ARTIKEL BARU

PAS NAMPAK IKHLAS. TETAPI PEMIMPIN UMNO...?

Pemimpin seperti Syed Ali Alhabshee akan gagalkan perpaduan Melayu

Hari ini UMNO dan PAS sedang merundingkan kerajaan perpaduan melalui media. Setakat ini DS Najib, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin dan Ketua Penerangan UMNO, Haji Ahmad Maslan membuat kenyataan media yang positif yang menjurus kepada matlamat merealisasikannya.

Namun kenyataan Mustafa Ali, yang meletakkan berbagai syarat seperti persetujuan PKR dan DAP menimbulkan kemusykilan. Ini barangkali reaksi spontan daripada pandangan Syed Hamid Albar (siri Hujah, selasa TV9) bahawa UMNO perlu rujuk anggota komponen BN, seperti MCA dan MIC.

Seorang lagi ahli panel, Ketua UMNO Cheras, Syed Ali Alhabshee bila memberi komen tentang kerajaan perpaduan dengan angkuh mengatakan UMNO kuat dan mempunyai kerusi parlimen lebih banyak dari PAS. Katanya PAS lebih memerlukan UMNO daripada UMNO perlukan PAS. Dalam perbincangan yang sepatutnya diterima baik pemimpin Melayu, parti UMNO sudah menunjukkan sikap kurang ajar dan angkuh mereka seperti ditunjukkan Syed Ali.

Dalam perbincangan serius seperti kerajaan perpaduan, UMNO mestilah diwakili pemikir dan strategis bukan pemimpin seperti Syed Ali yang hanya layak berucap dalam kempen pilihan raya di Cheras.

Pemimpin UMNO seperti Syed Ali barangkali tidak sedar betapa pentingnya perpaduan Melayu. Mereka seronok dengan jawatan yang ada dalam UMNO dan kerajaan tetapi sedarkah mereka, anak-anak muda di luar sana seronok menunggu kejatuhan UMNO.

7 Responses to "PAS NAMPAK IKHLAS. TETAPI PEMIMPIN UMNO...?"

Anonymous said...

Tunggulah saat2 kejatuhan rejim UMNO

SUARA RAKYAT said...

Selagi ada niat yang tulus dan ikhlas sebening air yang tenang, maka UMNO sebagai UMNO tetap ada, yang perlu dan cuma perlu.. ahli yang menganggap dirinya pemimpin tetapi membawa malapetaka perlu dinyahkan. Jangan tenggelamkan kapal tak berdosa, hanya ada kerana ada penumpang yang bermaksiat.

1SEMPORNA said...

1.WINNSA said... "Program korridor sabah di kota belud sudah penduduk bantah sebab YB terpendik di sana sudah mula mengira berapa akan masuk poketnya walaupun seramai 1000 pengundi di sana membantah mereka merampas tanah.. Tunggu SPRM dan PRU13 dia pasti hanyut. Ada juga yg sudah di dapati rasuah tapi masih mau jadi yb. Maruah sudah perkara yang terkemudian untuk diambilkira."

2. Pragraf diatas adalah ulasan sdri WINNSA di blog sdra Musram. Sehubungan, saya ada ulas diblog sdri Winnsa yang berbunyi "Bagi memperlihatkan ulasan sdri itu nampak lebih adil kepada "yb terpendek" dan bagi menjaga profesionalime bloger macam kita ini, mohon apalah kiranya sdri memberi justifikasi bagi menyokong ulasan sdri itu.

3.Walau apapun maksud ulasan saya, apakah pada pendapat sdra, iaitu pendapat dari orang yang bermaklumat mengenai "yb pendek" sebagai mana dan perhubungan maksud ulasan sdri Winnsa di pragraf 1 di atas. Adakah imej "yb pendek" boleh diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada pemimpin umno yang tidak ikhlas dalam perjuangan berbanding dengan pemimpin PAS ? Atau bagaimana ?

1SEMPORNA said...

SERIAN 18 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO percaya sesuatu perkara yang baik seperti cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bukan sahaja harus malah boleh disifatkan sesuatu yang wajib untuk dilakukan.

