ARTIKEL BARU

NAZRI AZIZ DEBAT DENGAN NIK AZIZ. SAMA HEBAT!!!




Nazri, Zambery atau Mashitah terima cabaran Nik Aziz

Pemimpin pertama yang terimbas dikepala saya bersedia berdebat dengan Tok Guru Nik Aziz ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Mohamad Nazri Aziz. Dato Najib tak perlulah layan cakap dan terima cabaran. TGNA bukan level Perdana Menteri.
Gambar: Dato Seri Mohamad Nazri. Tokoh UMNO yang paling layak berdebat dengan Nik Aziz

Nazri boleh dianggap mewakili Najib kerana Nazri dari JPM. Sama taraf lah tu. Atau jika ambil kira jawatan TGNA sebagai MB Kelantan, taraf MB Perak pun layak juga berdebat dengan TGNA. Zambery lulusan UIA dan pernah jadi lecturer tentu berkemampuan berdepan dengan TGNA dalam isu ugama.

Jika perlu sangat seorang pendakwah yang hebat, tahu soal ugama, kenapa tidak Dato Mashitah? Lebih menarik TGNA lawan debat dengan seorang wanita? Menterinya Dato Jamil Khir kita simpan dulu sebagai reserve.

UMNO jangan terlalu defensif berdepan dengan PAS. UMNO mesti bersedia untuk menyerang juga. Ini memberi keyakinan kepada anggota parti bahawa UMNO masih bersemangat dan bersedia berdepan dengan siapa sahaja. Jika Ahmad Shabery berani berdepan dengan DSAI takkan tokoh hebat seperti Nazri dan lain-lain semudah itu memberi kemenangan moral kepada Nik Aziz?

Sebenarnya ramai kawan-kawan kata TGNA ni dah mamai, dah nyanyuk. Ada pulak blogger yang sama kan specis Nik Aziz ini sebagai Tok Guru sesat seperti Ayah Pin, layari http://www.malaysia-hariini.com/ kerana TGNA pernah mengatakan Tuhan boleh mencarut, PAS boleh berkawan dengan syaitan dan sebagainya.

Namun itu bukan isunya. Dalam perdebatan itu nanti, biar satu Malaysia nampak betapa nyanyuknya Nik Aziz!

Dalam perkembangan lain, TG Hadi Awang, pencetus idea kerajaan perpaduan, semalam telah mula menyerang UMNO semasa mengumumkan calon PAS di Manik Urai. Mungkin dia kembali berbuat begitu selepas idea kerajaan perpaduan di tolak Pakatan Rakyat terutama Anwar dan LKS.

Hakikatnya kepimpinan PAS hari ini dah bercelaru. Masing-masing nak tunjuk hebat tapi bukan kepada rakyat tetapi kepada Anwar dan LKS. Rakyat dah faham politik PAS ekoran isu kerajaan perpaduan. Jadi sekarang nak impress DSAI sahaja. DSAI yang pegang sumber kewangan. Kalau tak serang, takut tak masukkkk……..fikir-fikirkanlah

7 Responses to "NAZRI AZIZ DEBAT DENGAN NIK AZIZ. SAMA HEBAT!!!"

AnakUtara said...

bagus jugak cadangan ni. TG Nik Aziz lawan debat dengan Nazri Aziz. Kalau dgn Mashitah kurang sesuai sgt kot sbb Mashitah cuma Timbalan Meneteri jah.Molek benor ler Nazri jadi calon debat tu. Cuma teman kurang siyornye kalau Nazri tak berani terima pencalonan tu jaa.

Ekeng A/L Etong said...

Kalau TG Nik Aziz berdebat dengan Nazri, baru bertemu buku dengan ruas. Saheh TG Nik Aziz tak larat nak tepis atau buat loyar buruk.

Tapi aku yakin tobat TG Nik Aziz tak berani kalau berdebat dengan Nazri. TG Nik Aziz tau penangan Nazri.

TG Nik Aziz akan kata macam ni.... Ala... buat apa berdebat dengan budak kanyak macam Nazri tu, buat buang masa! Tentu dia tak cakap yang dia penakut!

