katak demikian, kecuali katak puru, yang beracun. Berudu senantiasa jadi katak, kecuali kawasan di mana berudu itu ditelurkan mengalami keadaan yang ekstrem. Walau bagaimanapun katak akan pupus, jika kawasan itu banyak ular, kerana itulah apabila ada hutan di sekiling rumah dan apabila hujan turun dan tertakung, tetapi suara katak tidak terdengar, adalah pasti tempat itu banyak berpenghuni ular. sila cari kebenarnnya

aura said...

eloklah jadi katak seperti sibrahim cakap tu,tak yang tak baik tu katak kuat merajuk sehingga menjahanamkan......