ARTIKEL BARU

SIAPA BERKUASA? NAJIB ATAU TUN MAHATHIR DAN GANGSTER UMNO?!



THE SMILING ASSASIN


Kenapa semakin ramai rakyat Malaysia percaya UMNO dan presidennya Perdana Menteri Mohd Najib Razak, seorang pemimpin yang sama sekali tidak boleh dipercayai! 

Sebab utama kerana Najib telah kehilangan integriti setelah kekayaan negara dan segala-galanya harta milik rakyat menjadi "milik peribadi", termasuk sebahagian besar pemilikan itu dilakukan para kroni beliau.

Najib dituduh sebagai seorang pembohong tegar! Yang ganjilnya, dia tidak peduli langsung. Dia tidak terasa malu bermuka-muka dihadapan rakyat dan masyarakat umum. Jika hari ini dia boleh menggambarkan dirinya sebagai seorang malaikat, keesokan harinya dia boleh berlagak seperti seorang diktator dalam "Banana Republic"

Muka tebal atau tidak, tapi ini lah yang berlaku bila AG didesaknya membuat rayuan pembebasan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada tuduhan Sodomi II.

Sebagai perbandingan, Anwar konsisten. Daripada mula beliau mengakui hak AG untuk membuat rayuan. Setelah rayuan difailkan, Anwar tidak gelabah dan dia tidak mengatakan keputusan itu  tidak wajar walaupun ramai rakyat berpendirian begitu.

Sebaliknya MP Permatang Pauh itu berpendapat, rayuan kes sodomi itu tidak sama sekali menjejaskan hasrat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya daripada Najib dan UMNO!

Kenyataan dan pendirian Anwar satu testimoni terhadap keyakinan diri yang kukuh. Bukan seorang pemimpin flip-flop!

Semua rakyat tahu, para ulamak, termasuk 40 ulamak muda, profesor universiti, bankers, ahli-ahli perniagaan, anggota polis dan tentera, judiciary dan ramai lagi dipergunakan Najib dan BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

Malah para hakim juga boleh dibeli seperti dibuktikan dalam insiden pita rakaman Lingam yang tersebar luas menjelang PRU 2008.

Tun Mahathir dan rejim UMNO lebih cenderung melihat Anwar dalam penjara seperti pernah mereka lakukan pada 1998 untuk terus kekalkan kuasa. Anwar adalah manusia yang jadi penghalang mereka terus duduk di atas singgahsana kuasa dan hidup seperti maharaja!

Memasukkan Anwar dalam penjara akan melemahkan pembangkang pada tanggapan puak ini.

Najib  bijak berlakon dan pandai berpura-pura. Seolah-olah keputusan rayuan tidak kena mengena dengan beliau. Tapi siapa lagikah yang percaya dengan Najib? Dia membenarkan Tun Mahathir dan gangsternya, melakukan kerja-kerja itu.

Tun Mahathir awal-awal lagi secara terbuka berkata tidak ada salahnya kerajaan mempertikai keputusan hakim yang membebaskan Anwar.

Najib cuci tangan dan dia mahu kelihatan seperti seorang yang baik, seorang wassatiyah dengan tidak memalukan dirinya sebagai seorang  Perdana Menteri jika membuat rayuan.

Amat malang kepada orang Melayu mempunyai seorang pemimpin dan perdana menteri yang begitu lemah. Najib tidak mengawal partinya sebaliknya parti mengawal dia!

Selepas Anwar dibebaskan dari tuduhan Somomi II, berita itu merupakan headlines akhbar-akhbar utama di seluruh dunia sebagai bukti bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi masyarakat antarabangsa percaya Anwar difitnah dalam konspirasi Najib dan UMNO!

Masyarakat antarabangsa dan sebahagian besar rakyat Malaysia yakin dan percaya, Dato Seri Anwar adalah pemimpin terbaik untuk Malaysia untuk keluar dari kemelut yang dialami sekarang.

Nampaknya pihak pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa dalam rayuan itu kerana mahkamah jelas berada dipihak BN. Apapun isu RM250 juta skandal lembu NFC Shahrizat  membayangi kes tersebut. Ini membuktikan rakyat Malaysia sudah membuat keputusan siapa perdana menteri mereka. Orang itu tentu sekali bukan Najib!

