ARTIKEL BARU

HAK MELAYU, PRIBUMI DAN ERTI "MERDEKA"



YB Datuk Nilwan Kabang

Hari ini saya agak bertuah dapat berjumpa dan berbual dengan seorang tokoh veteran USNO, abang Nilwan Kabang. Nilwan pernah menjadi Setiusaha Agung Parti USNO, parti politik yang pernah memerintah Sabah dari 1967 hingga 1975. Presiden USNO yang pertama adalah Tun Mustapha dan presiden yang terakhir juga adalah Tun Mustapha. Ini jarang berlaku dalam sejarah parti politik negara ini.

Pada 21 Februari 1991 parti USNO telah dibubarkan kerana memberi laluan kepada UMNO ke Sabah. Tun Mustapha adalah wakil rakyat UMNO yang pertama di Sabah setelah menang PRK  Dewan Undangan Negeri Usukan dalam Parlimen Kota Belud pada 1991.

“Abang tidak merokok?” saya mulakan perbualan. “Syukurlah Li, sudah 4 bulan abang dapat bertahan” jawab Nilwan. Dulu Nilwan merokok seperti serombong kapal. Tapi sekarang sudah nampak perubahan. Wajah perokok yang kusut kepada wajah yang lebih bersih dan ceria. Mungkin juga perubahan ini kerana Nilwan sudah jadi wakil rakyat dan bergelar “Datuk”

Saya kenal Datuk Nilwan Kabang sejak awal tahun 80an. Ketika itu saya aktif dalam parti USNO.  Nilwan adalah Setiusaha Agung USNO. Saya selalu di pejabat USNO kerana arwah abang saya Jamlidi Oli adalah Setiusaha Kerja Pemuda USNO Negeri pada ketika itu. Jamlidi akhirnya bertanding kerusi PAS di Kota Belud pada PRU 1986 dan selepas itu menjadi Ketua Bahagian PBS Usukan sebelum meninggal dunia dalam usia 39 tahun  pada September 2004.

Sebelum terpilih sebagai calon BN pada PRU12 lalu, Nilwan pernah menjadi SETPOL kepada Ketua Menteri, Datuk Osu Hj Sukam. Beliau juga pernah menjadi SETPOL kepada Datuk Seri Salleh Said sewaktu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Sebenarnya saya aturkan pertemuan dengan Datuk Nilwan sejak minggu lepas. Tapi beliau sibuk di Kunak, kawasan DUN yang diwakilinya. Nilwan adalah antara pemimpin yang rapat dengan Allahyarham Tun Mustapha. Oleh itu saya ingin jelaskan kepada Datuk Nilwan kenapa saya mahu mengadakan majlis mengenang jasa Tun Mustapha sewaktu pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara cawangan Sabah pada 12 Disember depan.

Tetapi sebelum saya berkata apa-apa, Nilwan sudah tahu niat saya. “Hak Melayu dan hak pribumi hanya ada bila kita mencapai merdeka. Oleh itu sewajarnya NGO seperti Perkasa yang mempertahan hak Melayu dan Pribumi mengenang jasa Bapa Kemerdekaan. Kalau di Malaya Bapa Merdeka ialah Tunku Abdul Rahman. Jika di Sabah yang memperjuangkan kemerdekaan ialah Tun Mustapha” kata Nilwan.

Saya tergamam seketika dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut Datuk Nilwan Kabang. Apa lagi penerangan yang saya mau cakap?


2 Responses to "HAK MELAYU, PRIBUMI DAN ERTI "MERDEKA""

Anonymous said...

Salam KM

Hanya ingin menyumbang sekadar yang terbuku dihati

Saya akan berada di belakang saudara MO untuk PRU 13, hanya sekiranya saudara MO berada di platform yang betul, dan bagi saya platform terbaik adalah PAS, seperti yang pernah dilalui oleh Allayarham abang Jamlidi. Perjuangan PAS tidak berpaksi kepada asas perkauman dan kesukuan yang menebal sperti yang biasa di KB. Ubahlah persepsi anak muda sekarang dari sikap assabiyah yang mengenali diri sebagai bajau, irranun, dusun, cina, idahan, banjar dsb kepada 1, kota belud.

Platform politik selain ini bagi saya, "busuk hingga ke usus", seperti kata-kata Tun Dr Mahathir. Sekiranya saudara MO benar ingin memeperjuangkan anak Sabah, usah terjerumus dalam budaya politik UMNO atau yang sealirannya kerana niat itu terselindung keinginan untuk mendapatkan harta dan pangkat. Usah risau tentang TSP, DSSK, DARD dan lain-lain kerana semua tau mereka ini adalah pemimpin yang gila kuasa, gila harta dan gila pangkat, busuk hingga ke usus.

Ingatlah semua ini akan dipertanggungjawabkan kepada anda di akhirat nanti.

sypatracus

Anonymous said...

sia sokong si sypatracus...

sia sokong betul ko ni