ARTIKEL BARU

SIAPA PENASIHAT JAHAT UMNO?






YB Khairy Jamaludin: wataknya sebagai pemandu teksi meningkatkan popularitinya.








Artikel ini sambungan dari paparan semalam “Parti perkauman Vs Parti Berbilang kaum- system dua parti di Malaysia?“

Konsep BN yang asal diamalkan untuk menjaga hubungan yang baik antara Melayu dan bukan Melayu. Pemimpin Melayu yang dominan sentiasa mendengar pandangan parti-parti komponen. Jika hubungan itu berkekalan sudah tentu kemenangan akan terus menyebelahi BN dalam pilihan raya ke 12 lalu.

Masalah mula timbul bila ada dikalangan pemimpin UMNO merasakan dirinya terlalu berkuasa. Memetik kata bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik “ ada penasihat-penasihat jahat” dalam UMNO yang merosakkan hubungan dengan parti-parti komponen.

Siapakah pansihat-penasihat jahat itu? Antara penasihat yang rapat dengan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi pada ketika itu dikenali sebagai 3K, Khairi Jamaluddin, Kamaluddin dan Kalimullah di samping Tun Musa Hitam dan Dato Annuar Zaini. Apakah mereka yang dimaksudkan Lim Keng Yaik? Atau siapa sebenarnya penasihat jahat itu?

BN masih ada masa dan peluang untuk mendapat kembali sokongan rakyat yang hilang. Parti-parti komponen BN terutama UMNO, MCA,MIC dan GERAKAN perlu melakukan reformasi yang radikal untuk kekal relevan. BN tidak boleh mengharapkan sangat konsep dan slogan 1Malaysia.
Pakatan Rakyat yang dihadapi pada PRU13 mempunyai kekuatan dan sumber kewangan yang standing dengan BN. Selangor dan Pulau Pinang yang dikuasai PR adalah negeri-negeri yang kaya.

Menurut Dato Dr. Goh Cheng Teik, konsep parti berbilang kaum mestilah dipimpin orang Melayu. Pada masa sekarang parti berbilang kaum mempunyai tokoh Melayu seperti Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapa pemimpin Melayu parti berbilang kaum selepas Anwar Ibrahim? Apakah Syed Husin Ali atau Azmin Ali mendapat penghormatan daripada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Tian Chua dan pemimpin bukan Melayu yang lain?

Bersambung….dipetik dari buku KONSPIRASI POLITIK MELAYU, Musli Oli, Feb 2008

7 Responses to "SIAPA PENASIHAT JAHAT UMNO?"

Julkipli Sukur said...

Saya tertarik dengan artikel ini, sangat baik untuk orang2 politik... tulis banyak-banyak lagi bos,saya sentiasa mengikutinya dan sokong!.

Bagus juga kalau ada cerita tentang politik Sabah,,, saya tertunggu-tungga sebuah buku bertajuk:

Ketua Menteri Sabah; Siapa selepas Musa...

dpd.Julkipli Sukur.

Unknown said...

salam seludang pitas, selamat hari raya zul.

terima kasih atas komen sdra. insyallah saya akan tulis tentang politik Sabah di masa akan datang. buat masa ini krisis byk berlaku di Pusat, jadi kita fokus politik nasional dulu.

Anonymous said...

akan tetapi sedarkah jugak pemimpin gerakan mca mic atau lain2 komponen dalam BN bahawa masalah ini bukan lah hanya semata2 dalam umno.mereka juga masing2 ada masalah dalaman..mereka tak patut lah hanya bercakap penasihat jahat dalam umno? adakah selama ni umno bersikap kejam terhadap komponen lain? atau sebaliknya? bila PRU12 masing2 menuding jari kepada umno seolah umno yang 100% bertanggungjawap..lupakah bahawa banyak kerusi komponen lain tewas..termasuklah presiden mic itu sendiri? banyak tuntutan yang dibuat kepada umno yang melampaui batas..tak perlu sy senaraikan kerana pihak saudara sedia maklum `permintaan` tersebut.kerajaan yang ada memang dipimpin oleh umno..tapi ingat bukan hanya umno semata2 yang memimpin..komponen lain juga diberi peluang.dedahkan juga siapa penasihat jahat dalam mca mic ppp atau gerakan..skrg kita nampak betapa mereka juga menghadapi masalah..chua jui meng..chua soi lek..kes pkfz..kes samy vellu dan geng pilihannya dalam perebutan pucuk pimpinan...kes dua presiden ppp..

maaf kalau tak kena pada topik..cuma bagi saya yang di bawah ni.saya melihat ahli politik ni mmg pandai auta sana sini..nak kata org salah..tapi adakah anda sendiri betul?2x5 saja bagi saya..dan saya sendiri tak semestinya betul..Tuhan saja Maha Mengetahui

watasikadi said...

alala uncle, krisis pulak UMNO pusat ni..apamasam mau sukung ni, selalu keluar tibi cakap, Kata2 krisis dalam UMNO hanya agenda politik pembangkang sahaja. rupanya betul tau..hehehe.. apapun uncle kirim salam ngan anak uncle Ghadaffi. cakap jak kawan lama YS.

Unknown said...

Salam watasikadi, uncle akan sampaikan salam kepada Gaddafi. Uncle ckp ja nama wata si kadi. Wata a tauu, endi ku ketauan..hahaha. Gadafi sudah balik KL last week. Dia mau quit RTM. Gaji kecil katanya, walaupun glamour.

watasikadi said...

mungkin dia xknal watasikadi. suruh jak buka watasikadi.blogspot.com. mungkin dia kenal jika baca profile. macam besa RTM under kementerian gaji memang kecik, tahanla sikit sampai dapat offer from private station barulah quit.gdluck jak ckp ngan dia. so amcam bagan pinang? apa harapan team uncle? team saya buli menangkah lawan team uncle?. kalo jumpa pemimpin utama BN mintaklah peruntukan untuk KB. apa-apa jak asal boleh majukan tempat kita.

Unknown said...

ok watasikadi uncle akan sampaikan..rasa-rasa di bagan Pinang masih 50-50. tentang peruntukan tu kena MP yg boleh minta. Uncle tidak ada locus standi nak minta.