ARTIKEL BARU

SIAPA NAHKODA SEBENAR PARTI PAS?


Simpati saya kepada Nasharudin Mat Isa

Saya sudah berjanji pada diri saya untuk tidak lagi menulis isu kerajaan perpaduan. Dua hari tidak menulis mencari isu menarik selain isu kerajaan perpaduan.
Namun bila saya jumpa kawan-kawan di Dewan Parlimen, masih juga isu perpaduan dibincangkan. Takkan nak tulis pesta makan durian di belakang parlimen.
Gambar: Anwar Ibrahim, Nahkoda sebenar PAS, bukan TG Nik Aziz, menentukan halatuju perjuangan mereka.

Suka tidak suka, tulislah sedikit. Walaupun sebenarnya selepas pertemuan pemimpin PAS dengan Anwar Ibrahim, perbincangan perpaduan telah tutup. Saya hanya menyatakan rasa simpati saya kepada timbalan Presiden PAS yang dari riak wajahnya bercakap soal kerajaan perpaduan nampak keikhlasannya ingin melihat perpaduan politik Melayu. Sekarang dia telah dipinggirkan walaupun baru sahaja dipilih semula dalam muktamar yang baru lalu.

Saya berada di Kuala Lumpur sejak Ahad. Isnin dan Selasa saya ke Dewan Parlimen mencari isu politik yang panas. Rabu saya ke ibu pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) tingkat 10 bangunan Grand Season, Jalan Pahang. Persiden Penaja PERKASA, Dato Ibrahim Ali sebenarnya telah menelepon saya minggu lepas, mencadangkan nama saya untuk menggerakkan PERKASA di Sabah.

Walaupun tanggungjawab sebagai Ketua Penyelaras Penaja PERKASA Negeri Sabah itu berat, saya terima kerana statusnya masih sebagai "penaja". Tugas saya sebenarnya hanya menyediakan asas dan kerangka di Sabah untuk dilancarkan pada bulan September. Selepas itu saya akan memberi laluan kepada pemimpin yang lebih layak dan berkemampuan mengemudikan pertubuhan itu di Sabah, di masa akan datang.

Kebetulan petang semalam saya bertemu dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di tingkat 30, Hotel Seri Pacific. Beliau datang untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Saya memaklumkan mengenai PERKASA dan matlamat penubuhannya. Beliau nampaknya tidak ada halangan PERKASA bergerak di Sabah kerana matlamatnya untuk mengeratkan perpaduan rakyat pribumi negeri itu. Lagipun PERKASA hanya NGO dan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.

Hari ini saya tumpang kereta kawan, Erman JR ke Dewan Parlimen. Tetapi tiada isu lain yang menarik kecuali isu kerajaan perpaduan lagi. Ada yang kata kerajaan perpaduan itu sebenarnya masih diteruskan tetapi kali ini secara senyap dan media tidak akan tahu.

Tetapi saya kata selagi Nahkoda sebenar parti PAS iaitu Anwar Ibrahim masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, runding dalam tanah pun Anwar akan tahu dan pemimpin PAS seperti Nik Aziz tidak akan menerima kerjasama dengan UMNO.

Saya kata, sebijaknya, pemimpin UMNO mesti yakin pada parti mereka dan lupakan isu tersebut. Beri tumpuan kepada usaha memulihkan kredibiliti dan memulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO.

4 Responses to "SIAPA NAHKODA SEBENAR PARTI PAS?"

SUARA RAKYAT said...

Kerana perundingan UG secara underground.. kita-kita ni sukarlah mencarinya. Perkara baik bincang lah terang-terang, kecuali UG ini ada motif gelap??

Senjaliza said...

Adik Musli. Saya cuba nak teka sahaja teka-teki yang adik soal ini. Jawaban awal saya ialah LIM KIT SIANG tetapi setelah baca semula paparan tersebut rupanya jawabannya DSAI. Alasan saya ialah DSAI tak ada KPP dalam PAS, LKS ada. Kata orang kuat PAS tanpa KPP PAS boleh rebah!!

Rasanya walaupun UG digagalkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dikuasai PKR dan DAP, Rakyat akan meneruskannya TANPA melalui mana-mana mesyuarat Majlis Presiden. Ini teka teki saya. Tak jawabpun takpe.

Anonymous said...

Bloggers have no right to privacy says British court
Wednesday, June 17 07:30 pm

Iain Thomson in San Francisco
Print Story
The High Court in London has ruled that bloggers have no right to privacy under British law since blogging is essentially a public rather than a private activity. Skip related content

The case was brought by The Times newspaper after it discovered the identity of a blogger in the police service who wrote the popular NightJack web page, which was awarded the Orwell Prize for political writing in April.

The author, Richard Horton, a detective constable with Lancashire Constabulary, had sought an injunction to stop the paper from releasing his name but his application was denied.

It would seem to be quite legitimate for the public to be told who it was who was choosing to make, in some instances quite serious criticisms of police activities and, if it be the case, that frequent infringements of police discipline regulations were taking place, said Mr Justice Eady, The Times reports.

I do not accept that it is part of the courts function to protect police officers who are, or think they may be, acting in breach of police discipline regulations from coming to the attention of their superiors.

The NightJack blog was very popular with the reading public, getting up to half a million hits a week. Horton has now deleted the blog and received a written warning from his superiors.

The case will have a chilling effect on other workplace blogs, since the lack of any expectation of privacy will cause some to abandon their blogs.

Thousands of regular bloggers . . . would be horrified to think that the law would do nothing to protect their anonymity if someone carried out the necessary detective work and sought to unmask them, said Hugh Tomlinson, QC, for Mr Horton.

The police force has supplied a number of authors of popular blogs, so much so that the forces have intro duced guidelines on blogging aimed at limiting what can be said by officers on the beat.

Unknown said...

salam kak Liza..teka teki memang terjawap tanpa perlu dijawab. tapi mengkiaskan UMNO seperti kominis dan ajaran ayah Pin itu sudah keterlaluan.jangan pula kerana sudah bergelar ulamak, sesuka hati memberi pandangan..betul tak kak Liza.