ARTIKEL BARU

PERTEMUAN LEE KUAN YEW DENGAN ROSMAH MANSOR. KUNJUNGAN HORMAT ATAU SINDIRAN TERHORMAT?


Perjumpaan dengan Rosmah. Apa agenda Lee Kuan Yew?

Membaca tajuk utama akhbar tempatan hari ini terpapar berita pertemuan sejam antara isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor dengan Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew.
Hampir semua akhbar perdana dan tempatan memuat gambar-gambar pertemuan itu yang berlangsung sejam di rumah PM di kuala Lumpur.

Perjumpaan turut dihadiri tiga menteri Singapura, Menteri Kewangan Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajaran Ng Eng Hen dan Pemangku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian Singapura Lui Tuck Yew dan Setiusaha Kanan Parlimen Magasos Zulkifli. Nampaknya kunjungan itu bukan kunjungan biasa untuk sekadar makan satay dan kueh sahaja.

Menurut Lee Kuan Yew, pertemuan itu diatur sendiri DS Najib kerana dia difahamkan Rosmah dan DS Najib “worked as a team”. Apakah maksud Lee Kuan Yew mengeluarkan kenyataan itu? Apa tanggapan umum terhadap kenyataan bahawa Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah bekerja sebagai satu pasukan? Benarkah DS Najib berkata begitu kepada LKY atau hanya rekaan beliau sahaja?

Jika perjumpaan itu antara isteri Lee Kuan Yew atau isteri Lee Hsien Long isteri PM Singapura dengan isteri PM Malaysia, orang ramai tidaklah mengambil pusing sangat tetapi Menteri Kanan Singapura yang begitu berpengaruh berbincang dengan isteri PM Malaysia? Apakah yang dibincangkan?

Mungkin pertemuan ini akan mengundang persepsi Rosmah Mansor juga terlibat mencorakkan politik Malaysia. Konsep 1Malaysia, 1Prime Minister. Fikir-fikirkanlah

8 Responses to "PERTEMUAN LEE KUAN YEW DENGAN ROSMAH MANSOR. KUNJUNGAN HORMAT ATAU SINDIRAN TERHORMAT?"

Senjaliza said...

Salam Ziarah Adik Musli,
Samada ianya diatur oleh Najib itu bukan masalah besar. Cuma kita ada Menteri Luar. Mana peranan Menter luar ini atau senario yang lain, kedatangan mereka ini dianggap kurang penting walaupun memakan masa 8 hari; isteri pun sudah cukup untuk handle. Ini tidak ada kena mengena dengan soalan Rafidah dulu-"Siapa sebenarnya Menteri Pertahan Malaysia ini Rosmah kee Najib?".. Baik juga tu jimat dana Kementerian luar. Jangan kera di hutan disusukan, anak di rumah kebuluran!

Unknown said...

Salam Kak Liza, terima kasih kerana memberi komen. Siapa LKY? cunning, licik, licin seperti belut.Semasa mendesak British, LKY rapat dgn pemimpin trade unions Singapura menyokong perjuangan politiknya. Dalam diam2 dia paling tadah katakan kepada British, trade union telah dipengaruhi kominis dan perlu singapura merdeka segera utk mengelak pengaruh tanah besar China. Bila dapat merdeka dan jadi KM Singapura, ramai pemimpin trade union yang menyokong LKY di penjarakan British atas cadangan LKY. kunjungan menemui rosmah dengan 3 menteri kanan, kewangan, pelajaran dan komunikasi bukan kunjungan biasa dimata rakyat.

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam Musli,
Kau jangan berat sangat ttg LKY ni,bukannya aku tak ambil berat tapi macam yang si mesin taip buruk cakap,anggap je si LKY ni nyanyok.Kau jangan heran sangat dengan singapore,kalau kau ignore dia lagi dia risau.Moralnya cari jalan macam mana nak sakat dia macam TDM buat dulu.Aku rasa aku ada penyelesaian tentang jambatan bengkok atau apa-apa tentang jambatan Johor-singapore yang boleh kita guna untuk sakat singapore ni.Buat lah sampai 10 jambatan pun tak pe.Dan aku serious tentang ni,dan aku harap aku dapat jumpa TDM ttg ni,sebelum aku dapat nasib sama macam seorang budak yang dapat menyelesaikan masalah "singapura dilanggar todak" dulu.Ha.ha.

Unknown said...

one nation one love, orang cina jarang nyanyuk..Mao Ze dung sampai 92 tahun. deng Hsio Peng umur 94 baru jalan. begitu juga malabari mcm tun M. yang cepat nyanyuk orang Melayu. umur 45 pun dah meracau takut dengan karpal singh. LKY tidak nyanyuk...

jeanbara said...

Tolong jawab sekejap pak, kenapa LKY ini muncul atau dimunculkan semasa hiruk-pikuk isu Chin Peng belum berakhir?

Ia mungkin kebetulan. Tetapi politik juga penuh dengan keberangkalian.

Unknown said...

Bapak Jeanbara, LKY dan Chin Peng pemimpin seangkatan dari segi ideologi dan usia. Hanya setelah LKY dapat kepercayaan British, dia abandon kwn2 termasuk CP dan trade unionist leaders dari S'pura. LKY berjaya gunakan mrk sbg pemangkin menakutkan British. Namun bila isu CP muncul, mengundang cemburu dihati LKY, tetapi percayalah Pak, jika CP itu dapat balik ke Malaysia, LKY adalah yg pertama akan peluk CP..nasib baik dia tak peluk Rosmah spt Shah rukh Khan. Tambah kalut pulak kita nak jawab.

