ARTIKEL BARU

PERPECAHAN POLITIK MELAYU (SIRI AKHIR)

Pilihan raya 2008:
kombinasi pilihan raya 1969 dan 1999


Foto: Walaupun Melayu berpecah berikutan pemecatan Anwar Ibrahim, Tun Mahathir berjaya mendapat sokongan pada pilihan raya 1999 kerana kebijaksanaan mengatasi krisis mata wang Asia 1997

Artikel ini saya akhirkan pada siri yang ke 4 walaupun sebenarnya banyak lagi peristiwa yang membawa kepada perpecahan politik Melayu seperti penubuhan parti HAMIM, BERJASA, BERJAYA dan parti-parti kecil pimpinan Melayu seperti PSRM tetapi perpecahan itu tidaklah signifikan berbanding dengan penubuhan parti KeAdilan pada 1999 (dikenali sebagai PKR selepas bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia).

Sungguhpun Parti Perikatan kehilangan majority dua pertiga pada pilihan raya 1969, sokongan orang Melayu tidak berpecah berbanding dengan pilihan raya 1999. Pada 1969, UMNO masih kuat dan majority Melayu masih menyokong Parti Perikatan sungguhpun Kelantan buat pertama kali telah berjaya di tawan parti PAS.

Apa yang ketara ialah sokongan pengundi bukan Melayu begitu merosot sehingga Pulau Pinang di tawan parti pembangkang GERAKAN. Parti Perikatan juga tidak dapat sokongan majority diPerak. Hanya setelah 4 wakil PPP menyertai parti Perikatan kerajaan dapat dipertahankan.

Situasi politik yang tidak menentu berlaku di Selangor dimana Perikatan dan Pembangkang yang diketuai DAP masing-masing mendapat 14 kerusi sehingga bertitik tolak dari situlah tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei.

Perpecahan undi Melayu begitu jelas berlaku pada pilihan raya 1999. Disamping mempertahankan Kelantan dan menawan Trengganu, ramai pemimpin tertinggi UMNO tewas kepada PAS dan KeAdilan. Adalah dijangka hampir 40% pengundi Melayu telah tidak menyokong BN pada pilihan raya itu.

Yang menyelamatkan kerajaan BN ialah sokongan undi bukan Melayu yang nampaknya masih yakin dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir yang dapat mengatasi krisis kewangan ekonomi Asia yang bermula pada 1997.

Keputusan pilihan raya Mac 2008 adalah kombinasi keputusan pilihan raya 1969 dan pilihan raya 1999. Undi Melayu berpecah kepada BN dan Pakatan Rakyat manakala majority sokongan pengundi bukan Melayu adalah kepada parti-parti pembangkang.

Kesimpulannya, perpaduan dan perpecahan Politik Melayu banyak bergantung kepada faktor kepimpinan. Jika pemimpin Melayu kuat maka akan kuatlah perpaduan Melayu. Sebaliknya jika lemah, maka akan lemahlah perpaduan itu.

Persoalannya sejauhmana kekuatan kepimpinan Dato Najib berbanding dengan Dato Seri Anwar Ibrahim? Golongan muda Melayu kelihatan lebih mengambil kira dan mempertimbangkan ketokohan seseorang pemimpin daripada organisasi parti politik.

10 Responses to "PERPECAHAN POLITIK MELAYU (SIRI AKHIR)"

Seliu Liu said...

Saya kira bukan saja generasi mudah menongkah arus perjuangan moyang mereka, golongan pertengahan usia dan dan warga emas pun berpaling haluan.

Anonymous said...

Mana yang mesti diutamakan? Perpaduan Melayu atau Perpaduan Malaysia?

Harap ulas.

Terima kasih.

BONGEK

Atuk Banjar Masin said...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

amirfitrihakimi said...

Sdr, panadol kat sabahm harga berapa.aku pening dengan isu Melayu berpecah. Macam baca cerpen je

SUARA RUMPUN BUMIPUTERA said...

Salam saudara, bagi fikiran yang cetak ini ialah apa yang kita istilahkan sebagai perpecahan politik melayu adalah impak kepada kejumudahan sesetengah orang melayu yang bermain politik. Insyaallah akan saya huraikan kemudian SETELAH syarat yang saya minta daripada saudara, saudara patuhi. Syarat yang saya maksudkan adalah selari dengan maksud tulisan saudara ini.

SUARA RAKYAT said...

Kalau kekuatan dalam UMNO, memang DS Najib Kuat. Kenapa kuat? sejak DS Najib mengambil ketua pemuda dpd DSAI, dan setelah itu bertanding Naib, pencalonan maupun undi beliau menyokong fakta bahawa DS Najib Kuat. DSAI juga sangat kuat semasa dalam UMNO, sehinggakan pencalonan T Presiden UMNO semasa melawan Ghafar Bapa, hampir dibolot semua.

DSAI telah teruji beberapa kali dalam peperangan sebenar, terbukti DSAI mampu bertahan dan menang, manakala DS Najib belum teruji, kecuali kekalahan BN dlm PRK, tetapi masa itu masih TPM.

Perbandingan antara DSAI Versus DS Najib, pilihan masih berpihak kepada DSAI. Akan tetapi komplementri daripada pemimpin lain dalam UMNO seperti Tok Pa, Noh Omar dan TPM, gabungan ini mengatasi kekuatan DSAI yang hanya keseorangan dalam PKR.

Unknown said...

salam kepada semua yang teloah memberi komen. Tentang persoalan perpaduan Melayu atau perpaduan Malaysia spt diminta ulasan dari BONGEK. sebaiknya perpaduan Malaysia yang berteraskan kepada kepimpinan Melayu yang bersatu padu. Kepada suara rumpun bumiputera, mohon diulas pandangan saudara/i, saya hanya menjelaskan peristiwa yang membawa kpd perpecahan.Saudara amirfitri, kat Sabah orang tidak lagi makan panadol selepas lama pening fikirkan masalah Melayu di Tanah Melayu. Kepada Tok Gajah, Azrone dan Musram terima kasih atas komen yang bernas.

Senjaliza said...

Adik Musli, Di Sabah ada Panadol di bawah tempurung kelapa di belakang rumah saya. Cuma saya tak pasti expire kee belum. Kami tak makan panadol. Kalo sapa yang pening kepala dan "miskin" datanglah ambil dan tinggal sekali bawah tempurung tuupun boleh. Anak saya selalu juga lempar bread untuk burung merpati makan. Manusia juga boleh tumpang!. Itupun kalo tak tahan melihat perpecahaan di laman rumah sendiri. Ada juga longgokan majallah lama spt. Wanita, Jelita dan ada juga cerita "binatang" dalam stor. Rasa nak buang kat belakang tu dekat tempurung. Abangmu ada beli cili tadi tapi tak cukup pedas!!!

SABAHKITA said...

Sejarah harus dilihat dengan "mata hati" untuk mendapat iktibar darinya. Idea perpaduan perlukan pengorbanan bukan sekadar menunggu hasilnya dituai dan ditanakkan untuk dinikmati sambil membaca cerpen.

Anonymous said...

"Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar". Info selanjutnya di http://msgsabah.blogspot.com/2009/04/tragedi-pemikiran-melayu-mengikut.html