ARTIKEL BARU

GAJI NAIK RM2000. SERONOK SAKAN YB SABAH!



YB dan Menteri Sabah yang dermawan. Ramai "pesakit luar" berjumpa setiap hari di pejabat dan rumahnya. Gaji dah naik, elaun pesakit luar kena naiklah Datuk..
Muka depan semua akhbar tempatan Sabah hari ini menyiarkan kegembiraan sebahagian besar ADUN negeri Sabah kerana gaji naik RM2000. Dikhabarkan suasana Dewan Undangan Negeri benar-benar ceria setelah bill diluluskan.

Ada YB yang terus telepon Fook Loi, agent jual Ninja dan Merc baru di Likas, Kota Kinabalu. Entah betul atau tidak, kita tak pula tanya Datuk Chris, pemilik Fook Loi Sdn Bhd.

Saya tertarik dengan kenyataan beberapa orang YB yang gaji naik tu. Mereka kata dengan kenaikan gaji tu maka mereka dapatlah berkhidmat lebih baik kepada rakyat. Dapat memberi derma dan bantuan. Maklumlah tidak lama lagi bulan puasa dan hari raya. Kalau tak naikkan gaji YB, nak bantu siapa lagi?

YB-YB di Sabah tidak seperti YB di negeri lain. YB Sabah bukan setakat urus projek pembangunan. Mereka juga sumber dapat duit untuk anak bertunang, anak kahwin, anak ke universiti, orang sakit atau meninggal dunia dan macam-macam lagilah.

Budaya ini telah bermula sejak zaman kuda makan tembaga lagi. Sejak zaman tun Mustapha, rakyat dah dibiasakan meminta bantuan YB. Tapi sekarang YB Sabah tidak lagi kaya raya macam dulu-dulu. Zaman kuda makan rumput ini YB Sabah harap gaji saja. Ada YB yang buka dompet dan letak atas meja kalau rakyat jumpa walau sebenarnya dia berjawatan menteri.

Baru-baru ini saya jumpa seorang YB bertaraf menteri. Dah 4 penggal jadi YB. Dua penggal jadi menteri. Kami pun kenal baik. Ada hubungan saudara pulak tu. Dalam UMNO ada jawatan sebagai bendahari negeri. Saya minta sedikit derma untuk melancarkan NGO di Sabah. Saya kata KM dah setuju.

Mulanya temu janji tunggu sampai jam 5pm. Kali kedua enggan berjumpa tapi..?Terima kasih banyak-banyak dengan menteri UMNO kerana kerana kirim melalui pegawai perhubungan dalam envelope yang diserah didepan orang ramai sebanyak RM500. Mereka nak memalukan saya dan menganggap aktivis seperti saya tidak beza seperti "pesakit luar" hospital kerajaan.

Maaf cakaplah. Pemimpin UMNO yang sudah terlalu lama dan angkuh seperti ini perlulah diganti dengan orang lain. Memang mereka telah berjasa tetapi cukup tu cukuplah. Ada pemimpin muda yang masih bersemangat mempertahan UMNO dan BN dan bersedia membantu golongan NGO yang menyokong kerajaan.

Menteri itu nak buat apa dengan gaji tambahan 2000? Harap dengan tambahan gaji ini KPI meningkat kerana lebih ramai pesakit luar dapat ubat yang baik. slogan "rakyat didahulukan. pencapaian diutamakan" benar-benar diamalkan di Sabah kerana kenaikkan gaji itu telah menguntungkan rakyat. fikir-fikirkanlah!

8 Responses to "GAJI NAIK RM2000. SERONOK SAKAN YB SABAH!"

Sharps Shooters said...

HMM? GAJI TAMBAHAN?

Ajin b. Gagah said...

Salam Sdra Musli,
Pertama sekali saya mohon maaf kerana tidak dapat hazir untuk bermaysuarat AJK PENAJA PERKASA petang ini, di sebabkan 'commitment' di luar. 'Thanks, anyway'.

However, harapan saya kalian akan terus maju kehadapan. Kalau tidak silap sdra-sdra Sabah Kita dan Musrham di jangka hadir?
Kalau tidak menyusahkan, saya harap sdra ' highlight'kan nanti dalam blog sdra, perkembangan seterusnya.

'Pertaining', isu yang sdra postkan ini agak menarik juga. Kerana secara am nya, ada kebaikan juga gaji YBs ini di tambahkan dari yang sedia ada.

Seada nya kalau tiada bantuan luar, teruk juga YBs ini di kerjakan rakyat. Minta bantuan itu ini. Apa lagi bila mengingatkan bulan puasa tidak lama lagi dan lepas itu Hari Raya pula akan menyusul.

kadang kala kalau YBs tidak dapat melayan, bermacam-macam ancaman timbul. Ada yang sampai menyatakan " nanti lah YB, pilihan raya akan datang, saya tidak undi YB".Dan banyak lagi...Dahysat

Walau apa pun, dengan tambahan gaji ini, harapan kita YBs akan lebih bekerja keras lagi untuk rakyat di masa akan datang.

Kalau ada cerita lain mengenai YBs ini; biar lah kita bincangkan dalam perspective yang lain.

Mohd Amini said...

Sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi dan Kacang Lupakan Kulit begitu perumpamaan YB.YB kita kalau sudah dikemuncak kesenangan dan kekayaan.Wahai YB YB kamu harus sentiasa ingat ya.kamu ini masih di bawah naungan lagit biru dan ingatlah langit itu tidaknya selalu cerah.Justeru itu bila ada rakyat miskin datang bertandang di pejabat atau rumah YB janganlah tengok macam anjing kurap.Bantu dan tolonglah mereka kerana merekalah YB terangkat menjadi Yang Berhormat.

Anonymous said...

mungkin duitnya terlampau besar sehingga tiada spare change?

Seliu Liu said...

Salam denakan. Saya pun minta maaf sebab tak dapat buat liputan sebab ada tugasan luar beberapa minit sebelum jemputan saudara ke PC.
Saya buat liputan penuh Sidang DUN Sabah baru-baru ini termasuk meluluskan Bil kenaikan gaji seperti dalam coretan saudara.
Saya pun ada pengalaman dalam NGO's antaranya Perisai Kota Belud, Kelab Sukan dan Rekreasi NSTP dan KRT Kota Belud semuanya sebagai mantan Setiausaha.
Begitulah lumrah NGO's, kerap dilayan kelas ketiga.

rojokobog said...

Salam,
Gaji Menteri naik, Income Tax mereka pun akan dipotong lebih tinggi lagi, yg untung Menteri dan Income Tax..dimana keuntungan rakyat?? rakyat akan untung jika berusaha lebih..rezeki tak akan dtg bergolek.

USD said...

Salam, naik 2000? cukupkah tu utk mbiayai pbelanjaan YB kita? abis di Golf club aja la!

Norawi said...

lebih ramai lagi berminat jadi yb.tapi biarlah yang betul-betul berkhidmat,bukannya yang berlagak.jangan lupa derma kepada pesakit yang kena h1n1.projek-projek juga,tapi kesihatan yb sendiri perlu diutamakan.tapi jenguk2 juga rakyat yang dah lama menderita sakit.