ARTIKEL BARU

KLU KLUX KLAN DAN PAKATAN RAKYAT. APA BEZANYA?





Kumpulan Klu Klux Klan (KKK) menyusup dalam Pakatan Rakyat?




Seramai 589 orang telah ditangkap termasuk Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa. Daripada jumlah itu 583 adalah orang Melayu. 44 orang Melayu yang ditahan dibawah umur 18 tahun. 1000 perniagaan terjejas kebanyakannya iaitu 80 peratus melibatkan perniagaan bumiputra.

Kerugian menurut Menteri Wilayah Persekutuan dianggar RM100 hingga 200 juta. Belum termasuk wang kerajaan belanjakan untuk pasukan keselamatan dan pasukan polis yang sepatutnya mencegah jenayah terpaksa berkawal 48 jam.

Polis telah mengenal pasti 11 orang mendalangi demonstrasi GMI. Antaranya termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Tian Chua, Datuk Seri Hadi Awang, Datuk Mustafa ali dan pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Matlamat sebenar gerakan Anti-ISA semata-mata bermotifkan politik. Mengujudkan suasana tidak stabil. Melumpuhkan kerajaan pimpinan Melayu/bumiputra di negara ini. Jika matlamat sebenar semata-mata Anti-ISA kenapa tidak menggunakan avenue lain?

Sasaran adalah kerajaan pimpinan Melayu. Penentang fokus kepada satu bangsa iaitu Melayu sahaja. Mereka menggambarkan kerajaan Melayu kejam dalam kes Teoh Beng Hock sebagai contoh. Mereka gambarkan polis Melayu kejam melalui provokasi dengan mengadakan demonstrasi haram.

Melayu jadi sasaran. Ada juga pemimpin Melayu dan penyokong orang Melayu yang dijadikan alat mencapai cita-cita mereka. Siapakah dalang mereka itu? Kumpulan Klu Klux Klan baru yang membenci bangsa Melayu.

Kumpulan penentang ini begitu tersusun rapi dengan sumber kewangan yang tidak terbatas. Mereka akan melakukan apa saja termasuk menyebarkan maklumat palsu untuk rakyat membenci kerajaan pimpinan Melayu.

Kuklux dari bahasa Greek bermakna “circle”. KKK diujudkan sekumpulan 6 orang bekas askar di Tennesse. Empat daripadanya adalah peguam yang hebat (seperti kebanyakan pemimpin bukan Melayu dalam PR).

8 Responses to "KLU KLUX KLAN DAN PAKATAN RAKYAT. APA BEZANYA?"

Maruf Ismail said...

Sampai bila lah mereka mau macam ni.. Marah si Majuntin kalau begini.. Rambut Awadnir tambah gugur kalau begini..

SABAHKITA said...

X-TRA INFO.

The first branch of the Ku Klux Klan was established in Pulaski, Tennessee, in May, 1866. A year later a general organization of local Klans was established in Nashville in April, 1867. Most of the leaders were former members of the Confederate Army and the first Grand Wizard was Nathan Forrest, an outstanding general during the American Civil War. During the next two years Klansmen wearing masks, white cardboard hats and draped in white sheets, tortured and killed black Americans and sympathetic whites.

Immigrants, who they blamed for the election of Radical Republicans, were also targets of their hatred. Between 1868 and 1870 the Ku Klux Klan played an important role in restoring white rule in North Carolina, Tennessee and Georgia.

At first the main objective of white supremacy organizations such as the Ku Klux Klan, the White Brotherhood, the Men of Justice, the Constitutional Union Guards and the Knights of the White Camelia was to stop black people from voting.

After white governments had been established in the South the Ku Klux Klan continued to undermine the power of blacks. Successful black businessmen were attacked and any attempt to form black protection groups such as trade unions was quickly dealt with.

SI RENGIT said...

salaam..

Bukankah UMNO lahir daripada gerakan demo?

Saya harap saduara musli dapat memberikan ulasan..maklumlah saya ni dah tua sejarah pun banyak terlupa..tq

Unknown said...

Sabah kita memberi penjelasan panjang lebar tentang KKK.

salam Si Rengit, sememangnya NGO MelayuU pernah mengadakan demo tapi bukan dijalan raya, di padang Kelab Sultan Sulaiman. akhirnya tertubuh PEKEMBAR atau UMNO.

Kedua UMNO mengadakan demo depan Istana Johor sewatu menolak Malayan Union yg telah ditandatangani raja-raja Melayu secara paksaan.

dengan demo itu Malayan Union di tolak. UMNO juga buat demo tapi di padang Melaka menyambut ketibaan tunku menuntut kemerdekaan.

barangkali kita dapat melihat perbezaan yang UMNO lakukan dengan parti politik lain..

feeza said...

Saya sokong saudara Musli, lagipun tujuan UMNO berdemo berbeza dengan cara pembangkang. Demo tak kena tempat. Kalau nak sangat ajak Kit siang lead demo di Petaling Street, kalau berani la....

SI RENGIT said...

salam...

ooooooooooh..masam tu pula..ndak katahuan aku ba...lupa aku sejarah ba...

ndak sakolah ba kami ni....apa itu gajah n apa itu keldai....kalupaan sudah aku...

Datu pitung said...

salam sdr musli

beri respon sdr tntng blogger kota belud releven? di blog saya.

thanks..

Arif Omar said...

mereka yang berdemo tu telah termakan hasutan puaka dsai tu. dan di mamat tongkang GMI tu.