ARTIKEL BARU

SOAL JAWAB DENGAN UMNO



Tun Mustapha yang jemput UMNO

S:  Perdana Menteri Melayu, TPM juga Melayu, menteri-menteri kanan Melayu, KSN Melayu, Pengarah-pengarah Melayu tetapi kenapa Melayu masih miskin?

UMNO: Nakal soalan ni. Siapa kata Melayu miskin? Jika dibandingkan, ekonomi orang Melayu lebih baik sekarang dibandingkan dengan sebelum merdeka.  Masalahnya orang bukan Melayu cepat mencari kekayaan. Mereka bijak berniaga dan ambil kesempatan. Itu bukan masalah orang Melayu dan diluar kawalan kita. Lagipun orang Melayu percaya kepada takdir. Dah ditakdirkan Melayu miskin, nak buat macamana?

S: Kenapa dasar-dasar UMNO untuk meningkat ekonomi Melayu seperti DEB gagal?

UMNO: DEB tak gagal. Dasar itu paling bagus dan mendapat award dari World Bank. Masalahnya  Melayu tak suka memegang saham lama-lama. Harta dan kekayaan bukan boleh dibawa mati. Terus terang, sebenarnya Melayu tak suka dengan kekayaan. Mereka suka hidup di kampong, ada pokok nyiur, tepi bendang, tak jauh dari masjid atau surau. Kalau ke bandar pun orang Melayu suka tinggal kawasan setinggan, boleh tanam pokok kelapa dan lain-lain.

Oh Ya...salah satu matlamat DEB yang berjaya ialah kita hidup aman damai. Kaya pun buat apa kalau tak aman. Lebih baik tak kaya. Betul tak?

S: Tapi kenapa pula Pemimpin-pemimpin UMNO dan kaum keluarganya kaya raya?

UMNO: Oh, itu mesti!  Kerana pemimpin UMNO suka bersedekah terutama semasa pemilihan UMNO dan pilihan raya umum. Kalau pemimpin UMNO tak kaya, siapa nak sedekah? Takkan dari taukeh TOTO dan Genting?

S: Beralih ke Sabah. Kenapa setelah 20 tahun UMNO masuk ke Sabah, rakyat bumiputera negeri itu lebih miskin dari orang Melayu di Semenanjung?

UMNO: Sabah ni jauh. UMNO sebenarnya tak suka jalan jauh-jauh. Lagipun di Sabah mana ada Melayu. Sepatutnya UMNO ke Sarawak kerana di sana ada Melayu. Akan tetapi oleh kerana Tun Mustapha  jemput,  UMNO datanglah ke Sabah. Selepas dia meninggal dunia, UMNO rasa seperti tidak dikehendaki di Sabah. Sebab itu UMNO rasa sedih dan hilang semangat untuk perjuangkan rakyat bumiputera Sabah. Untuk mengubati kesedihan itu UMNO membawa masuk beramai-ramai pendatang tanpa izin dari Filipina dan Indonesia.

S: Adakah strategi UMNO itu berkesan di Sabah?

UMNO: Sudah tentu!  Sekarang sudah ramai menari Poco-Poco. Dengar kabarnya, KM Sabah juga suka Poco-Poco!

Sambung esok….

0 Response to "SOAL JAWAB DENGAN UMNO"