Hari ini cadang posting ucapan penggulungan Presiden UMNO. Tetapi oleh kerana malam tadi asyik bersembang dengan sahabat-sahabat saya dari UMNO bahagian Kota Belud, saya tak sedar jam dah 4 pagi. Sampai bilik dah hampir jam 4.30am, mengantuk sangat. Sempat jenguk FB saja. Semua idea ikut tidur.
Posting kali ini saya petik dari blog sahabat saya Jeanbara. Sebenarnya paparan blog Depakata seperti biasa amat menarik. Tak lama lagi akan muncul web http://www.paradigma.com.my/ atas usaha dan kerjasama antara saya dengan Jeanbara dengan disokong rakan-rakan blogger yang lain.
Pada bulan Mac lepas, Jeanbara menjadi editor dan menerbit buku Konspirasi Politik Melayu dan selepas itu dialah orangnya yang mendesak saya menjadi seorang blogger. Seperti katanya, kerja blogger ini kerja "suka-suka" yang akhirnya menjadi kerja yang kita "tidak suka" kerana terpaksa selalu menulis.
Jika dulu saya hanya menulis artikel sebulan sekali dalam akhbar tempatan dan setahun sekali menulis buku politik, sekarang menulis dah jadi satu kerja "sukarela" yang mengasyikkan. Rasa tidak lengkap hari itu jika tidak melayari blog dan menulis posting yang baru.
Baca seterusnya....http://depa-kata.blogspot.com/2009/10/empat-catatan-kecil.html
3 Responses to "RUMAH UMNO SIAP, PAHAT BERBUNYI"
Yang mana satu bapak, yang mana satu anak? He3x...
Resam handyman; jika pahat masih berbunyi maknanya gubahan dan ukiran belum mecapai tahap kepuasan pada rekaan dan ciptaannya.Sentuhan midas masih diperlukan. Asal kapas menjadi benang, asalkan kayu menjadi ukiran..jangan sitikus membaiki labu, jangan sikera menyiram bunga..
Salam.
Mungkin kerana rumah yang telah siap dibina adalah milik UMNO,maka pahat rumah lain yg belum siap terus berbunyi dengan bunyi yang semakin kuat dan saling bersahutan dengan pahat-pahat yang lain...
Post a Comment