ARTIKEL BARU

BILA PEMIMPIN DAH TAK SAYANG DENGAN UMNO?






UMNO salah pilih calon di Permatang Pasir sebagai alasan popular kekalahan UMNO. Lain kali jangan suruh parti PAS atau PKR memilih calon UMNO.







Satu Malaya sudah tahu kawasan Permatang Pasir adalah kawasan Anwar Ibrahim. Satu Malaya pun tahu Permatang Pasir kubu kuat parti PAS. Kalau ada orang yang tidak tahu, orang itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin. Nahkoda PRK Permatang Pasir itu memberi alasan yang sama sebagai komennya kenapa UMNO kalah di Permatang Pasir.

Dato Seri Najib juga tahu punca kekalahan tetapi beliau belum mendedahkannya. Barangkali beliau mahu pastikan faktanya sebelum mendedahkannya. Mungkin juga maklumat itu sulit. Hanya untuk makluman pemimpin sahaja. Rakyat tidak perlu tahu. Atau barangkali Najib mahu berteka teki. Meminta rakyat sendiri mencari puncanya.

Kira-kira dua bulan lalu, saya dijemput makan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Ramai rakan-rakan blogger hadir. Saya tertarik bila seorang rakan blogger dari Kedah mula bercakap. Katanya, “Penyokong PAS atau PKR bila bangun pagi, berazam untuk tumbang kerajaan pimpinan UMNO. Mereka mencari isu, mengatur strategi meyakinkan rakyat menyokong perjuangan mereka”

Tetapi. Katanya “Ahli UMNO pulak bila bangun pagi, dia tak tahu nak buat apa. Dia akan cari pemimpin UMNO dia nak bantai. Pertama dia menggeliat kiri dan kanan. Lepas itu dia teropong pemimpin UMNO bahagian, Ketua Pemuda, Wanita atau Puteri UMNO. Dia akan cari kesalahan pemimpin-pemimpin UMNO. Kalau ada kereta baru dia akan kata songlap duit projek. Kalau tak ada isu dia akan cipta isu.”

Itu cerita rakan blogger dari negeri Kedah. Blogger tersebut orang yang cukup berpengalaman dan pernah menjadi Setiusaha Akhbar kepada Menteri Penerangan dan Setiusaha Agung UMNO satu ketika dulu.

Semasa di Permatang Pasir baru-baru ini saya teringat cerita seorang mak cik jual nasi ayam.

“Nasib baiklah anak saya kerja swasta, dapat gaji RM5000. Dapatlah Mak Cik beli rumah dan beli kereta secondhand. Gerai ini pun anak yang belikan. Gelang ditangan mak cik ni pun hasil titik peluh anak.”

“Kalau harap bapaknya, 50 tahun jadi orang kuat UMNO. Semua menteri berkawan dengan dia. Menteri datang rumah sampai lenguh tangan mak cik masak. 50 tahun tunggu, apa pun tarak. Habuk pun tarak. Lepas satu menteri, datang satu menteri UMNO beri janji manis. Yang pak cik dapat penyakit kencing manis. Kesian suami aku. Lebih baiklah sekarang. Tenguk pak cik tu kerja potong ayam. Ada juga pendapatan, daripada pasang poster dan gambar dengan menteri. Dah penuh rumah tu dengan gambar menteri”

Ternyata keputusan PRK Permatang Pasir mengesahkan momentum pilihan raya umum 2008. Pemimpin tertinggi UMNO boleh buat berbagai alasan. Buatlah post mortem. Buatlah apa sahaja. Namun jika pemimpin UMNO terus mengamalkan denial sindrom selagi itu UMNO ditolak rakyat terutama orang Melayu.

Kenapa tidak hayati makna sebenarnya slogan 1Malaysia “rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan”. Siapa yang mendengar denyutan nadi rakyat? Bila rakyat dah tolak, rakyat pulak dikatakan tidak mahu perubahan. Bukankah itu kehendak rakyat. Sepatunya pemimpin UMNO bertanya pada diri mereka, siapa yang sebenarnya harus berubah?

5 Responses to "BILA PEMIMPIN DAH TAK SAYANG DENGAN UMNO?"

Anonymous said...

Salam Bro,
Saya setuju dgn apa yang sdr katakan tadi dan saya turut bersama mendengar apa yg di luahkan tempohari di Seri Pacific. Ini satu kebenaran dan perubahan dari dalam perlu di buat oleh UMNO. Secara peribadi saya merasakan perjuangan ini perlulah datang dari hati dan jiwa yang ikhlas seorang pejuang dan tidak semestinya dtg dari seseorang yang mempunyai jawatan di Bahagian.Kerapkali kita melihat bahawa formula lama ini telah menyebabkan perpecahan sesama ahli...maksud saya team A, team B dan kadang kala team C.
Pemimpin yang bijak harus membezakan jentera di Bahagian dan jentera professional di luar. Insyallah saya berjuang di atas platform saya sendiri demi membantu UMNO.Insyallah,perjuangan saya tiada titik noktah.

