ARTIKEL BARU

ALKISAH SEBUAH NEGERI YANG KAYA RAYA....


Tersebutlah kisah sebuah negeri yang kaya raya, makmur, dan mewah rakyat dan hamba sahayanya. Negeri digelar Antah Berantah. Terletak disebuah pulau bernama Borneo Utara. Makmurnya Antah Berantah, hasilnya telah dirompak dan disamun tujuh keturunan masih megah dengan gunungnya tertinggi di benua Asia.

Penduduknya tidak sampai satu laksa. Tetapi kerana kemakmuran dan kekayaan negeri Antah berantah, lebih dua laksa lagi rakyatnya datang dari luar negara.

Pemerintah Antah Berantah, berketurunan dari Chitabatta. Kononya berdarah bangsawan dari keturunan Raja Moghul yang pernah perintah 800 laksa bangsa India. Hatinya amat pemurah tetapi hanya kepada bangsa pendatang yang diberi tanah, kayu balak dan kayu gaharu, permit teksi, lesen jackpot, dan segala milik hamba rakyatnya.

Jawatan-jawatan penting dalam negara Antah Berantah disandang bangsa pendatang!!menjerit gembira orang Jawa, Batak, Mendeling dan seumpamanya. Hamba sahaya, kaum pribumi dan anak negeri  Antah Berantah masih gembira dengan santapan mata. Air liur rakyat dan hamba sahaya meleleh melihat bangunan indah, hotel mewah, bandaraya, pasaraya semuanya milik pemerintah dan keturunan dari chitabatta.

Wang negara jumlahnya beribu laksa. Wang simpan luar negara untuk mendapatkan bunga. Hasilnya untuk besarkan istana saudara mara. Bersorak gembira rakyat dan hamba sahaya, “bijak pemerintah!! Negeri ku kaya raya!!”.

2 Responses to "ALKISAH SEBUAH NEGERI YANG KAYA RAYA...."

rojokobog said...

Salam MO,
Rasanya hamba tau apa negerinya, pernah menjadi pengekspot tokek ke pelusuk dunia, hamba sahaya dan rakyat jelata jgn dibuai mimpi indah, nanti negeri tergadai kita tinggal ditepi pantai..berlantaikan pasir yg hangat dan panas, berselimutkan daun pandan dan rumbia, sedar lah wahai hamba semua.

kakah said...

ngam bana serita tu tau....tuan MO