ARTIKEL BARU

PERTEMUAN DENGAN TPM YANG AMAT BERMAKNA

Tan Sri Muhyiddin "Serious man for a very seriuos job"

Tarikh 2hb Februari hari Selasa. Jadual temu janji dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada pukul 5.30pm di JPM, Putrajaya.

Presiden dan SUA Perkasa telah menghantar sms kepada AJK dan YDP negeri berkumpul di Putrajaya Club untuk lunch sebelum mengadakan mesyuarat khas sempena persiapan mesyuarat agung pertama yang dijadualkan pada 27 Mac 2010.

Bersama TPM - ehsan Utusan Malaysia 
Tepat jam 4.30pm kami mula bergerak menuju ke pejabat TPM. Rombongan seramai 35 orang itu di ketuai Dato Ibrahim Ali. Turut hadir Datuk Fuad Hassan, Timbalan Presiden Perkasa dan dua Naib Presiden, Datu Shuaib Lazim dan Datuk Mokhtar Samad.

Kami dijemput masuk ke bilik persidangan dan dihidangkan dengan kueteow udang, kueh talam pulut dan pakora. Dah lama saya tak makan pakora. Rasa-rasa dah hampir 14 tahun. Terkenang semasa di Edinburgh, Scotland.  Waktu cuti summer, saya rajin membuat karipap dan vegetable pakora untuk di jual kedai-kedai milik  orang Pakistan. Lumayan juga pendapatan. 

Pegawai-pegawai TPM melayan kami dengan baik dan mesra. Secara kebetulan saya  juga bertemu dengan Badil, bisnesman dari Sabah yang rapat dengan Tan Sri Muhyiddin.  Tuan Haji Yusof Setpol TPM yang baru juga mesra dengan layanan beliau. Begitu juga dengan Zulkifli, apa jawatan saya tak pasti.

Sebelum jam 6pm, Muhyiddin masuk kedalam bilik mesyuarat. Kami diperkenalkan satu persatu oleh Dato Ibrahim Ali. Seperti biasa, wajah dan muka Tan Sri tidak bereaksi. Dia selamba sahaja. Mukanya agak serius terutama ketika mendengar pandangan AJK Perkasa mengenai isu pendidikan, keselamatan, politik dan ekonomi.

Dr Zubir, YDP Perkasa Pahang telah memberi pandangan dan cadangan mengenai pendidikan dengan begitu baik sekali. Saya juga mencelah bila tiba isu ekonomi. Saya meminta dalam Model Ekonomi Baru, supaya elemen bumiputra tidak diabaikan dalam usaha mencapai sasaran negara maju pada tahun 2020. Saya berhujah matlamat membantu bumiputra seperti matlamat 30% tidak harus ada "jangka hayat" selagi kerajaan yang berkuasa itu ditunjangi bangsa bumiputra.

Selepas mendengar pandangan daripada pakar-pakar rujuk dari Perkasa selama hampir 40 minit mengenai isu-isu yang berkaitan, Tan Sri Muhyiddin mengucapkan terima kasih. Beliau nampak berpuas hati kerana Perkasa telah membuat kajian terperinci sebelum memberi pandangan dan cadangan kepada kerajaan.

Muhyiddin telah menjawab setiap persoalan dan cadangan yang kami kemukakan dengan dengan begitu jelas dan telus. Semua yang hadir amat berpuashati kerana TPM telah memberi satu syarahan yang begitu baik mengenai isu politik dan ekonomi negara. Setelah lebih satu jam pertemuan tertutup itu diakhiri dengan penyerahan memorandum kepada kerajaan berhubung dengan isu pendidikan.

Kami akhiri majlis dengan sessi bergambar. Sewaktu bersalam, Tan Sri memanggil nama saya, "Musli Oli pun ada". Saya tersenyum,  walaupun saling mengenali saya jarang bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin. Inilah pertama kali saya berpeluang bertemu sejak beliau dilantik menjadi TPM Malaysia.  

3 Responses to "PERTEMUAN DENGAN TPM YANG AMAT BERMAKNA"

budak-kom said...

salam. satu je saya mintak kalau terjumpa dengan pm n tpm, tolong serius dengan ekonpomi negara yang semakin hari semakin teruk. ramai yang dah merasa. orang kata skrang lagi teruk dari gawat zaman tun dr mahathir. tapi zaman tun, mten n sub mten mesyuarat hari2. sama ada saya nampak kerajaan tidak serius atau saya sahaja yang buta hati tidak dapat melihat usaha kerajaan.

1Melayu said...

Tahniah kepada semua AJK PEKASA,saya yakin dan percaya TPM tidak akan membakul sampah memorandum yang diserahkan kepadanya.

Tetapi jika kita teliti semua ucapan dan tindak tanduk Pemimpin Tertinggi Melayu didalam Kerajaan ianya amat mendukacitakan seperti kata Tun Dr Mahathir "Pemimpin Melayu dari semua parti ,UMNO,PAS dan PKR hanya sibuk dan ashyik mengejar undi bukan melayu hingga mereka tidak lagi memperjuangkan hak hak melayu didalam negara mereka" ini menyebabkan melayu amat marah dan tidak berpuas hati dengan pemimpin pemimpin parti politik melayu.

Perbuatan pemimpin Melayu ini samalah seperti memasang bom jangka dan ianya akan meletup pada bila bila masa saja.

Anonymous said...

Tahniah kepada kesemua AJK Perkasa,
Saya 100% menyokong segala saranan, dan diharap kerajaan tidak sekadar bercakap tetapi bertindak.

Tetapi saya merasa kecewa Perkasa bejuang untuk ekuiti 30%. Berjuanglah untuk ekuiti 90%. Buatlah memorandum tebal tebal.

Tapi masalah dia satu saja.

Kerajaan takde wang. Tu aku gerenti 100%.

Bekas MI tu tak tahu langsung tentang ekonomi.

Semuanya akan dibuktikan selepas proses penstrukturan semula subsidi minyak.