ARTIKEL BARU

ORANG MELAYU TIDAK TAKUT 13 MEI BERULANG!






Kesabaran orang Melayu ada batasnya - Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali.







Malam tadi, saya hadir sebagai pemerhati Maljis Pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara atau PERKASA Wilayah Persekutuan. Saya hadir sebagai ahli biasa bukan sebagai Pengerusi Penyelaras PERKASA negeri Sabah. Tetapi Pengerusi PERKASA Wilayah Persekutuan, sahabat saya Datuk Mokhtar Samad desak saya duduk di barisan depan atas pentas sebagai tetamu khas.

Sambutan agak ramai. Semua kerusi dalam Dewan Belia Kampo itu dipenuhi orang ramai walaupun kebanyakannya kaum wanita. Majlis dimulakan dengan acara pencak silat sebagai simbolik keperkasaan orang Melayu. Selepas itu bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan diikuti lagu Negara Ku dan lagu Perkasa Pribumi Negara.

Acara kemuncak malam itu ialah ucapan perasmian Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali. Seperti biasa Ibrahim berucap tidak menggunakan teks. Beliau seorang pemidato yang boleh memukau pendengar dengan nada suara yang begitu bersemangat.

“Sehari selepas angkat sumpah sebagai MP, saya perhatikan MP bukan Melayu dalam Dewan Rakyat. Orang India, orang Cina, ramainya bangsa ini. Seolah-olah mereka yang paling berkuasa. Mereka melihat bangsa Melayu terlalu kecil dan kerdil. Akhirnya saya yang bertanding gunakan lambang PAS terpaksa berkelahi dengan mereka. Muncullah perkataan barua dan sebagainya.”

“Mana pemimpin kijang emas Melayu? Mana pemimpin Melayu yang tinggal di Kenny Hill?Saya yang dikatakan Katak ini pula terpaksa mempertahan hak Melayu. Kenapa Melayu jadi begini?” begitulah antara ayat Dato Ibrahim Ali.

“Orang Melayu mesti tunjukkan kekuatan dan perpaduan mereka, jika tidak, kaum imigran akan memperleceh dan mempersenda orang Melayu”. Beliau menegaskan, keberanian dan sikap kurang ajar kaum lain seperti Hindraff kerana orang Melayu lemah dan tidak bersatu. Semua ini adalah angkara pemimpin Melayu yang telah menjadi Machiavelli. Pemimpin Melayu yang open the floodgates itu ialah Anwar Ibrahim.

Menurut Dato Ibrahim, isu Anwar pengkhianat Melayu yang ditimbulkan Tan Sri Muhyiddin merujuk kepada apa yang Anwar lakukan selepas beliau menjadi pemimpin pembangkang bukan semasa dia berada dalam UMNO. Semasa di kampus, Anwar kerap berjanji tidak akan mengikuti ajaran Machiavelli. Kita pun kagum dan sokong dia. Tetapi sebenarnya Anwar adalah pengikut setia Machiavelli kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Dia akan sanggup gadai bangsa dan agama untuk mencapai matlamatnya.

“Saya tegaskan bahawa bangsa Melayu hari ini tidak bertindak terhadap bangsa-bangsa lain kerana kita menghormati pihak berkuasa, pihak polis dan pihak keselamatan. Kita menghormati arahan mereka. Tetapi jika pihak berkuasa masih terlalu berlembut dan orang Melayu dan Islam terus dihina dan di cerca, orang Melayu tidak takut menghadapi satu lagi peristiwa 13 Mei sekali lagi” Tegas Ibrahim Ali yang mendapat tepukan gemuruh.

7 Responses to "ORANG MELAYU TIDAK TAKUT 13 MEI BERULANG!"

Detguaq said...

Melayu wajib bersedia jika semua jalan telah di hadang!

Peristiwa akan berulang, namun tarikh mungkin berbeza jika sikap melampau kaum pendatang tidak dibendung!

Den Perati. said...

Assalamualikum. Maaf tumpang lalu. Melayu baru berapa kerat punyai gedung niaga yang besar . Kadang satu baris kedai satu Melayu pun tak ada . Melayu tuntut yang sikit itu pun sudah diheboh serata dunia , sedangkan yang untung besar disebalik tuntutan yang sikit atas kerja yang sikit adalah orang yang menyalak lebih .
Kalau terjadi apa yang seperti diungkapkan Melayu takkan banyak rugi harta benda .
Kalau dah mereka sudah berani menghina agama dan Sultan tempat orang Melayu dan kaum yang berpegang teguh dengan agama berlapikkan perlembagaan ini tercabar dan sampai akan hilang maruah maka harta benda bukan lagi perkara yang perlu . Maruah agama dan bangsa akan menjadi keutamaan . Kesabaran dalam kepatuhan dan menjunjung kemulian dan keharmonian adalah teras kepada kerukunan. Cabaran tanpa batas hormat seperti memulakan cetusan api di musim kemarau. Beringatlah .