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam Musli,
Aku rephrase perkataan aku,mungkin "meracau tak tentu pasal lagi sesuai dari nyanyuk".Kita tak payah risau duit dalam poket orang ada berapa banyak,baik kita risaukan duit dlm poket kita ada berapa.Maksudnya,dari kita menyibuk tentang hal singapore ni,baik kita sibuk dengan hal dalaman kita.Tentang hal dalaman kita pulak,kita tak payah fikir sangat apa agenda DAP ke,MCA ke,MIC ke,baik kita fikir tentang perpaduan melayu/islam kita.Bila cakap tentang melayu/islam aku kena keluarkan nama DSAI sebab kita tau apa perjuangan dia dan apa topeng yg dia pakai.(dan dia ni pun bukannya bagus sangat pun nak kena bagi perhatian lebih,cakap selalu tipu).Yg aku nak cakap ialah tentang PAS dan UMNO.Apa cara pun buang la ego dan bersatulah.Itu je.Orang PAS cakap UMNO tak betul,orang UMNO cakap PAS tak betul,sampai kiamat pun tak selesai macam Hamas dan Fatah siap buat perjanjian depan Kaabah pun bergaduh juga.Sebab the moment melayu/islam duduk berbincang "the first thing they do is they agree to disagree".Penentangan PAS yg kuat adalah dari TOK GURU NIK AZIZ.Kalau kita kata kat tok guru yang kita anggap dia guru mursyid atau bertaraf wali/orang alim mesti dia tak mengaku sebab kewalian hanya diperkatakan orang ramai terhadap seseorang individu bukan individu itu yang mengaku kewaliannya.Ok la,anggap saja dia apa saja,wali ke,guru murshid ke,dia tak boleh menunjukkan amarah yang ketara.Anak dia kena tangkap ISA dulu pun dia melenting,sepatutnya dia rehda dan berserah kepada Allah untuk tunjukkan kebenaran.Lagi satu dulu bukan main cakap TDM diktator,sekarang siapa diktator,memerintah dah dekat 20 tahun (dulu marah kat TDM sebab jadi PM lama sangat,suruh berhenti).Sekarang siapa diktator,cakap dia je nak kena dengar,bila Hadi cakap nak perpaduan dia kata boneka UMNO.Apa ni.Demokrasi ala PAS ke ni.Sorang je yang kontrol seluruh pandangan ahli PAS.Wahai orang PAS jangan taksub sangat,aku hormat Tok Guru bukannya tak hormat dan tak berkurang pun rasa hormat aku pada dia atas ilmu yang dia ada.Tapi kena lah rasional sikit.Kalau macam ni sampai bila la nak ada perpaduan melayu/islam.Hentikan lah berbalah.Duduk diam-diam,fikir2 kan lah,kita ni nak gaduh ke nak berdamai.Tak sayang ke sedara kita yang islam ni.Tak boleh berbincang ke baik baik.Tak kan kita je betul,dengar la juga pandangan yang satu lagi.Apa2 pun bersatu lah,itu je.Kita orang ni rindu sangat perpaduan ni.Bila kita sembahyang jumaat,kita kisah ke sebelah kita ni orang PAS ke,Islam ke,Indon ke,bangla ke.Tak kan?Sebab yang penting ISLAM.Hidup lah berkasih sayang.Susah sangat ke.Berkuasa tu segala-galanya ke.Fikirkan la.

Anonymous said...

BOLEH SAYA JUMPA ISTERI ANDA ?
oleh 1Utama 1Ismud-Semarak
bypass308.blogspot.com

makan satey kat Malaysia ni perkara biasalah, tapi kalau satey dibakar ds rosmah lain pula ceritanya. bertuah pemimpin luar dapat makan satey dibakar wanita pertama malaysia, dengar kata pak lah masa jadi pm pun tak pernah dilayan sedemikian.

nasib le, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, memang emaslah yang dipilih.

yang saya naik bingung tak terfikir ialah kenapa lky jumpa rosmah, dia bukan orang politik pun, dia bukan ahli parlimen, bukan vincent tan, bukan tony air asia, bukan....dia cuma isteri pm.

ertinya, dia ada power tertentu dalam mempengaruhi jadual perjalanan lky ke malaysia. orang lain kalau lawatan rasmi negara, jumpa pemimpin, ini lky lepas jumpa pm secara rasmi, ada pulak acara jumpa isteri pm secara berasingan.

seperti pujian lky bahawa pm dan isteri merupakan satu team work yang amat serasi, isteri sedikit sebanyak pengaruhi tugas suami. kalau dilihat pada hakikat sebenar, anda tentu dapat menelah "sedikit" mana rosmah boleh pengaruhi pm, termasuk ada acara khas jumpa rosmah dfalam rangka lawatan lky. pikir je lah beb.

masa kegemilangan chek dek pu, tidak pernah ada pemimpin luar jumpa siti hasmah secara berasingan, kalau jumpa chek dek bersama isteri dalam satu majlis khas, biasalah.

bukan setakat tu je, memang tak ada dalam sejarah pemimpin tertinggi luar buat lawatan dengan acara khas jumpa isteri pm. memang janggal kalau lky kata pada pm, "boleh saya jumpa isteri anda"?, atau bila najib ke China dan dia minta nak jumpa isteri Wen jiabao, rasanya terkejut gila pm china.

inti cerita ni ialah, betul ke rosmah begitu power dalam pengaruhi pm? itu baru soal lawatan, yang lain-lain guane pulok, bise sengoti die, dok gitu awang ?
Posted by byPASs at 4:23 PM