ARTIKEL BARU

KAUM TAMIL TUNTUT SEBUAH NEGARA. DI MANA? DI MALAYSIA?

Tamil: Ada Bangsa, Tiada Negara. Malaysia: Ada Negara, Tiada Bangsa!
Dalam akhbar Sunday Times semalam, Dato Seri Samy Vellu, presiden MIC mendesak Malaysia tidak menyokong deraf resolusi Sri Lanka supaya anggota Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mencampuri urusan dalaman Sri Lanka.

Menurutnya, dia akan menulis surat kepada Dato Seri Najib supaya Malaysia tidak menyokong resolusi itu. Presiden MIC itu meminta negara menghormati perasaan 1.4 juta kaum kaum Tamil daripada 1.8 juta kaum India dalam negara ini.

Dia mendakwa tentera Sri Lanka telah melakukan genocide keatas orang awam Tamil dalam usaha memburu gerila LTTE. Sebuah tribunal perang seharusnya ditubuhkan menyiasat mereka yang bertanggungjawab.

Saya berpendapat bantahan Samy Vellu terhadap Sri Lanka bukan kerana isu kemanusiaan. Sokongan itu semata-mata kerana satu sebab iaitu mereka dari suku bangsa yang sama iaitu bangsa Tamil. Persoalannya jika Samy Vellu bersimpati dengan nasib kaum Tamil dan LTTE di Sri Lanka, apakah sentimen Samy Vellu terhadap perjuangan kaum Tamil dalam HINDRAFF? Siapa dalang sebenar HINDRAFF sehingga begitu berani dan kurang ajar?

Saya serahkan kepada pembaca untuk membuat penilaian sendiri. Tetapi artikel ini mengarah pembaca untuk memahami tulisan saya yang lalu iaitu “Konsep Negara Bangsa. Apa itu 1Malaysia?”

Bangsa Tamil adalah bangsa minoriti (30%) di Sri Lanka yang majoritinya masyarakat Sinahalese. Semasa pendudukan Inggeris, kaum Tamil diberi jawatan penting kerajaan Inggeris, tetapi selepas Ceylon nama asal Sri Lanka merdeka kaum Sinahalese telah meminggirkankan kaum Tamil.

Perjuangan LTTE adalah untuk mengujudkan sebuah negara baru untuk bangsa Tamil di Sri Lanka. Pernah pada satu ketika, sewaktu kerajaan Sri Lanka lemah, LTTE menawan satu pertiga daripada Sri Lanka.

Perjuangan kaum Tamil di Sri Lanka samalah seperti perjuangan bangsa Kurdish di sempadan Iraq,Iran dan Turki. Bangsa Kurdish menuntut sebuah negara untuk bangsa mereka.

Tamil dan Kurdish adalah bangsa (nations) yang tidak mempunyai negara(state) tetapi Malaysia mempunyai negara tetapi tidak mempunyai bangsa. Janganlah terkejut jika bangsa Tamil disatu masa akan datang akan menuntut sebuah negara sendiri di negara Malaysia kerana sentiment kebangsaan mereka masih terhadap bangsa Tamil bukan terhadap negara Malaysia.

Kaum Tamil salahkan Inggeris kerana membawa mereka masuk ke Malaysia dan mereka menjadi minority. Begitu juga halnya yang berlaku di Sri Lanka kerana Inggeris yang membawa bangsa Tamil masuk ke Sri Lanka.

Berjayakah konsep 1Malaysia dengan sentiment kaum Tamil begitu? Bagaimana dengan kaum-kaum imigran lain seperti kaum Cina yang menuntut hak mereka melalui politik? Fikir-fikirkanlah.

13 Responses to "KAUM TAMIL TUNTUT SEBUAH NEGARA. DI MANA? DI MALAYSIA?"

Senjaliza said...

Tidak semua Tamil itu pro LTTE. Tidak juga mereka semua pro Hindraf yang disebut sdr Kurang ajar. Tidak semua yang kurang ajar itu Hindraf sebab ada juga orang Melayu yg kurang ajar kerana "memohon derhaka". Ramai yang dibunuh LTTE termasuk orang Islam yg innocent. Mereka kejam kerana itu LTTE dianggap "terrist organisation". Simpati kepada org Tamil tidak bermaksud simpati kepada LTTE. Pun begitu jangan bawa isu LTTE ke Malaysia kerana di Sri Lank isu itu kini makin terpadam dan tamat. Samy Vellu sekadar mau timbul balik dalam arena politik TETAPI sukar seperti sukar membuat rambutnya tumbuh semula. Sebaiknya dia buka ruang seluas-luasnya kepada generasi baru kaum India untuk menerajui MIC kerana rambutnya tak akan tumbuh semula....dan rambut palsu tetap tak ore.

mrakunman said...

Cadangan: jika semua bangsa di dunia ini, kembali ke negara asal di mana mereka sepatutnya berada, kan lebih baik. Peperangan akan terhindari, penghapusan etnik tidak berlaku,aman damai lah dunia ini.

mohd azrone sarabatin said...

Di Sabah banyak kaum imigran ada kampung sedang bangsa pribumi tiada kampung

paikankb said...

seperti yang saudara coretkan, kaum india ini sebenarnya menanti peluang "bulan jatuh ke riba" Cuma peluang dan waktu sahaja yang belum tiba. Susah nak kata tetapi bukan semua kaum india bersikap rakus seperti "taikun"nya(SV). Buka mata, buka minda.... Fikir di mana kita berada dan yang paling penting apa sumbangan kita....Bravo saudara...

Unknown said...

ms Feeza, saya sudah baca komen feeza, maaf komen itu masuk ke mail dan tidak dapat disiar. amat hargai komen itu. jika ada masa komen sekali lagi terima kasih.

