ARTIKEL BARU

MEMBERI HARAPAN ATAU MELAKSANA HARAPAN?



SETELAH PARTI PERIKATAN HILANG MAJORITI DUA PERTIGA PADA PRU 1969, TUN RAZAK TIDAK MENGAMBIL RISIKO MENGADAKAN PILIHAN RAYA AWAL SEBALIKNYA MENGHABIS TEMPUH PENGGAL DAN MELAKSANA SEMUA POLISI KERAJAAN UNTUK KEMBALI MENAWAN HATI RAKYAT.  PRU DIADAKAN PADA 1974. 


Petang ini sepatutnya saya sudah berada di Labis, Johor. Saya rencanakan memandu pagi  ini dari Kuala Lumpur ke Melaka. Dari Melaka ke Labis untuk mengikuti penamaan calon DUN Tenang pagi esok.

Oleh sebab timbul beberapa perkara luar jangka, rancangan saya ke Labis terpaksa di tunda. Barangkali Ahad atau Isnin, saya pasti juga ke Tenang. Saya ingin melihat sendiri suasana pilihan raya kecil di Johor.

Hampir semua negeri di Malaysia telah mengadakan pilihan raya kecil. Termasuk Melaka yang akan mengadakannya berikutan kematian ADUN dari Merlimau.

Setahu saya hanya negeri Perlis dan WP sahaja yang belum diadakan pilihan raya kecil.

PRK Dun Tenang adalah yang ke 14 diadakan selepas PRU 2008. Tempuh pemerintahan BN kali ini paling banyak diadakan Pilihan raya kecil. Selain daripada kematian penyandang jawatan, perletakan jawatan (Permatang Pauh, Bukit Selambau, Penanti) adalah punca pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

Dua lagi pilihan raya mungkin bakal diadakan berikutan pengistiharan kerusi “kosong” oleh Speaker DUN iaitu di Kedah dan Selangor jika pilihan raya umum tidak diadakan segera.

Spekulasi Dato Najib akan mengadakan PRU lebih awal timbul setelah MT UMNO dalam mesyuaratnya bulan November lalu memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan. Antara yang membuat spekulasi itu termasuk Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim.

Dengan penangguhan itu, bermakna mesyuarat agung UMNO diperingkat cawangan dan bahagian (bermula Mac hingga November) hanyalah mesyuarat agung tahunan biasa tanpa ada pemilihan atau pertandingan.

Yang demikian memperkuatkan spekulasi PRU akan diadakan selepas PRK Tenang atau selepas PRK Merlimau.

Saya kerap berhujah, BN mengambil risiko yang begitu besar kerana masih banyak janji-janji dan harapan yang diberikan kerajaan terutama Dato Seri Najib kepada rakyat. Walaupun telah ada tanda-tanda harapan dan janji itu dilaksanakan namun secara umumnya impaknya belum sampai kepada golongan akar umbi.

Strategi Najib sudah tentu untuk mendapat mandat baru dari rakyat. Mandat yang membolehkan kerajaannya mendapat majoriti dua pertiga. Barangkali dengan kemenangan selesa, memudahkan lagi beliau melaksanakan dasar dan harapannya.

Namun ada  yang berhujah, mengadakan PRU awal bermakna sekali lagi kerajaan memberi harapan dan menabur janji kepada rakyat, sedangkan janji dan harapan yang diberikan pada PRU lalu masih belum dilaksanakan!

Bagaimana dengan janji kerajaan dulu? Baru-baru ini Perdana Menteri mengadakan pertemuan  empat mata dengan semua MP dari BN untuk melaksanakan projek berimpak tinggi untuk meningkatkan pendapatan rakyat di kawasan masing-masing? Jika PRU diadakan, apakah rakyat yakin, janji itu akan ditunaikan atau sekadar helah BN sekali lagi menabur janji?



2 Responses to "MEMBERI HARAPAN ATAU MELAKSANA HARAPAN?"

Bahtera Merdeka said...

Mohon link ke blog Tuan
T kasih

Penditakainsingkat said...

Salam Tuan,
Mohon link ke blog Tuan.
Blog ini sudah saya link.
TQ