ARTIKEL BARU

SIAPA SEBENARNYA ANWAR IBRAHIM DI MATA MOHAMAD SABU.






Gambar: Tuan Haji Mohamad Sabu. "Anwar adalah seorang yang ganas malah lebih ganas dari Mahathir"









Dalam pemilihan Muktamar PAS baru-baru ini, Hj Mohamad Sabu bertanding kerusi timbalan presiden tetapi tewas. Beliau tempat ketiga dibelakang Husam Musa dan Nasharuddin Mat Isa. Mohamad Sabu bukan team Erdogan, juga bukan team presiden. Beliau teamnya sendiri. Orang yang kenal Mat Sabu tahulah siapa Mat Sabu sebenarnya.

Anwar dan Mohamad Sabu mempunyai sejarah politik yang tersendiri. Mohamad Sabu dan Datuk Seri Anwar tidak boleh menjadi sekutu politik walaupun mereka berada dalam satu kapal. Anwar tidak pernah suka dengan Mohamad Sabu dan Mohamad Sabu pula tidak pernah kisah orang suka dirinya atau tidak suka. Tak betul dia belasah. Betul dia akan sokong. Itulah trademark Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu adalah pemimpin PAS yang paling lantang mengutuk Anwar Ibrahim ketika Anwar dalam UMNO. Mat Sabu pernah ditahan dua kali dibawah ISA dan pernah menjalani perintah buang daerah ke Kuala Pilah dengan pergerakan terhad. Kesalahannya? Menghasut dengan melabel Anwar Ibrahim sebagai “eleman yang paling bahaya kepada umat Islam dan Melayu Malaysia”.

Pada tahun 1982 bila Anwar sertai UMNO, ramai rakan-rakannya dalam PAS terkejut beruk. Hampir semua tidak percaya termasuk Allahyarham Hj Fadzil Nor yang Anwar akan menyertai Dr Mahathir. Sebagai Presiden ABIM, kelihatan Anwar sangat condong kepada perjuangan PAS. Tetapi Anwar telah tercium bau darah. Anwar lihat “kuasa” dalam UMNO. Anwar bijak mempengaruhi Dr Mahathir. Untuk sampai kejawatan kedua tertinggi dalam kerajaan dan parti banyak kepala orang dipijak Anwar.

Anwar banyak mencipta musuh dalam dan luar UMNO. Tetapi Anwar bijak menggunakan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kewangan. Anwar mencipta networks bukan sahaja didalam negara tetapi juga luar negara. Anwar mencipta kekayaan yang luar biasa melalui sahabat-sahabatnya termasuk Azmin Ali, Kamaruddn Jaafar, Kamaruddin Mat Nor, Rashid Hussain, Tajuddin Ramli dan ramai lagi.

Rashid Hussain adalah warga negara Singapura yang memiliki firma saham sekuriti dan mengambil alih D&C Bank di Malaysia sebaik sahaja Anwar menjadi Menteri Kewangan. Kecoh sekejap tapi Anwar bijak menutupnya.

Mohamad Sabu pernah menyatakan Anwar Ibrahim adalah seorang yang ganas, malah lebih ganas berbanding Dr Mahathir (Temuramah dengan majallah Tamadun pada 14 Jun 1998).

Pidato-pidato Anwar mengecam dan mengutuk parti PAS ketika dalam UMNO masih terngiang-ngiang ditelinga Mohamad Sabu. Namun satu perkara yang terpaksa diakui beliau ialah Anwar Ibrahim mempunyai PR yang amat baik. Baik ketika berdepan dengan lawan atau kawan, PR Anwar cukup bagus. Anwar bijak sehingga musuh yang hendak ditenggelamkan masih tidak sedar mereka hampir lemas.

Begitulah hebatnya Anwar pada pandangan Mohamad Sabu. (petikan selepas ubah suai dari buku “Agenda Anwar, Dilema Pas” terbit Oktober)

12 Responses to "SIAPA SEBENARNYA ANWAR IBRAHIM DI MATA MOHAMAD SABU."

Norawi said...

Sdr. Musli,tulisan ini mengingatkan saya pada sir-siri ceramah Md.Sabu(dalam keset ketika itu) pada 10 tahu lalu yang memang mengutuk Anwar.Politik wang pun hebat semasa Anwar,apatah lagi semasa beliau mengorbankan politik Tun Ghaffar Baba ketika itu

Lebai Mangkuk said...

YAB DSNTR sebagai Perdana Menteri Malaysia harus segera bertindak menghapuskan petualang2 negara yang sedang bermaharajalela. Petualang2 negara ini sudah menjadi terlampau biadap dan berani bertindak ikut suka hati mereka.

Saban hari mereka menabur fitnah dan mem buruk2 kan kerajaan yang memerintah. Terutamanya di lama2 blog yang pro Pakatan Rakyat. Ceramah2 yang mereka anjurkan juga telah banyak menghasut rakyat membenci kerajaan. Perbuatan mereka ini sudah melampaui batas. Jika tidak dibendung dengan segera, keselamatan negara akan terancam.

