ARTIKEL BARU

16 SEPTEMBER. MEMPERINGATI HARI 1 MALAYSIA?





Selain Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew adalah tokoh penting menjadikan gagasan MALAYSIA realiti. LKY yang berjaya memujuk pemimpin Sabah dan Sarawak terutama Dato Donald Stephens yang pada awalnya menentang keras penyertaan Sabah dalam Malaysia.





TAHUN lepas pada 16 September 2008, saya menulis satu artikel dalam akhbar Watan bertajuk “apa signifikannya tarikh 16 September?” Antara lain kandungan artikel itu saya menggesa kerajaan mengistihar tarikh 16 September sebagai cuti umum memperingati pembentukan sebuah negara baru yang dipanggil Malaysia.

Pada ketika saya menulis artikel tersebut belum ada slogan 1Malaysia. Datuk Seri Mohd Najib belum jadi Perdana Menteri. Belum ada cendikiawan yang menasihat dan memberi ilham kepada Najib mengeluarkan gagasan 1Malaysia.

Saya berhujah “Hari Malaysia” seharusnya diperingati sebagai hari yang penting kerana bukan sahaja secara fisikalnya empat negara yang berasingan dan dipisah lautan disatukan. Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak menjadi sebuah entity baru tetapi juga menyatukan cita-cita, impian dan perjuangan rakyatnya yang terdiri dari pelbagai kaum, budaya, agama, latar belakang yang berbeza.

Memang benar tarikh MERDEKA pada 31hb Ogos 1957 tidak dijadikan isu. Memang benar hari merdeka ada satu sahaja. Tidak boleh dua atau tiga tarikh yang berlainan. Tanah Melayu atau Malaya sebagai “abang” mendapat kemerdekaan awal pada 31hb Ogos 1957, maka wajarlah tarikh itu dikekalkan sebagai HARI MERDEKA.

Isu pokok bukan tarikh kemerdekaan. Sabah dan Sarawak juga telah merdeka sebagai sebuah negara pada 31hb Ogos 1963. Isu sebenar ialah pembentukan negara Malaysia itu bila? Tarikhnya? Kenapa isu ini tidak penting kepada rakyatnya?

Tarikh 16 September barangkali tidak ada makna kepada rakyat di tanah besar Malaya. Tetapi merupakan isu yang agak sensitive di Sabah dan Sarawak. Tarikh ini begitu signifikan kerana nostalgianya, Sabah dan Sarawak banyak berkorban dalam usaha mengujudkan sebuah negara Malaysia. Bukan sahaja nyawa rakyat Sabah dan Sarawak terkorban gara-gara konfrantasi Sukarno yang menentang penubuhan Malaysia tetapi juga kehilangan hak dari segi kuasa dan hasil mahsul.

Kuala Lumpur seharusnya iktiraf sumbangan Tun Mustapha, Donald Stephens, Temenggung Jugah, Stephen Kalong Ningkan dan ramai lagi tokoh-tokoh Sabah dan Sarawak yang lain. Mengiktiraf bahawa rakyat Sabah dan Sarawak pada hakikatnya telah “berkorban” menjadi Malaysia satu reality. Menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dan makmur hasil sumbangan perut bumi Sabah dan Sarawak.

Apakah terlalu berat permintaan mengistihar HARI MALAYSIA sebagai cuti umum dan merayakannya sebagai tarikh sebenar pembentukan negara Malaysia? Atau jadikan tarikh September sebagai hari 1Malaysia? Dato Najib, fikir-fikirkanlah…

7 Responses to "16 SEPTEMBER. MEMPERINGATI HARI 1 MALAYSIA?"

SMA said...

Sdr Musli,

Mana lah pemimpin-pemimpin dari West Malaysia berfikiran macam tu.

Bagi mereka, kita di Sabah dan Sarawak 'menempel' saja. tapi kalau bukan sokongan kita Negara Malaysia tidak akan wujud.

Sehingga kini pun kita masih sokong juga. Tanpa kita di Sabah dan Sarawak, DAP sudah perintah.

Tapi semua peruntukan di curahkan di Negeri Selangor dan negeri-negeri yang sewaktu dgnnya.

Kini, kita pula disuruh pilih diantara pemimpin Melayu sama Melayu, Cina sama Cina, India sama India dari West Malaysia sebagai ketua kita!.

Bila lah agaknya kita di Sabah dan Sarawak akan terfikir bahawa, baik-buruk, rumpun kita di Sabah dan Sarawak di perintah oleh pemimpin dari rumpun bangsa kita pula?

Saya tertunggu-tunggu masanya.

SMA

Anonymous said...

