ARTIKEL BARU

MELAYU TIDAK PERNAH BERSATU!!


Berani Melayu hanya diperagakan bukan dari tindakan mereka...
Bangsa Melayu dan Bumiputera adalah bangsa yang terlalu baik hati dan tidak suka krisis atau peperangan. bangsa yang amat menghormati tetamu, "dagang lalu ditanakkan nasi". Kebanyakan Sultan-sultan dan pemerintah negeri-negeri Melayu tidak menentang penjajah sebaliknya mudah percaya dan sedia berunding setelah diberi perlindungan dan saguhati (rasuah?). Malaysia boleh dikatakan dapat dijajah tanpa setitik darah Melayu menitis ke bumi!

Yang tercatat dalam sejarah tentangan Melayu ialah serangan Portugis keatas Melaka pada 1511. Tentangan itupun kerana ramai pedagang-pedagang Islam dari Gujerat cuba mempertahan pelabuhan Melaka!

Sebelum itu sultan dan pemerintah negeri-negeri Melayu sanggup membayar ufti setiap tahun kepada raja Siam asalkan mereka terus dilindungi. Bangsa Melayu akan mengelak untuk berperang dengan bangsa lain. Tercatat dalam mitos dan dongeng Tun Perak memperdaya angkatan laut Siam dengan membakar obor disepanjang pantai Melaka.

Bangsa Siam dan bangsa Karen dari Burma berperang sepanjang masa dizaman raja-raja Siam ingin memperluaskan jajahannya. Sebaliknya raja-raja Melayu lebih suka berdamai dengan menghantar wakil-wakil mereka untuk berunding dengan kuasa asing atau menerima wakil asing.

Peperangan masa lalu telah menjadikan bangsa-bangsa asing mempunyai semangat perpaduan dan jati diri yang tinggi. Bangsa Jepun mempunyai semangat perpaduan dan jati diri kerana mereka mempunyai common enemy atau musuh bersama iaitu bangsa China dan Korea. Bangsa Jepun juga pernah berperang dengan bangsa Russia. Manakala Bangsa Siam selain berperang dengan Burma juga bermusuh dengan bangsa Laos dan Kampuchea.

Oleh kerana Tanah Melayu dikelilingi laut, bangsa Melayu tidak ada musuh yang boleh menyerang dengan mudah. Negeri-negeri utara yang bersempadan dengan Siam hanya membayar ufti kepada raja Siam. Maka itu tidak pernah ujud perpaduan Melayu kerana bangsa Melayu tidak pernah berperang sebagai satu unit!

Semasa penjajahan Inggeris tentangan-tentangan yang berlaku banyak disebabkan kerana kepentingan peribadi seperti kehilangan kuasa memungut cukai dan kepentingan perniagaan lain. Tentangan tidak merebak menjadi peperangan yang melibatkan seluruh bangsa Melayu kerana tentangan itu tidak melibatkan kepentingan bangsa Melayu. Inilah yang berlaku di Pasir Salak dengan pembunuhan JWW Birch dan lain-lain tentangan.

Bangsa Melayu hanya bersatu dan mempunyai musuh bersama bila Malayan Union dijadikan pentadbiran Inggeris pada 1946. Buat pertama kalinya dalam sejarah, bangsa Melayu telah bersatu. Dan perpaduan adalah atas inisiatif bangsa Melayu itu sendiri.

bersambung. dipetik dari buku BERMULA ATAU BERAKHIR SATU LEGASI karya Musli Oli dan Dr kadir Jaafar Phd.

4 Responses to "MELAYU TIDAK PERNAH BERSATU!!"

otaklunyai said...

melayu yg boddoh yg tak ikut hukam hakam syariat jer yg tak bersatu... melayu yg beragama tak... mereka bersatu... melayu yg sokong pemimpin yg sesat lagi meyesatkan je yg tak bersatu...

Anonymous said...

MELAYU YANG KAYA RAYA, YANG JADI RAKAN KONGSI CINA, YANG JADI AHLI DAP, YANG JADI AHLI PAS DAN YANG JADI AHLI PKR....... TOBBBBAT TAK AKAN BERSATUUUU.... PUAK2 NIIII... ELOK BOH PELURU JEEEERRR... DIKEPALA DEPAAAA....

TAMBAH-TABAH JIKA IBRAHIM ALI YANG DOK JADI KEPALA PERJUANGAN MELAYU.

Unknown said...

Melayu tidak lemah, tetapi sistem yg sedia ada memungkin kan Melayu berada dalam zon selesa & tampak lemah. Ubah sistem, patahkan tongkat...biar Melayu menunjukkan belang sebenar. Wasalam.

Anonymous said...

Hidupkan perjuangan 1Melayu 1Bumi. Jangan menjadi BARUAH di negara sendiri.1Malaysia samalah dengan Malaysian Malaysia yang ditaja DAPig selama ini.Bersatulah di dalam PERKASA yang mementingkan Melayu/Bumi.

Dibawa Bayu