YANG GAMBI said...

Salam, untuk menjayakan 1 Malaysia slogan PM, bukan bermakna PM yang kena turun padang mencari maslah rakyat untuk diselesaikan...

Pemimpin-pemimpin setempat mana perginya ? Tak kiralah setinggi mana jawatan dikampung-kampung,merekalah wajib mendokong 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan', kerana mereka yang tidak bertanggungjawab dan amanah inilah yang mengagalkan setiap dasar kerajaan untuk rakyat.....

Norawi said...

kasihanlah pula makcik yang asyik beri sokongan moral buat suaminya,tapi takde apa2 perubahan hidup jika mengharap menteri Umno.

Dalam hidup satu perjuangan ini perlu juga ada sikap mengenang budi.Pemimpin atasan janganlah pula mudah lupa rakan lama yang sehidup semati semasa mengharungi lautan perjuangan.Jika tidak,itulah iktibarnya kisah dan nasib makcik jual nasi ayam seperti sdr musli ceritakan itu.

kedua,dari segi mementing kepimpinan sendiri.tidak ada semangat berpasukan/satu parti.itupun boleh menghancurkan.pucuk pemimpin atasan perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah ini semua.jika tidak,sampai bila?

kelapa mawar said...

Salam sdr Musli..

Inilah trend BN yang makin memuakkan hati rakyat..Bila berkempen..isu pembangunan di canang diserta tempat..seolah-olah hanya pembangunan yang memberi ketenangan kepada rakyat...

Bila menang dlm PRU mereka melaungkan bahawa kawasan tersebut mahukan perubahan, mahukan pembangunan..sampai dilabel sebagai 'anak emas'...

tapi bila kalah..kwsn tersebut dikatakan menolak pembangunan...Tak pernah kita dengar Bn mengaku salah letak calon, mengaku ada pemimpinnya yang mata duitan dan mengalamikrisis moral yang parah...kenapa tak pernah muhasabah..?

Asyik2 post mortem..tapi tak pernah juga ambik pengajaran..
Saya meramalkan..BN akan bertambah tenat dlm PRU-13 nanti..
Wassalam..semoga sdr sukses di perantauan..

pakcik said...

orang atas pagarlah yang 'kadang-kadang' boleh menentukan menang atau kalah satu-satu parti itu. mereka akan melihat sesuatu isu/parti itu dari sudut praktikaliti dan realiti.

berapa kerat sahaja ahli parti yang benar-benar berjuang untuk parti. mereka berjuang di atas kepentingan tersendiri. tidak kira parti mana.

ahli parti 'biasanya' akan menyokong apa sahaja resolusi yang parti mereka putuskan tidak kira ianya baik atau pun buruk. ahli parti terikat dengan bermacam-macam red tape dalam parti mereka.

berlainan pula dengan mereka yang berada atas pagar. mereka akan memberi respon diluar jangkauan pemikiran ahli parti. mereka bebas menilai dan kebanyakkan penilaian mereka adalah bersifat lebih bebas.

pihak parti sepatutnya meneliti dan mengambil kira setiap respon yang diberikan oleh orang bebas dalam melaksanakan satu-satu perkara.

kemunduran perjuangan UMNO adalah berpunca daripada orang UMNO sendiri dan bukannya disebabkan oleh mereka yang berada di atas pagar.

orang atas pagar hanya melihat dari luar apa yang berlaku dan dilakukan oleh orang UMNO, tetapi orang UMNO lah yang tidak dapat menerima kenyataan bahawasanya kelemahan merekalah yang menyebabkan kemunduran tersebut.

jika kita gagal peperiksaan janganlah pula kita salahkan cikgu tidak pandai mengajar, sekolah tiada kemudahan yang secukupnya. salahkan diri sendiri kerana tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh.

walaupun berada diatas pagar, jauh disudut hati orang melayu ingin melihat UMNO terus survive dalam mentadbir negara ini. namun ia bergantung kepada UMNO sendiri yang menetukan nasibnya sendiri terutamanya dalam mendepani isu-isu semasa yang sedang melanda negara ini.

janganlah salahkan orang lain..tetapi carilah jalan terbaik dalam menaikkan semula kegemilangan parti UMNO di mata rakyat khususnya orang melayu.

lakukanlah sesuatu yang 'munasabah' yang boleh diterima oleh pemikiran rakyat terutamanya orang melayu.

tiada sebab untuk orang atas pagar untuk tidak memangkah UMNO jika dipandangan mereka UMNO ini perlu dipertahankan walau dengan apa cara sekali pun.