Harapan diletakkan kepada Anwar untuk membawa mereka yang bersalah dengan penipuan dan membawa keluar  wang rakyat sebanyak RM888 bilion daripada 2000-2009.

Seperti kata-kata seorang pemandu teksi KL, Tan Sri Khir Toyo tidak akan didapati bersalah melakukan jika BN masih bekuasa di Selangor! 

Bersambung........
  

2 Responses to "SIAPA BERKUASA? NAJIB ATAU TUN MAHATHIR DAN GANGSTER UMNO?!"

Anonymous said...

Artikel yang bagus untuk direnungi bersama.

Anonymous said...

Tuan Musli,

Mahathir ni bukan sekadar merusakkan negara tapi juga punca menyebabkan UMNO BN semakin tenat. Beliau juga penyebab UMNO menjadi lemah tapi menuding jari kepada Pak Lah. Hakikatnya orang tahu dendam Mahathir terhadap Pak Lah kerana membebaskan Anwar lalu sampai sekarang beliau memperlekehkan Pak Lah dengan alasan2 lain.

Beliau sendiri akui UMNO BN busuk dari ekur sampai la ke kepala tapi dalam masa sama dia terpaksa mempertahankan UMNO BN agar mampu kekalkan kuasa dan memastikan pimpinan UMNO BN seterusnya dapat menjamin beliau agar tidak terpenjara kelak (jika PR berkuasa). Pak Lah sebenarnya menjadi mangsa mainan politik Mahathir ini.

Mahathir akur Najib merupakan pemimpin yang sangat bermasalah dan ini menjadi senjata beliau untuk menekan Najib menuruti kehendaknya. PERKASA ditubuhkan sebagai alat Mahathir untuk memberi tekanan kepada Najib serta PR demi kesinambungan kuasanya diarena politik Malaysia. Mahathir sedar..jika tindakannya gagal, kesudahannya sudah beliau dapat bayangkan.

Begitulah tuan kondisi seseorang yang membuat kesalahan besar. Bayang2 dosa dan hukum karma menghantuinya menyebabkan dia resah ketidaktentuan. Sebab itu banyak statement2 yang dibuat beliau di masa dan tempat berbeza bercanggah antara satu sama lain samada dia menyedarinya atau tidak.

Najib dan team seangkatannya juga dalam kondisi tersepit dan tidak mempunyai upaya yang kuat untuk menyanggah permintaan Mahathir ( kerana mereka2 ini masing2 bermasalah besar ).

Tindakan2 keras dan kekasaran penyokong UMNO BN dalam beberapa siri program ceramah anjuran PR kebelakangan ini serta melambaknya edisi fitnah terhadap Anwar dan PR di media massa utama merupakan indicator yang menunjukkan golongan ini kian terdesak dan sanggup melakukan apa saja.

UMNO BN harus menang GE atau mereka " masuk ke dalam ". Saranan Dato Ambiga agar PR sedia memaafkan golongan2 perasuah kecil bila PR berkuasa kelak amat menarik perhatian saya. Ambiga yang tidak mewakili mana2 parti politik menyuarakan pandangan ini mewakili pihak mana kalau bukan suara segolongan pimpinan dari UMNO BN sendiri yang mula menyedari betapa UMNO BN ini sudah tidak boleh diperbaiki lagi.

Ini menjelaskan lagi kepada kita bahawa..UMNO BN kian hampir dihujung nyawa. UMNO BN benar2 terdesak dan tidak mustahil sekelompok pimpinan tertinggi pimpinan UMNO paling bermasalah termasuk Mahathir dan Najib akan melakukan apa saja hatta sesuatu yang diluar kebiasaan demi memastikan PR tidak memenangi GE 13.

Pada semua pimpinan utama dan seluruh pimpinan PR...sila beri perhatian terhadap perkara ini dan buatlah persediaan sebaiknya bagi menghadapi GE 13 yang dijangkakan paling "koto" dalam sejarah. DAP, PKR mau pun PAS harus menyedarkan penyokong masing2 dan rakyat agar bersatu lebih solid dan membuat persediaan secukupnya. Kekuatan angkatan muda semua parti dalam PR perlu digembeling sebaik mungkin agar cukup bersedia bagi menghadapi asakan keras UMNO BN dan segala aparat dibawah kekuasaan mereka.

Saya yakin Allah akan membantu hamba2nya yang ditekan dan dianiayai.