Anonymous said...

"Semua ini adalah angkara pemimpin Melayu yang telah menjadi Machiavelli. Pemimpin Melayu yang open the floodgates itu ialah Tun Abdullah Badawi dan dilanjutkan pula oleh Anwar Ibrahim setelah dibebasakan dari penjara dengan bantuan silaknat Tun Abdullah Badawi.

Insaf lah wahai bangsa MELAYU dan ingatlah lah bahawa tidak ada bumi untuk orang Melayu selain dari bumi yang tercinta yang bernama MALAYSIA.

Bersatu lah kita untuk mempertahankan MALAYSIA dan mepertahankam maruah bangsa MELAYU.

ALLAH HU AKABAR...LLAH HU AKABAR...
LLAH HU AKABAR...WA LILLAH ILHAMD.

Anonymous said...

"Semua ini adalah angkara pemimpin Melayu yang telah menjadi Machiavelli. Pemimpin Melayu yang open the floodgates itu ialah Tun Abdullah Badawi dan diteruskan oleh Anwar Ibrahim."

Tun Abdullah Badawi sebenar nya adalah pengkhianat negara dan pengkhianat kepada orang MELAYU.

Tun Abdullah ada lah punca segala kerosakakn yang terjadi pada MALAYSIA dan bangsa MELAYU.

Kepada bangsa MELAYU, insaf lah, sedar lah, bangkit lah, mari lah kita bersatu mempertahankan bumi yang tercinta MALAYSIA dan meperttahankan maruah bangsa MELAYU.

Ingat lah wahai bangsa MELAYU bahawasa nya tiada bumi yang lain bagi orang MELAYU selain dari MALAYSIA.

INSAF, INSAF, INSAF LAH WAHAI BANGSA KU.

ALLAH HU AKBAR... ALLAH HU AKBAR...
ALLAH HU AKBAR...

WA LILLAH IL HAMD.

kelapa mawar said...

Salam sdrku Musli..

Ma kasih dengan kunjungan dan ulasan sdr di blog saya..

bagi post sdr kali ini..saya mengambil jalan mudah iaitu mengenalpasti punca sebenar orang Melayu 'terancam'..

Dan seperti yg sdr katakan puncanya ialah kerena orang melayu sentiasa bercakaran untuk merebut kuasa dan kepimpinan. Orang Melayu sudah jauh tersasar dari landasan perjuangan. Usah kita menuding jari kepada perti lawan dari kalangan bukan melayu...kita hanya berbicara dari aspek parti UMNO sendiri pun dirundung perebutan kuasa yang tidak mengenal batas perjuangan bangsa,.

Di KB sendiri, UMNO berpecah kepada team DSSK, dan HJ Musbah..belum lagi team pengkhianat spt yg sdr katakan dulu...Kalau daerah KB sendiri pun menyaksikan perpecahan, apatah lagi UMNO di KL.

PAS juga mengalami dilema kepimpinan antara golongan Ulama dan Terpelajar profesional...dalam PAS juga ada perpecahan. PKR juga mempunyai masalah dalaman yang parah. Itulah situasi orang Melayu...

Kalau nak harapkan DT.IBRAHIM ALI seorang menyemarakkan api perjuangan orang melayu tak kan kemana.."label katak" yang diberikan kepadanya tidak cukup utk dia melompat jauh dan menjadi putera raja dalam cerita "puteri raja berkahwin dengan katak"..

Ma kasih dgn paparan sdr kali ini yang membuatkan kita berfikir di mana orang melayu sekarang..?
Wassalam. Semoga sdr sukses selalu.

Unknown said...

salam kpd sahabat2 yang memberi komen.

salam kelapa mawar. satu analisis yg baik. saya harap KM sekali sekala menulis tentang politik nasional kerana gaya tulisan menarik. disamping itu politik KB pun wajar juga di ketengahkan.

terima kasih

Anonymous said...

melayu melayu...islam la hoii, jerkah nik aziz.

lepas tu budak darjah dua dtg tanya nik aziz, tok org gapo, ... kawe ore arabb...cumo jenih yg kure tinggi idung kembe....

siti