TUN DR MAHATHIR - LEBIH BIJAK DARI BRITISH! SANGGUP BUBAR UMNO UNTUK KEKAL SEBAGAI DIKTATOR
“Sistem pemerintahan demokrasi
yang biasa diamalkan ialah, system pemerintahan single party atau atau kerajaan
campuran berbagai parti. Sistem pemerintahan Barisan Nasional, tidak tergolong
dalam mana-mana kategori system demokrasi di dunia” Mukaddimah Dato Yahaya Lampong.
Asap rokok mula memenuhi ruang
rumah bekas timbalan menteri itu. Kerusi saya belum panas tapi suasana sudah
mulai hangat mendengar hujah-hujah serius dari Dato Yahaya.
“Kau fahamkah?”
“Faham. Teruskan Dato”
Dia tarik lagi sebatang rokok Dunhill
dari kotak hijau. Baru sepuluh minit, rokok kedua menyala lagi.
“Siapa cipta konsep Perikatan atau
Barisan Nasional? British atau Almahrum Tunku Abdul Rahman?”.
“Saya yakin bukan Tunku kerana penubuhan
parti UMNO, MCA dan MIC itu sendiri adalah ciptaan daripada pegawai-pegawai
penjajah British” Spontan jawapan saya.
Penubuhan UMNO adalah idea pegawai-pegawai British berikutan kemunculan gerakan
nasionalis Melayu yang menuntut kemerdekaan setelah Indonesia Merdeka. Antara tokoh-tokoh tersebut
termasuklah Dr Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Hj Mohamad atau Pak
Sako dan ramai lagi dalam KMM.
Oleh kerana banyak kepentingan Inggeris di Malaya terutama kepentingan ekonomi, pemilikan ladang-ladang Sawit
dan Getah selain syarikat perusahaan bijeh timah, maka British tidak mahu nasib yang menimpa Belanda
di Indonesia yang diusir secara keras akan berlaku kepada mereka.
"Maka itu Inggeris merancang penubuhan UMNO untuk
memberi kemerdekaan kepada parti politik yang friendly dengan British. Sebab itu tiada seorang pun pemimpin UMNO dipenjara British berbanding dengan pemimpin KMM". Saya menghujah
“UMNO hanya meneruskan dasar
penjajah British. Yang berubah hanya orangnya, dari berkulit putih kepada
berkulit coklat. System pemerintahan ada sama. Keutamaan juga sama iaitu
menjaga kepentingan golongan bangsawan dan teknokrat”.
“Jadi Perikatan adalah idea
Inggeris” Dato Yahaya mengesahkan.
“Ya. Betul Dato!”
Tapi British tidak pula pernah
terfikir pemimpin UMNO lebih bijak
dari pegawai British. Pemimpin UMNO telah manipulasikan konsep Perikatan sehingga mereka berjaya
memperdayakan seluruh rakyat dengan mencipta satu system pemerintahan demokrasi yang tidak wujud
di dunia.
“Perikatan atau Barisan Nasional
adalah kerajaan authoritarian. Presiden UMNO berkuasa mutlak atau diktator” Tegas
ayat Dato Yahaya.
Barisan Nasional sebenarnya hanya
sebagai alat parti UMNO untuk mengabui mata orang-orang Cina, India dan kaum
bumiputera lain yang menganggotai MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti komponen BN.
Semua calon-calon yang bertanding bukanpun bertanding atas lambang parti
masing-masing tetapi lambang Barisan Nasional.
Siapa Barisan Nasional? Barisan
Nasional itu UMNO. Pengerusi BN ialah Presiden UMNO. Timbalan Pengerusi BN ialah timbalan presiden UMNO. Setiausaha
Agung BN adalah Setiusaha UMNO. Bendahari BN adalah Bendahari UMNO. Setiausaha
kerja adalah orang UMNO. Pejabat BN ialah pejabat UMNO.
“Tanpa parti-parti lain, UMNO dengan
sendiri boleh memerintah kerana UMNO
meletakkan jumlah calon melebihi simple majority”
Pada PRU 2008, UMNO meletakkan 117 calon. Untuk mendapat
simple majority, sebuah parti politik hanya perlu 112 kerusi untuk mendapat simple
majority.
“Tapi ada syarat. Syaratnya orang-orang
Melayu mesti bersatu. Sebab itu UMNO
sentiasa mainkan sentiment kaum dan agama dengan harapan Melayu terus
bersatu untuk UMNO terus menjadi kerajaan
totalitarian”
Menurut Yahaya Lagi, syarat
perpaduan Melayu agak sukar tercapai setelah penubuhan parti PAS dan bila berlaku perpecahan undi Melayu yang ketara pada PRU 1969. Maka itu Tun
Razak memperluaskan skop Perikatan dengan menukarkannya kepada Barisan Nasional
iaitu memasukkan PAS dan parti-parti bumiputera dari Sarawak dan Sabah. Pada
awalnya konsep BN itu berjaya. Tapi konsep itu mula gagal setelah pemimpin UMNO menyingkir PAS dari BN
kerana tamakkan kuasa di Kelantan.
Pemimpin UMNO tidak boleh
selama-lamanya memperdaya rakyat. Hari ini kaum Cina dan India tahu, mereka
dalam BN bukan “berkongsi kuasa” tapi sebagai “pengemis kuasa”. Kerana itu pada PRU 2008, sokongan orang Cina
telah beralih kepada DAP dan PKR dan sebahagian besar orang Melayu menyokong
parti PAS dan PKR.
Pada PRU 2008, kerajaan BN
terselamat hanya disebabkan kerana sokongan daripada rakyat bumiputera dari
Sabah dan Sarawak dan satu pertiga pengundi Melayu yang masih setia kepada UMNO.
“Senario PRU akan datang amat
berbeza kerana rakyat bumiputera Sabah dan Sarawak telah nampak ada cahaya
dihujung terowong. Rakyat Sabah dan Sarawak tahu, hak mereka seperti yang
dijanjikan dalam Malaysia Agreement 1963 akan dipulihkan jika BN kalah dan
Pakatan Rakyat memerintah negara”. Kata Yahaya mengakhiri sesi perbualan kami.
1 Response to "KONSEP DEMOKRASI PURA PURA DI MALAYSIA"
UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?
2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
~ BUKTI 3 ~
~ BUKTI 4 ~
Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....
~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~
Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....
Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...
Post a Comment