Perdana Menteri sepatutnya tidak membiarkan ianya terus berlarutan sehingga ketahap yang tidak boleh dikawal lagi. Ini akan menjadikan negara jadi huru-hara dan kacau-bilau. Yang mendapat susah ialah rakyat jelata yang tidak berdosa.

Tindakan utama yang patut di buat oleh kerajaan ialah 'mengharamkan ceramah2 politik', keduanya mengawasi blog yang anti-kerajaan. Mereka yang bertanggung-jawab mesti dihukum mengikut undang2 ISA kerana mengancam keselamatan negara.

Segeralah bertindak sebelum terlambat.

kelapa mawar said...

salam sdr Musli..

bila membaca penulisan sdr ni...saya melabelkannya sebagai "personal political" bagi tokoh Mat Sabu..Kerana persepsi tokoh ini sejak dulu adalah tidak sehaluan dgn DSAI dan 'permusuhan' ini tidak sampai membelakangkan persefahaman dalam PR. Ertinya Mat Sabu hanya tempelan di tebing muara PR.

memang Mat Sabu salah satu tokoh dlm PAS yang lantang, berani dan dikenali..tetapi dalam saf kepimpinan PAS Mat Sabu tidak 'dipedulikan' mungkin atas sebab kelantangannya atau sebab kerana faktor peribadi..

DSAI merupakan tokoh politikyg sentiasa kontrovasi..baik semasa dalam UMNO sehinggalah dalam PKR..Dunia politik rasanya tidak 'panas' tanpa menyentuh isu DSAI..

Dalam hal Kita berbicara dari sudut yg lebih terbuka..tidak berdiri atas fahaman politk tertentu..saya merasakan bahawa kewujudan DSAI dlm persada politik Tanah air...banyak menyumbang kepada perlahiran kesedaran berpolitik di kalangan orang muda...dan mungkin atas kapasiti sbg ketua pembangkang di negara ini...pihak kerajaan lebih berhati-hati..sama ada benar atau tidak pelbagai tohmahan dan kritikan kp DSAI itu soal kedua..tapi kita melihat kepada pendemokrasi kerajaan dalam soal-soal bersangkut dgn kepentingan rakyat..

wassalam..semoga sdr sukses dan SELAMAT BERPUASA.

Senjaliza said...

Kalo komunis sudah mula menyembelih orang Melayu dan Islam kelak baru dia sedar, payahlah.

Ustaz Hadi beramanat 'KENALI JAMAAH" "KENALI MUSUH ISLAM". lanie depa tak kenai doh!. Yang dikenali masa ini ilah siapa yg menyaingi PARTI PAS dia lah MUSUH. Siapa lawan DAP dialah Musuh,; Siapa lawan PKR dialah musuh dan mereka juga "jamaah".. Takut nanti babi pula di lihat dan dianggap kambing biri-biri!!

Unknown said...

salam ramadhan al mubarak,

terima kasih kepada para pengunjung yang telah memberi komen paparan saya kali ini. pandangan dan komen sdra/i amat dihargai dan InsyAllah dalam paparan berikutnya akan diambil kira.

shamal66 said...

BABAP2 POLIS DI MALAYSIA DA MELUAT DGN KERAJAAN YG LEMAH DAN LEMBEK.. SEMANGAT MEKA DAH HILANG SEJAK DOLLAH HANTAR MENTERI KE CHINA ' ISU TOKETEMPI' JENAYAH BANYAK DAH..TANGAKP PEGUAM TYOLONG LEPASKAN KATA ANAK GUAMNYA TAK BERSLAH.. SI MANGKOK NI KELUAR GI MEOMAPAK NAK BAYAR UPAH PEGUAM..KELAK POLISI NI FAEDUP SOKONG PARTI AL JUB PADAN MUKO BN... MEKA INGAT PKR TEGAS TAK MCM LEMBAB MCM BN.. KEJA KINI SEJAK DOLLHA SUSAH BUAT APA PUN DIPERSALAHKAN.. BN MASIH DIAM/BISU/PEKAK/TULI

Selamat dah said...

"Dalam hal Kita berbicara dari sudut yg lebih terbuka..tidak berdiri atas fahaman politk tertentu..saya merasakan bahawa kewujudan DSAI dlm persada politik Tanah air...banyak menyumbang kepada perlahiran kesedaran berpolitik di kalangan orang muda...dan mungkin atas kapasiti sbg ketua pembangkang di negara ini...pihak kerajaan lebih berhati-hati..sama ada benar atau tidak pelbagai tohmahan dan kritikan kp DSAI itu soal kedua..tapi kita melihat kepada pendemokrasi kerajaan dalam soal-soal bersangkut dgn kepentingan rakyat.."
kelapa mawar..........
________
Ada benarnya...tapi kesedaran politik pada org muda yg macam mana yg kita nak?