1Pendidikan said...

Spesisi jenis Tamil dan yang satu lagi itu adalah kelompok spesis yang terpelanting ke Tanah Melayu kerana dijadikan buruh kelas kambing oleh menjajah. Impak metod imperialisme yang telah dilakukan oleh mungkin telah memberi kesan negatif kepada pertumbuhan minda atau sosialisasi komuniti jenis spesisi ini sehingga menyulitkan masyarakat teras atau induk di Malaysia iaitu "kita ini". So, bagaimana kita seharusnya berperanan bagi menghadapi cabaran impak atas kehadirian spesisi jeni ini di tanah tumpah nenek moyang rumpun bangsa kita. Kita secara genetek adalah "berkiblat" secara total kepada negara bangsa kita kerana faktor susur galur asal keturunan kita. Tamil dan yang lain tidak akan menyamai realiti "kiblat" kita kerana mereka adalah jenis komuniti yang secara genetiknya bukan berakar umbi dari rumpun bangsa yang membentuk realiti silam dan semasa negara bangsa kita. Fikir-fikirlah kau Samy Villu atau spesis yang sejenis dengan mu

Senjaliza said...

Dear Mr. Rakunman agak terlepas pandang sejarah. Baik buka balik "SEJARAH MAMALI" DAN "DUA IMAM". kalo ada CD Allahyarham Shamsiah Fakeh bagus juga ditonton sekali sekala. Atau YOUTUBE fasal Nuar cicade, Cerita Kartun Malaysia yang diminati Makkal Sakti. Kalo tidak pegilah ke Nepal nanti boleh nampak bekas arang yang hitam-gambar rajanya yang dibakar pro-repubic.. Berita Pakistan dan Afganistan masih hangatpun!. Wahabi di Saudi Arabia masih menyimpan champange yang bakal dipecahkan botolnya. Cuban dipenjara masih berantai kaki mereka dan yang lain terlepas ke Florida melalui Key West menjadi Miami Sound Mechine sehingga Gloria Estifane menjadi multimalionire.. IQRA.

Unknown said...

ni la padah biar anwar pakat2 dengan cino india... konon jadi master mind...

rugi bukan melayu je, tapi kalu doh rosak, perkauman, saling dok caye... seluruh melaysia rugi...

anwar meme ek digelar master minda... dia ingat demo tak cerdik ke... rosak malaysia lagu nih

salim i

Unknown said...

UNTUK TAMIL
apa salah kalau SAMA RATA SAMA RASA

macamlah bukan SAMA

SAMA RATA SAMA RASA ni KOMUNIS memang keliru sikit kalau tak tahu konsep2 komunis.

Sebab tu ramai gak orang Islam ingat SAMA konsep adil dalam Islam.

Orang tak faham sangat makna adil dalam imperialisme dan capitalisme gak KELIRU ingatkan sama ADIL dalam Islam.

Jadi keistimewaan Melayu dalam Malaysia tak adil.

Keistimewaan mestilah macam kat perak tu 999 tahun tanah untuk kg baru dan lombong dolomite kat ipoh tu.... tamil elam tubuh negeri sendiri di batu caves, selangor... khalid mesti lulus...

kita & anwar master mind, kena sokong, bagi dulu negeri india tu, lepas tu anwar jadi pm, kalau lambat sangat dia tue, aku pun boleh jadi PM.

SALIM I, Perdana Menteri Malaysia Kerajaan Pakatan Rakyat...

1Pendidikan said...

Nampaknya ada yang cuba memutarbelitkan imej dan identiti "Salim". Untuk makluman imej "Salim" yang memberi ulasan adalah bukan merujuk kepada Salim yang menjadi webmaster kepada blog http://www.msgsabah.blogspot.com/ dan lain-lain blog yang berkaitan. Saya berharap kepada Saudara Musli supaya tidak melayan ulasan dengan menggunakan nama "Salim" kerana mungkin ulasan tersebut tidak reflek pemikiran "Salim" yang sebenar. Mohon pertimbangkan rayuan saya ini. daripada MSG

Unknown said...

Saudara 1Pendidikan, Salim ini barangkali nama pembaca yg kebetulan nama juga sama dgn saudara, termasuk SM Salim dan lain-lain salim. daripada tulisan dan pandangan yang disampaikan saya dapat tahu yg mana satu Salim yg dipatenkan. terima kasih

Unknown said...

jangan sebab saya

Salim I macam nama penyanyi zaman2 dulu.. tapi makna sama gak mace salam = selamat..

Salim i ;)

Anonymous said...

Very funny idea from funny people..wakakaka!! Negara Tamil kunun....PERGHHH!! KERAJAAN PAKATAN RAKYAT kunun...PHUIIII!!

Mohdazronesarabatin, kenapa disalahkan kerajaan kalau bangsa pribumi tiada kampung, mentaliti `menyalahkan nyamuk, kelambu dibakar' ini sepatutnya sudah dihapuskan lama dulu.

Tiada bangsa pribumi diSabah ini yang tiada kampung.. TIADA. Jangan salahkan KERAJAAN kalau tidak tahu MENARI, atau PENTAS tidak rata....
Tanyalah diri anda... KENAPA AKU TIDAK SEPERTI MEREKA YANG BERJAYA DALAM HIDUP ITU...bukannya tanya pada KERAJAAN bila kita ketinggalan dari semua sudut. JALAN dan RUANG sudah terbuka luas.. KO mahu atau TIDAK sajalah penghalangnya.....!!
Adik SenjaLIZA... keep up the good work,blogpun sudah semakin canggih..minta tuisyen buat blog dari adik...boleh takkk??? Nanti saya naik ke Kundasang `beguru' dengan adik yee... :)