ARTIKEL BARU

MENCARI MELAYU DI BANDAR SEGAMAT



Berucap di hadapan 700 ahli  Perkasa dan para pejuang Melayu Johor di Majlis Penerangan Perjuangan Perkasa daerah Segamat pada 3hb Januari 2010.

Ahad, 3hb Januari. Kira-kira jam 8 pagi saya bertolak dari Zon hotel, Johor Bahru ke Larkin. Teksi dipandu seorang lelaki Cina yang tak habis-habis memuji MB Johor. Dari Larkin saya menaiki bas express  ke Segamat. Tambang RM16.50.

Sejak minggu lepas, YDP Perkasa negeri Johor, Datuk Rahman Bakar atau lebih dikenali sebagai Rahman Indra desak saya untuk hadir Majlis Penerangan Perkasa Daerah Segamat. "Saya akan sediakan ikan baung sungai dan makanan special. Saudara Musli mesti hadir." Begitulah ayat Datuk Rahman.

Bas sampai bandar Segamat sekitar jam 12 tengah hari. Inilah pertama kali tiba dibandar ini walaupun telah beberapa kali ke JB.  Betulkah saya berada di Malaysia? Mana orang Melayu? Setiap lorong kedai yang berdepan dengan balai polis Segamat adalah kedai Cina. Saya mencari kedai kopi atau restoran Melayu. Dah hampir 15 minit saya mengheret beg tapi tidak jumpa satu  kedai orang Melayu.

Jikapun ada, orang Melayu hanya  di sekitar perhentian bas yang saya turun tadi. Saya terus bergerak kearah bertentangan dengan balai polis dan bertemu dengan seorang Jaga berbangsa Melayu, "Ada kedai atau restoran Melayukah di kawasan ini?" Spontan soalan itu keluar dari mulut saya. Barangkali dah berpeluh dan tekakpun dah kering.

"Kawasan padang ada kedai dan restoran Melayu. Tak jauh, jalan saja terus" Jawabnya. Saya ikuti telunjuk orang Melayu itu. Saya memotong ikut  lorong belakang.  Ada sebuah restoran Cina. Restoran Kek Emas. Pelanggan semua orang bukan Melayu. Mana orang Melayu bandar Segamat ini?

Dalam kecamuk itu  saya ternampak sebuah kedai Mamak. Lega rasanya. Selepas memesan rojak dan nescafe tarik, saya sms Syed Hassan Ali, SUA Perkasa untuk sama-sama ke rumah Rahman Indra. Tak sabar rasanya mahu makan ikan baung sungai.

Selepas makan dan minum, Syed Hasan tiba.  Beliau bersama Ketua Wiranita Perkasa, Puan Raihan Sulaiman Palastin yang memandu sendiri kereta Alphard putihnya. Turut bersama saudara Zaini,  YDP Perkasa Perak dan Wirawati, Cik Zaira. Kami terus bergerak ke rumah Rahman Indra. Tidak lama selepas itu, Presiden Perkasa, Dato Ibrahim Ali juga tiba.

Kami telah dihidang satu jamuan makan yang begitu menyelerakan. Ikan baung sungai masak lemak dan masak gulai. Ikan puyuh goreng cili, udang galah, dan bermacam-macam masakan Johor yang memang terkenal sedap. Selepas itu dijamu pula dengan buah durian dan kopi panas. Memang best!

Tepat jam 2.30 kami bergerak ke VIP hotel. Majlis bermula jam 2.45pm. Sebaik tiba, perkarangan hotel telah dipenuhi orang ramai. Kami disambut dengan kompang dan persembahan pencak silat. Pada ketika itu juga hujan renyai telah mula turun seolah-olah turut menyambut kehadiran pemimpin-pemimpin Perkasa.

"Dato Ibrahim minta you berucap" bisik Syed Hassan kepada saya. Tergamam juga kerana notis yang singkat. Apakah harus saya cakap? pen dan kertas pun tiada. Akhirnya, apa yang ada dalam kepala saya saya luahkan. Ternyata mendapat sambutan. Ketika saya mengakhiri ucapan, Syed Hasan memberi note, "teruskan ucapan saudara".

 Namun pengalaman di Segamat amat meninggalkan kesan pada diri saya. Selamat Berjuang Perkasa!       

4 Responses to "MENCARI MELAYU DI BANDAR SEGAMAT"

adunn8usukan said...

Teruskan perjuangan Sdra Ku..

SABAHKITA said...

Salam perjuangan.

Syukur Alhamdulillah. Jangan lupa makan ubat penagkis segala sakit.
Salam buat rakan-rakan semua di sana.

"Melayu itu sahabat alam". Dalam negara kita "Melayu" hendak direbut "bukan melayu" untuk merebut hak Melayu. Melayulah yang kena berfikir samada Melayu nak serahkan Melayu kepada bukan Melayu.

Mohd Amini said...

Salam YDP Perkasa Sabah.Sudah terbukti Sdr seorang pejuang Bangsa kelahiran daerah Kota Belud Sabah.Tidak salah orang dan tepat sekali pilihan Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali memilih Sdr sebagai YDP Perkasa Sabah kerana Sdr seorang yang berkarisma dan berwawasan sebagai pemimpin.

Samwan said...

Salam,
Adalah amat beruntung anda dilahirkan sebagai seorang Melayu.

Sebagai seorang manusia, adalah amat beruntung kalau anda dilahirkan sebagai seorang Islam yang mengikuti cara hidup Islam.

Akan tetapi, membezakan manusia berdasakan bangsa, agak susah untuk mengecapi keamanan dan berkat.

Saya lagi suka berbincang atas dasar al-Quran dan sunnah. Kerana Islam itu merangkumi segala aspek kehidupan dan ianya untuk semua.

p/s: Melayu ini juga pernah merantau menuntut ilmu di sebelah Utara tmpt saudara belajar dahulu.

samwansambadie.blogspot.com