Perdana Menteri berkata, UMNO bersikap terbuka tentang cadangan tersebut walaupun masih belum ada sebarang perbincangan mengenainya dibuat, baik daripada UMNO dan parti pembangkang.

Sehubungan itu beliau melahirkan rasa hairan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya meletak jawatan jika meneruskan hasrat menubuhkan kerajaan perpaduan.

''Saya tak tau apa di sebalik kenyataan yang dibuat oleh Nik (Abdul) Aziz sebab pada kita, sesuatu yang mendatangkan kebaikan, adalah satu yang harus diusahakan... malah lebih pada harus, kita wajib untuk membuat perkara-perkara yang baik.

''Pendirian kita sesuatu perkara yang boleh mendatangkan rahmat daripada Allah wajib dilakukan," kata beliau pada sidang akhbar di Majlis Pemimpin Bersama rakyat di Kampung Pichin di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang disiarkan di akhbar hari ini yang meminta Nasharudin Mat Isa meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Menteri Besar Kelantan itu turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu.

Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat 'sampah' dalam parti tersebut.

Pada satu soalan mengenai Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa meminta UMNO tidak meletak calon pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai bagi membuktikan benar-benar serius dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, Najib berkata, pilihan raya tidak kena mengena dengan cadangan tersebut.

Sambil ketawa dengan soalan tersebut, Perdana Menteri berkata cadangan penubuhan kerajaan perpaduan mestilah melalui proses perbincangan dan rundingan dan tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil tersebut.

''Itu kata dia (Husam), saya tidak taulah kenapa pulak dia (Husam) nak ambik kesempatan daripada soal kerajaan perpaduan kalau dia sendiri menentang kemungkinan untuk kita mewujudkan kerajaan perpaduan,'' katanya.

Senjaliza said...

Sesungguhnya keikhlasan nampak di hati tak jelas di mata. Yang saya nampak video TGNA yg menyeru NASA mendarat di "Bulan Kuning" dan menghunus keris meninggalkan "Bulan Putih" dan Tanah Bachok yang berbumi hijau. Jelas.Pagi ini saya terbaca hanya 10 MP PAS sokong tindakan TGNA berkait isu UG. Logiknya, majoriti MP PAS tidak menyokong TGNA walaupun tidak semstinya menyokong TGHH. Apakah LKS lebih mulia dari TGHH di mata hati TGNA + 10 MP? Saya berpendapat Malaysia dan rakyat Malaysia akan berbahagia dengan kedua-dua bulan "putih dan kuning" berganding bahu menyinari "Bumi Hijau Malaysia". Kenapa masih ramai yang tidak membaca denyut nadi rakyat Malaysia? Kalo Matahari terbit diupuk Barat airmata sudah tidak bermakna, barangkali tulisan dalam Kitab Allah semakin terpadam. Kala itu, hanya dacing DP @ Dosa dan Pahala yang berfungsi bukan Dacing BN @ Barisan Nasional..

Sirratal Mustaqim semakin halus untuk untuk dibayangkan.

ADIK MUSLI, SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA. MOGA JADI PAK ATAU DADI ATAU PAPI yang selalu mesra dengan anak-anak manja. Berbanggalah jika selalu dipanggil "abang" (misalnya: oleh isteri atau isteri-isteri) dan jangan sekali-kali merasa kecil bila dipanggil "adik" kerana "abang dan adik hanya dibezakan oleh "nombor".

Unknown said...

salam kak liza kerana ucapan hari BAPA kepada bapa 10 orang anak...ikhlas yg saya maksudkan dalam artikel saya merujuk kepada ayat DS Najib yg mengatakan PAS nampak Ikhlas. Kita pun harapkan perpaduan Melayu dan bumiputra bukan persetubuhan antara PAS dan UMNO. kepada 1semporna terima kasih atas komen yg bernas.

Unknown said...

sdra 1semporna saya rasa tidak ingin beri komen apa-apa tentang panggilan YB terpendik ini. saya tidak tahu pun siapa orang yang dimaksudkan itu. harap maklum