Senjaliza said...

Saya sokong Tun M dan Tun Pak Lah. Tak ada hasil yang positif dari debat ini. Kalo Anwar nak jadi jokey sabung ayam itu hak dia tapi pada saya kebenaran yang mereka cari melalui debat ini akan semakin jauh, semakin kabur. Ianya hanya positif bagi mereka yang mahu melihat Melayu Berpecah dan Islam berbalah.

Unknown said...

BUAT KERJA lagi lain lagi bagus... kerja menteri ke urus parlimen, kehakiman, amanah raya ke, kerja menteri besar urus maju negeri ke, bersihkan sampah-sampah kat kb, pantai2 tu ke, majukan tanah2 terbiar ke....

debat politik ni amenda? lawan sapa menang cakap, sapa menang tembak, sapa menang malukan lawan...

pilihan raya dah selesai... maknanya rakyat dah selesaikan amanah mereka dan kamu semua dipilih dan dikehendaki BUAT KERJA! BUAT KERJA! BUAT EKRJA!

Anonymous said...

cadangan bodoh ape ni, nazri si badut tu ke kaki pompuan ha! layak ke nak berdebat dengan Ulama, kalau nak cerita taraf nampak sangatlah orng2 UMNO ni mementingkan taraf, takda taraf kenelah "who are you?"

apa kecut sangatkah najib tu sampai korang UMNo ni kene backup dia, kata PM rakyat tapi ajak berdebat orng2 dia yang cakap dulu, PMrakyat mana? orng UMNO memang mcm ni kalau dia ajak debat mcm2 alasan sudahlah kalau berani katakan berani kalau tidak cakp je jangan beri seribu satu alasan dan mencalon kan orng yang tiada kaitan pulak tu badut yang suka melalak kat parlimen, n also kaki pompuan, layak ke?? dengan peribadi mcm tu nak dicadangkan berdebat denag nik azik hahahaha ko ni mat kakai ampu la dol kipas jangan tak kipas itu resam peribadi UMNO.

melayu tak berpecah melayu malaysia tetap melayu melaysia, aku dah naik muak dengar ungkapan dan anggapan ni, weh aku nak tanya melayu berpecah tang mana?? agama?? ekonomi?? atau politik??
selalu sangat aku dengar benda ni kata orng cina nak rampas malaysia la apa ni?? kalau betul kenapa tak diharamkan DAP tu, katanya DAP itu saki baki PAP (People action party singapura, ada paln dengan PAP nak rampas johor dan pahang jadi lah Singhohang, wakakakakaka apa punya turrr!!! weh dulu aku dengar citer ni nak muntah ko tau, dari mane dapt idea tu pun aku tak tau, siap letak front page lagi tu kat Berita Hairan, lawak of the century lah UMNO NO NO apa mau jadi weh..adat la bro ada masa kita naik ada masa kita turun itu hukum alam terima sahaja dengan adanya..

oleh:-
-melayubukanumno-

matsongkok said...

Benda yang dah jelas. Apa itu UMNO dan apa itu PAS. Dasar UMNO macam mana, tu semua kena tahu tubuh badan yang empunya.

Sebab apa TGNA tolak kerajaan perpaduan, sebab dia kenal benar siapa itu UMNO. Kes Memali tu pun angkara UMNO. Banyak lagi lah kes yang UMNO buat yang memang jelas bertentangan dengan Islam dan Iman.

Nak buat kawan lagi ke kalau lagu tu. kalau kita kata lebih teruk daripada kafir demo marah. Jadi, yang penting UMNO kena sedar siapa mereka sebnarnya. Orang UMNO itu sendiri. Ambillah yang jernih.

rojokobog said...

Salam,
Perdebatan hanya buang masa, biarkan PAS dgn PAS nya, UMNO tetap akan hidup tanpa PAS..Perpaduan antara org PAS dan org UMNO telah tertulis bahawa hingga hari kiamat tidak akan selesai..putus saudara dgn org2 PAS