ARTIKEL BARU

TEORI R.A.H.M.A.N DAN TEORI S.T.A.T.E, SIAPA SELEPAS TAIB?



KM Sarawak
Tan Sri Pihen Taib Mahmud

Teori RAHMAN sempurna dan complete setelah Najib (Dato Seri Mohd Najib Tun Razak) dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 2 April 2009. Teori itu mengatakan nama-nama bakal PM Malaysia mestilah mengikut susunan abjad R.A.H.M.A.N. Bermula Tunku Rahman, Abdul Razak, Hussien Onn, Mahathir, Abdullah (Ada kata sepatutnya Anwar) dan Najib.

Hipotesis seterusnya  mengatakan selepas huruf abjad RAHMAN berakhir, Perdana Menteri Malaysia berikutnya bukan lagi daripada parti UMNO atau BN. Sejauhmana kebenaran hipotesis itu akan terbayang selepas keputusan pilihan raya negeri Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah Datuk Stephen Kalong Ningkan. Teori bakal Ketua Menteri Sarawak ialah mengikut susunan abjad S.T.A.T.E. Stephen, Tawi Sli, Abdul Rahman dan Taib. Siapa “E”? Siapa pemimpin Sarawak yang namanya bermula dengan “E”  untuk menjadi KM Sarawak seterusnya?

KM Sarawak yang pertama Stephen Kalong Ningkan bekas Setiausaha Agung SNAP yang begitu keras menentang gagasan Malaysia. Parti SNAP adalah antara parti politik terawal di Sarawak selain SUPP. Sebagai parti terawal dan parti yang dikatakan masih mendapat sokongnan majority bangsa Dayak, amat wajar SNAP tidak setuju parti PKR menjadi Ketua Pembangkang di Sarawak.

Keenganan SNAP untuk berkerjasama dengan PKR menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada  pemerhati politik yang membuat andaian SNAP telah “dibeli” untuk memecah-belahkan sokongan kepada parti pembangkang.

Pemimpin SNAP bagaimanapun  menolak tuduhan yang mengatakan mereka pro Barisan dan bertegas bahawa SNAP seharusnya mengetuai pembangkang Sarawak kerana statusnya sebagai parti tempatan dan telah lama berpengaruh di Bumi Kenyalang. SNAP mengumumkan akan bertanding di 40 kawasan, manakala PKR bertanding 52 kawasan.

Harus juga dilihat sejarah negeri Sarawak yang kurang menerima parti dan pemimpin dari luar Sarawak. Keadaan seperti ini tidak berlaku di Sabah yang menerima parti UMNO dan kebanyakan parti-parti komponen dari Semenanjung Malaysia seperti MCA, Gerakan dan MIC.

Jika rundingan parti-parti pembangkang tidak dapat dicapai sebelum 6hb April, akan berlaku keadaan “free for all” dimana parti-parti pembangkang akan bertanding kerusi yang sama yang sudah tentu memberi kelebihan kepada BN. Jika ini terjadi, bakal KM Sarawak yang bermula dengan huruf E sudah pasti bukan dari kalangan pemimpin parti pembangkang!

Dalam isu pembahagian kerusi, PKR bukan sahaja bermasalah dengan SNAP tetapi juga dengan DAP. Pada pilihan raya 2006 DAP menang 6 dariupada 12 kerusi yang dipertandingkan. Kali ini DAP bercadang meletakkan 18 calon termasuk 15 kawasan majority Cina, dan 3 kawasan lagi mempunyai pengundi Cina yang signifikan.

PKR pula cadangkan DAP hanya bertanding 13 kerusi dan 5 kerusi lagi diserah kepada PKR yang juga diwakili ramai pemimpin Cina di Sarawak.

Kemelut ini ditambah lagi dengan timbulnya insiden klipvideo sex yang dikatakan melibatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyebabkan parti pembangkang di Sarawak dalam keadaan kurang bermaya. 

3 Responses to "TEORI R.A.H.M.A.N DAN TEORI S.T.A.T.E, SIAPA SELEPAS TAIB?"

Anonymous said...

effendi norwawi

Unknown said...

Saya percaya Datuk Effendi Norwawi jika dipilih sebagai calon ADUN berpeluang tapi kabarya dia dah retired dari politik....hopefully dia make a comeback

sepanggarkini said...

Nda bermaya? Haha... cuba baca Malaysiakini. Siap dengan gambar bukti betapa himpunan Pakatan mendapat sambutan berbanding BN walaupun rakyat tak diberikan ole-ole.