ARTIKEL BARU

DI MANA KEKAYAAN KITA SEBENARNYA?


Gambar: Dapatkah industri pertanian memberi kekayaan sebenar kepada rakyat?

Beberapa hari yang lalu, banyak berita dari dalam dan luar negara membayangkan ekonomi dunia sudah mulai pulih. Ini ditunjukkan dengan kenaikan consumer spending atau perbelanjaan pengguna di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Bank-bank di Amerika juga mulai memberi pinjaman perumahan, pinjaman perdagangan dan sebagainya. Sistem kewangan dan perbankan Amerika dan Eropah nampak sudah pulih dari kegawatan yang sedikit sebanyak berpunca daripada kekayaan atas kertas.

Apa yang saya maksudkan kekayaan atas kertas inilah ialah kekayaan yang diperolehi daripada transaksi perdagangan yang tidak melibatkan barang atau produk. Wang yang terlibat juga tidak menggambarkan nilai sebenar. Kekayaan yang diperolehi hasil daripada komisen. Yang menjalankan perniagaan terdiri dari Pengurus Dana Kewangan atau Fund Managers, Pedagang Mata Wang Asing, Remisers, dan yang lain-lain seumpamanya.

Tak lama dulu, dah lama sebenarnya sudah 24 tahun lalu, saya mengikuti kursus Diploma In Investment Analysis daripada Western Australia Institute of Technology yang dianjurkan National Productivity Center sebagai pra syarat untuk menjadi remiser di KLSE. Ketika itu ekonomi kita boom. Jual kertas jadi duit. Jual duit jadi duit yang lebih banyak. Tapi saya tak teruskan karier menjadi seorang remiser sebaliknya menyertai politik.

Perbincangan ini merujuk kepada sumber kekayaan sebenarnya bukan sumber kekayaan ilusi yang dimanipulasikan oleh Fund Managers seperti Maddoff di Amerika Syarikat dan Robert Maxwell di England yang pernah menipu Tabung Pekerja Negara itu pada awal 90an. Maxwell akhirnya mati lemas lemas di tepi bot mewahnya di Sepanyol dipercayai bunuh diri setelah kesnya terbongkar oleh News Of The World.

Malaysia adalah antara negara-negara Asia yang termasuk dalam rangkaian pengeluar atau supply chain untuk negara-negara maju. Kos buruh di Asia lebih murah dan berbagai insentif yang disediakan kerajaan seperti mengujudkan kawasan special economic zones untuk membuka kilang-kilang pengeluar. Produk yang dihasilkan daripada kilang itu akan dijual di Eropah dan Amerika Syarikat.

Negara Asia memperolehi kekayaan hasil daripada perniagaan export ini. Asia bukan sahaja mengekspot hasil-hasil kilang tetapi juga sumber alamnya. Pokok-pokok ditebang. Rotan dijadikan perabut. Bambu dijadikan kertas. Bakau dijadikan cerucuk. Sebagai bayaran kita mendapat USD. Wang Amerika. Kita cipta pekerjaan. Ekonomi maju dan ramai individu yang menjadi jutawan.

Bila ekonomi negara Amerika dan Eropah gawat. USD hilang nilainya. Dan harga saham diseluruh dunia merudum. Maka kekayaan itu hilang sekelip mata. Tetapi hutan kita tidak boleh kembali sekelip mata. Bakau kita tidak boleh tumbuh setahun dua. Sungai-sungai kita tidak boleh jernih seperti sedia kala.

Dengan kerosakan alam sekitar yang melampau, tahap kesihatan merosot. Kekayaan negara yang diperolehi dari cukai pendapatan, cukai ekspot terpaksa digunakan untuk membayar kos perubatan yang tinggi. Akhirnya kekayaan itu hilang dihembus bayu kerana kesihatan rakyat telah terjejas.

Kilang-kilang banyak yang tutup. Pekerja kilang terpaksa menjadi pelacur, perompak, penculik, peragut untuk membayar bil rumah, letrik, perbelanjaan anak sekolah. Kadar jenayah pasti meningkat. Pekerja-pekerja kilang yang hilang pekerjaan sukar mencari pekerjaan di sector lain yang tidak diambil perhatian sebelum ini kerana sector tidak berkembang.

Apakah yang seharusnya dilakukan untuk rakyat menikmati kekayaan sebenar ekonomi negara?

(BERSAMBUNG - MINGGU DEPAN)

1 Response to "DI MANA KEKAYAAN KITA SEBENARNYA?"

Anonymous said...

Terkumpul di rumah orang-orang yang terlebih kaya yang dulu termiskin dan kecil. Mereka beli rumah besar2 di Australia, beli Mercz, kereta mewah dan jam mahal-mahal. Duit dalam negeri abis. Ada yg beli kapal terbang dan park di Singapore. Ringkasnya Korupsi berjaya memiskinkan negara.