Anwar lebih merosakkan pemikiran ngan lebih exploitkan sifat2 rebel yg ada pada org muda..

Tohmahan dan kritikan..kita tak leh letakkan ianya sebagai soal kedua.
Dengan membiarkan membuat tohmahan demi tohmahan..tanpa kawalan leh rosakkan pemikiran semua lapisan masyarakat. Citer bohong jika sering digembar gemburkan leh jadi seolah2 ianya benar.
Hantu, 99 % tak pernah nampak, tapi 99 % org percaya dan takutkan hantu.
Jika tidak..tidaklah sia2 nabi saw pesan akan bahaya fitnah.

Tohmahan tu adaik beradik fitnah ler.

kassim pantalon said...

Teringin nak dengar Mat Sabu buat sajak bertajuk ALJUBURI......

Anonymous said...

teringat aku pada perhimpunan umno thn 97, masa tu aku nak attend conference di penang. tapi duduk dlm bilik hotel tak bergerak tgk anwar angkat dr.m tinggi2 melangit. senyum meleret2 aku terfana dgn ucapan anwar.

dia mmg bijak berpidato, sbb tu siapa2 pun boleh cair dgn dia. dia belajar dijalanan sehingga lah ke kerusi no.2.

tapi Allah SWT maha kaya dan bijaksana, tipu muslihatnya akhirnya diketahui umum. bayangkan perkara personal dia yg suka meliwat.

hanya dia dan pasangan liwatnya saja yg tahu. tapi Allah SWT maha berkuasa. akhirnya perkara yg dlm seluar dia pun org boleh tahu.

bayangkan kalau anwar berjaya dpt no.1 dulu. aku rasa m'sia skrg dah jauh lagi porak peranda.

dengan berkat bulan ramadan ini aku panjatkan kesyukuran yg tak terhingga kepada Allah SWT yg masih sayangkan negara ini dan melindunginya.

zul

Unknown said...

Setelah membaca surat dan komen-komen saudara, saya teringat akan kata-kata DSAI sebelum masuk UMNO dulu, masa dalam ABIM la tu.
(Lebih kurang berbunyi)UMNO ni macam tong tahi, dok dekat pun busuk apatah lagi masuk ke dalam. (Lihat: Buletin Aliran)Namun tidak berapa lama kemudian dia ubah fikiran lalu masuk (pastinya dengan kesedaran) dan 'menjilat tahi' kerana hendak mencuci tong yang dianggap kotor itu.
Semangat dan tindakan DSAI itulah yang patut dicontohi oleh orang melayu masakini. Cucilah UMNO dari dalam jika ianya kotor. Tapi janganlah kecewa sangat jika ianya tidak benar-benar bersih!
Kalau ditinggalkan, ia pasti terus busuk dan jadi penyakit. Apa pilihan orang melayu? PKR? Kepimpinan meritokrasi muhibbah yang janggal atau PAS dengan masalah konsistensi yang serious dan teori syurga neraka mereka yang kontrovesi.

Anonymous said...

http://muslimvillage.wordpress.com/penjajahan/

p/s: baca dan fahamilah. Jgn dah terlewat baru nk sedar.

Anonymous said...

Askm semua, saudara Musli Oli membaca artikel saudara tidak pun mengubah pendirian saya bahawa dakwaan Anwar meliwat itu adalah satu fitnah musuh dan seteru Anwar Ibrahim. Saya ahli UMNO tetapi saya juga adalah hamba Allah yang takutkan dosa, dosa fitnah. Saya cuba meyakini bahawa Anwar itu memang peliwat tetapi otak dan akal saya tidak mudah menerimannya kerana tindakan yang ketrlaluan daripada kerajaan. Kalau benarlah Anwar meliwat itu soal dia dengan Allah, sepatutnya kes itu dibawa ke mahkamah syariah dan bukan m,ahkamah sivil, yang sebenarnya semata-mata bertujuan untyuk menghumbankannya ke penjara. Itulah persepsi kami masyarakat biasa, kalau tidak mengapa begitu luar biasa tindakan kerajaan terhadap isu liwat Anwar ini. Dalam perbicaraan liwat ini banyak yang tidak kena. Sudahlah. Katakanlah apa sahaja, Anwar ganas, Anwar agen Yahudi, Anwar kaki bodek atau apa sahaja yang jelik, namun sebagai rakyat atau ahli UMNO yang tiada terikat dengan jawatan dan projek saya tetap tidak percaya dengan dakwaan pencacai UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. Saya tetap percaya bahawa Anwar Ibrahim difitnah dan ditindas kerana pemimpin-pemimpin UMNO amat takut kehilangan kuasa. Semoga Allah memberikan taufik danb hidayaNYa kepada kita semua. Amin ya rabbil 'alamin.