1 Malaysia yang sebenarnya tidak akan wujud dan akan menjadi slogan yang hanya manis-manis di mulut sahaja, selagi tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak dipenuhi. Terlalu besar pengorbanan Sabah dan Sarawak dari awal pembentukan Malaysia hingga ke peristiwa-peristiwa mutakhir. Banyak yang perlu dipertimbangkan oleh pihak berkuasa di Kuala Lumpur. Jangan jadikan 'pengorbanan" bertukar menjadi "terkorban"
Saya bersetuju dengan tulisan Somprot Mesra Alam yang Sabah dan Sarawak sentiasa di suruh memilih dan menerima pemimpin dari Semenanjung Malaysia. Walaupun ahli-ahli kabinet Sabah dan Sarawak semangkin menonjol tetapi dijangka hanya di peringkat menteri atau timbalan menteri sahaja. Mungkin ianya boleh di anggap impian sahaja untuk memegang tempat nombor 1negara.
Malaya merdeka sudah 52 tahun dan usia Negera Malaysia sudah 46 tahun. Usia yang matang bagi sebuah negara . Sayangnya 1 Malaysia yang sepatutnya dihidupkan dari awal penubuhan Malaysia lagi demi memupuk perpaduan wilayah-wilayah yang baru bergabung ini.
Ada kalangan berpendapat 1 Malaysia tetap akan berakhir dengan kegagalan kerana bentuk pentadbiran masih mengekal corak pentadbiran tradisi yang di wariskan oleh pihak penjajah. Bagaimana mahu diwujudkan 1Malaysia yang adil dan rakyat boleh disatukan dalam satu semangat Malaysia yang jitu jika Perdana Menterinya masih dipilih oleh satu parti sahaja iaitu UMNO. Bagaimana mahu wujudkan perpaduan jika parti kompenen pun tidak terlibat dalam pemilihan pemimpin nombor satu negara.Sebaik-baiknya kita belajar dari negara-negara lain. Kita boleh belajar dari negara jiran kita terdekat.Semasa Pilihanraya untuk mewakili rakyat ke parlimen (Dewan Perwakilan Rakyat) berpuluh-puluh parti bertanding macam nak berperang tetapi bila sampai peringkat pemilihan presiden dan naib presiden mereka mencalon calon-calon secara kompromi dari parti-parti yang tadi bertentang ideologi.Akhirnya seorang presedin baru yang dipilih rakyat di lantik.
Hanya reformasi yang menyeluruh perlu dilakukan dan kemampuan ada pada Perdana Menteri kita sekarang. Tepuk dada tanya selira. Kalau tidak orang lain akan menjadi wira reformasi
mar
smkbb

Seliu Liu said...

Mana yang betul
1. Hari Kebangsaan
2. Hari Kemerdekaan
3. Hari Malaysia?

Perlukah kita menyambutnya?

YANG GAMBI said...

Salam,

Memang tidak dinafikan tulisan tuan, tetapi kita harus juga sedar akan perlembagaan pembentukan Negara malaysia yang dipersetujui.

Hasil keluaran negara, kita jangan melihat hanya dari satu sudut sahaja, negeri-negeri lain juga sama menampong keluaran negara yang tidak perlu kita sebagai rakyat pertikaikan.

Indonesia, memang kurang senang dengan kemerdekaan negara sebelum kemasukan Sabah & Serawak lagi, mereka mahu Tanah Melayu sebahagian dari jajahn Indonesia, sebab itu berlaku konfrantasi apabila Sabah & Serawak menyertai mengwujudkan Malaysia.

Jangan mudah menganggap Lee kuan Yu wira, sedarkah bagaimana LKY telah menlenyapkan satu buah negara Melayu Nusantara menjadi sebahagian dari Republik of Cina...

Kadang-kadang kita juga harus tidak menjumudkan pemikiran kita, bagaimana kalau Serawak & Sabah menjadi sebahagian Indonesia atau menjadi Repablik macam Singapura, adakah peribumi trbela macam di Malaysia ?

Indonesia, kemana perginya peribumi ? siapa mengaut kekayaan hasil tumpah darah peribumi membebaskan negara mereka ?

Singapura kemana hilangnya suara peribumi ? Menjadi bacul dan dayus dinegara tumpah darah sendiri...

Tak tahulah kalau tuan MO, SMA dan Anony bukan dari peribumi Serawak... mungkin juga berpandangan demikian...

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, maaf zahir batin.

20perkara said...

Yang gambi boleh jelaskan perlembagaan pembentukan Malaysia ?

Bercakap tentang perlembagaan pembentukan Malaysia, rasanya terlalu banyak perkara yang sudah dirogol oleh persekutuan.Lihat sahaja di persekitaran yang gambi jika yang gambi Sabahan.

Tanpa 16 september, tidak ada Malaysia di muka bumi ini.

zol dabat said...

selamat hari raya juga
kepada saudara dan keluarga

budakbaik30 said...

Yg penting kita 1 malaysia