ARTIKEL BARU

BERITA PANAS DAN TERKINI DARI PERMATANG PASIR - SIDANG AKHBAR BEKAS PARTNER ROHAIZAT.




Momentum BN dah cantik, calon pula yang bermasalah.




Sebentar tadi saya dapat sms dari rakan yang sedang membuat liputan sidang akhbar di Permatang Pasir. Smsnya “Ex-Partner firm calon BN, Yusri tampil buat sidang akhbar. Dia kata Rohaizat sebenarnya tahu penyelewengan berlaku. Yusri tinggalkan firm tanpa bawak satu sen pun. Rohaizat yang tidak bayar koperasi tu. Yusri akan buat pengakuan bersumpah.”

Dalam sidang akhbar yang berakhir jam 11 pagi tadi Yusri juga mengatakan bahawa duit itu yang didakwa sebenarnya untuk bagi pinjaman kepada syarikat milik rakan Rohaizat yang hampir muflis. Tapi bila ditanya pemberita siapa dia akan undi, Yusri menjawab akan undi Rohaizat kerana dia adalah kawan baiknya.

Dalam hal ini calon BN, Rohaizat kena berkata benar dan mempertahankan dirinya. Pemimpin UMNO lain termasuk Tan Sri Muhyiddin dan Dato Zahid Hamidi mestilah focus kepada isu lain. Mempertahankan isu calon ini akan menjebakkan lagi UMNO dan BN. Biar isu calon ini, calon sendiri yang menjawabnya. Kalau Rohaizat perlu bersumpah. Bersumpahlah.

Pengarah pilihanraya BN bermula sekarang jangan lagi sebut isu calon. Tumpu kepada isu negara secara keseluruhannya. Kesilapan telah berlaku, maka dengan itu perbetulkan dengan mengambil pendekatan mempromosi parti dan kerajaan yang memerintah. Besarnya ujian kepada BN.

Jika diambil kira isu calon keputusan PRK permatang Pasir akan memihak kepada parti PAS. Tapi tidaklah dengan majority begitu besar. Namun itulah hakikatnya, momentum MU dah cantik, calon pula ada hal yang tidak diketahui pemimpin tertinggi UMNO dan BN.
Sebenarnya ramai sudah tahu kes Rohaizat ketika namanya disebut-sebut sebagai calon PRK Penanti. Tetapi Dato seri Najib kemudiannya mengambil keputusan BN tidak bertanding di Penanti, maka isu itu dilupakan begitu sahaja. PRK Permatang Pasir adalah satu pengajaran kepada UMNO dan BN. Jangan tergesa-gesa memilih calon dikalangan orang-orang rapat kerana ada agenda peribadi. Lihatlah perjuangan parti dari skop yang lebih besar. fikir-fikirkanlah..

7 Responses to "BERITA PANAS DAN TERKINI DARI PERMATANG PASIR - SIDANG AKHBAR BEKAS PARTNER ROHAIZAT."

Anonymous said...

isu ni kecik ajee.... dia tak renew professional subscription tapi dlm masa yg sama kompeni dia ada join venture dgn kawan dia so tak leh praktis laaa....apa yg susah.

hang tak dak lesen memandu tok sah bawak keta, naik moto.

hussin

DEPU-DEPU said...

Salam sdr Musli..

TQ dgn perkongsian maklumat di Permatang Pasir kepada kami di sabah ni...

rasanya melihat lebih baik dari mendengar saja..

harap sdr dpt melaporkan berita2 semasa di sana dlm post sdr yg seterusnya..wassalam

Senjaliza said...

ASKM. Salam adik Musli,
Ini Nasihat pada Pak Najib lah nie... DSAI pun kena Nasihat juga.. Rohaizat VS DSAI mana yg panas?

Kulup_Arapayung said...

Bang bang habisla umno. Siapa la yg nak sangat dia jadi calun. Belum bertanding dah kalah. Adakah zaman cara pemilihan calun paklah berulang ? .... Najib.... dah tak dengar beritanya... di TV tak dak pepar pun tak dak ?

risk-taker said...

salam sdr kulup..

ntahla...mgkin paklah ada pengaruh lagi kot?
kn PRK 2 kat P.pinang juga...
mybe kot..eemmmm

Hajin said...

Assalamualikum,
Selamat menyambut ramadan al mubarak dan selamat berpuasa

hensem said...

Kalau tak pasti dengan calun,jgn berani letak utk bertanding,sebab masalah kecik akan menyebabkan ramai yang akan kecewa.Bayangkan betapa peritnya jentera pilihanraya berusaha serta bertungkus lumus dengan penuh kepayahan dalam memastikan kemenangan BN.Kesiann..